Dr. Hasiah Mat Salleh, kisah PhDnya penuh liku-liku sebelum mencapai kecemerlangan luar biasa. Dulunya, beliau pernah mengalami tekanan berlebihan sehingga diuji dengan vertigo yang menyukarkan pergerakan!
Namun, Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya. Segala pengorbanan dan jerih perih yang dilalui untuk ujian sepanjang pengajian PhDnya, Dr. Hasiah kini menerima kejayaan atas hasil kesabarannya.
(BACA KISAH PHD BELIAU DI SINI)
(BACA KISAH PHD BELIAU DI SINI)
Jom ikuti perkongsian Dr. Hasiah ketika menghadiri Majlis Konvokesyen PhDnya di Universiti Malaya.

Konvokesyen PhD (Tesis Cemerlang) Universiti Malaya
“Alhamdulillah seawai 4.01 pagi 05.12.2022 usai tahajud dan subuh bersama En Big Bos kami bersarapan ringan dan turun dari Pullman Hotel ke Lobby.
Setiba di lobby sudah kelihatan kemeriahan apabila ramai rakan-rakan UM juga menginap di sini. Sempat bertegur sapa bersama mereka terutama foreigner students yang ‘Arabiy ramai di sini.
7.00 pagi bergerak ke UM hanya mengambil masa 3 minit sahaja. Setibanya di tapak parkir berhadapan Dewan Canselori (DTC) kami diberi petak parkir yang sangat hampir bagi memudahkan emak turun. Emak ketika ini kurang kuat berjalan jauh. Wheelchair ada laa digunakan agar emak tidak penat dan terjatuh. Antara cara menjaga ibu bapa warga emas yang diperlukan.
Turun sahaja kenderaan, saya disapa oleh Major Dr. Syed Abdul Razak bin Syed Mahadi, Ketua Perbarisan Hormat Diraja yang membentulkan selendang jubah konvo saya agar lebih kemas menepati protokol yang sebenar. Allahu Akbar. Seawal pagi sebaik jejak kaki ini di DTC Allah hadirkan kegembiraan dan insan baik bersama kami. Syukur Allah, terima kasih Major Dr.
Tiba di pintu masuk DTC uruskan emak, suami dan anak masuk saya ke perbarisan graduan. Telefon rakan sepengajian Platinum Dr. Azratul Hizayu Taib untuk kami dapat masuk bersama. Walaupun agak berlari Dr. Ayu tetap nampak cantik dengan senyuman. Itulah kami dididik bersama mentor PhD Dr ROKET untuk sentiasa positif.
Alhamdulillah kami dapat berbaris bersama masuk. Baiki jubah dan selendang konvo bersama dan melangkah bersama. Tiba-tiba hadir rasa sebak. Saling berpandangan dan kami cuba tahan sebak kesyukuran itu. Ayu kata, “Kak Has, Ayu rasa nak nangis”. Saya senyum. “Iyer Ayu akak rasa how struggle of you”. Saat inilah teringat saat sakit, kesibukan, putus asa yang hadir di awal pengajian. Allah sahaja yang tahu..
“Jom Ayu, kita melangkah masuk”. Kata saya tatkala telah memasuki bangunan belakang DTC. Senyum dan melangkah dalam kesyahduan kesyukuran. 😭
Kami diminta scan kad kehadiran. Kami diminta tinggalkan semua beg di ruangan disediakan. Sampai dalam Dewan DTC Alhamdulillah kami disusun mengikut fakulti dan nombor giliran. Jauh pula kami berpisah. Alhamdulillah saya dapat di barisan paling hadapan. Susunan dan aturan Allah. Berdekatan juga dengan emak, suami dan anak yang di barisan hadapan tetamu ibu bapa.
Lagu dimainkan, sebak semakin mengusai diri. Bangun sebentar mendekati ibu dan suami mencium tangan mereka mohon restu dan ucapan terima kasih. Adib juga senyum sebab hajat melihat uminya Konvokesyen tercapai hari ini. Apa adib kata? “Adib yang susah payah teman umi dan bersama umi sepanjang phD, Adib patutnya dapat masuk juga”.
Alhamdulillah kebetulan tetamu tidak ramai begitu juga graduan Master PhD sidang ini tidak ramai. Jadi rezeki Adib dibenarkan masuk. Itu kata Dr. Nur Farhana Abdullah yang bertugas bahagian ini untuk konvokesyen kali ini dan juga pembaca nama graduan. Nama saya pun, rakan hebat saya ini bacakan. Hebatkan susunan Allah SWT.
Pengumuman ketibaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Sultan Perak dan pengumuman pemeriksaan perbarisan tentera diraja. Ingat lagi masa ijazah pertama di UM dahulu sekitar 1990 an, teringin sangat konvo jumpa Tuanku Nazrin yang ketika itu raja muda paling hensem.
Tapi masa itu kami ijazah sarjana muda tidak dapat sidang 1 dengan tuanku. Tuanku hanya untuk sidang 1 sahaja bersama postgraduate master phD. Masa itu ada azam kecil jauh disudut hati bahawa suatu hari aku juga phD di sini, terima scroll dengan Tuanku Nazrin. Capai sudah hajatku hari ini.
Sesi sangat ringkas, padat dan sangat efisyen pelaksanaannya ditambah graduan sarjana dan PhD yang tidak terlalu ramai, sesuai masa untuk KDYMM Tuanku. Alunan lagu kejayaan dan muzik yang mengiringi setiap masa dalam dewan konvokesyen amat menghadirkan rasa sebak. Penting pemilihan lagu dan muzik iringan dalam suatu mahlis konvokesyen yang tepat. Sebab apa? Sebab setiap detik amat dihayati dan diingati sebagai detik bersejarah graduan.
Terus ku capai iphone comelku dan menghantar bait-bait ucapan terima kasih buat keluarga, sv tersayang Prof Datin Raihanah Abdullah , Dr Mohd NorHusairi Hussin, Mentor Strategist Master PhD Dr Mohd Khairul Nizam, Dato’ NC UNIPSAS Prof Dato Dr Mohd Zawavi, pensyarah APIUM yang pernah mendidikku, pengurusan tertinggi UNIPSAS, KJ, Team Hasiah Salleh & Associates, rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak menghadirkan sebuah kejayaan besar ini.
Tanpa kalian kaki ini tidak mungkin berupaya melangkah gagah mencipta kejayaan indah ini.
Sebaik perarakan masuk VVIP di atas pentas, suatu perkara indah lagi berlaku. Demikian juga sebaik kaki ini melangkah ke pentas menerima scroll.
Video live saya di dalam dewan konvokesyen boleh lihat di Dr SuriCinta.
Terima kasih semua. Barakallahu fikum ❤️❤️❤️
-Dr. Hasiah Mat Salleh-
Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.