fbpx Skip to main content
search
0

Tentang

FAQ PROGRAM DR ROKET

Frequently Asked Question (FAQ) Dr. Roket. Soalan lazim yang biasa ditanyakan dan telah dijawab oleh Dr. Roket berkenaan Master / PhD

KATEGORI STATUS MASTER/PHD/GOT/GBT

Dari dulu tak setuju untuk ‘GOT’ yang mengarut dan buat seminar yang nak cepat habis. Saya nak “just enjoy the process”.

J: It’s ok jika tak nak GOT. Kalau anda ada duit sendiri yang banyak untuk bayar yuran atau pemberi biasiswa sanggup tanggung, nak enjoy the process sampai 10-15 tahun pun boleh. Silakan. 

Kenapa sibuk sangat nak GOT/GBT?

J: Dr Roket sudi membantu mereka yang merasakan amanah untuk segera habiskan pengajian especially dengan duit biasiswa atau duit sendiri yang diberikan serta dengan tempoh masa yang universiti tetapkan. Cuba tengok surat tawaran tu, berapa tempoh masa yang diberikan?

Sumbangan tenaga dan kepakaran inilah yang penting untuk negara. Tapi kalau serabut, stress, depress, anxiety dengan tesis dan PhD yang tidak habis, macam mana nak perform dalam kerjaya?

Adakah PhD pada Dr Roket hanya TESIS & VIVA?

J: Tidak. PhD ni bukan pada tesis dan Viva semata-mata. Apatah lagi Perasaan Hasad Dengki (PHD). PhD adalah it’s beyond a thesis!

PhD antaranya adalah “Perjalanan Hijrah Diri”. PhD sepatutnya akan menjadikan kita “a better person” dalam semua aspek kehidupan insyaAllah. Bukan program ‘instant mee maggi’, nak grad cepat ceritanya. Janji tesis siap. TIDAK.

Bukankah “PhD is not meant for everyone”? Tak semua layak kan? Kenapa Dr Roket tekankan semua orang mesti sambung belajar?

J: Ya, PhD bukanlah segalanya. Setiap orang ada cerita unik yang berbeza. “PhD is not meant for everyone” perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Misi Dr Roket jelas iaitu kita nak semua rakyat Malaysia upgrade knowledge mereka, walau di mana level education mereka. Kuncinya ‘B-E-L-A-J-A-R’.

Yang NAK dan mampu sambung sehingga PhD, teruskan. Dr Roket akan tunjukkan dan buatkan belajar sampai PhD itu jadi seronok. Jadikan belajar sampai PhD ni journey yang best walaupun ada cabarannya yang tersendiri.

KATEGORI CONTENT

Adakah Dr Roket ‘Spoon feed’ pelajar dan menyebabkan pelajar tidak berdikari dan tidak berpegang kepada fundamental ilmu yang betul?

J: Dr Roket tidak sesekali ‘Spoon Feed’ students. Bahkan Dr Roket ajar cara lain. Dr Roket ajar cara berfikir, ajar critical thinking & problem solving dalam menghasilkan tesis yang berkualiti supaya capai standard SV dan examiner. InsyaAllah.

Teknik apa yang Dr Roket guna bila ada orang yang tak ada motivasi, sangkut 5-6 tahun suddenly tahun ke-7 dah boleh Viva dan lulus PhD?

J: Dr Roket ajar lebih daripada teknik. Tak cukup teknik sahaja. Yang pastinya, kita tak jual pil cepat siap tesis atau short-cut. Hehe.

Dr Roket ni ambil tugas SV ke? Then buat tesis orang?

J: Tidak sama sekali. Dr Roket ajar cara hasilkan tesis berkualiti yang mereka faham, hayati dan suka dengan kajian mereka. Apatah lagi bila mereka busy dengan banyak komitmen kerja dan family.

KATEGORI RESULT

Apa result Dr Roket dengan seminar, formula, teknik yang diberikan?

J: Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun, Dr Roket telah bantu lebih 72,000 orang pelajar Master PhD, 101 telah Viva dalam circle DR dan terdapat 6 orang Penerima Tesis Cemerlang.

Dr Roket ada bukti yang bertahun tak siap tesis, then boleh siap & habis PhD? macam mana atau teknik apa yang Dr Roket bantu?

J: Ada. Boleh tonton ni:

>> https://www.youtube.com/watch?v=qXEpilfJ-6M (kisah 1st attempt PhD gagal di University of Glasgow, Alhamdulillah 2nd PhD di Malaysia berjaya tamatkan pengajian).

>> https://www.youtube.com/watch?v=fMfyWtnAHfY (ulang alik masuk kelas teknikal tapi masih stuck, 8 tahun Tesis PhD “meninggal”).

>> https://www.youtube.com/watch?v=UzEa-VSxDGY (seorang ibu, anak 7 orang dan salah seorangnya anak istimewa, 7 tahun PhD, tapi dapat habiskan PhD dengan VIVA yang sangat well prepared).

Saya share 3 ja. Ada bangak lagi. Kalau rajin, jemput tengok di Youtube Dr Roket.

KATEGORI PESERTA/PELAJAR

Adakah Dr Roket sanggup dengar kritikan peserta dan Alumni?

J: Ya. Memang itu prinsip yang kita pegang. Kita memang sediakan platform/channel untuk salurkan apa sahaja kritikan, komen, penambahbaikan sama ada yang -ve ataupun +ve. 

Lumrah alam, mana ada orang/program yang perfect 100%. Tak ada masalah untuk kritikan yang membina. Pasti ada gap yang terlepas pandang. That’s why kita always minta feedback & feedforward tentang apa yang boleh di’improve’. 

Yang jujur ikhlas, Alhamdulillah mereka guna channel yang betul untuk sampaikan. Memang kita baiki. Alhamdulillah kita improve sampai hampir 7 tahun ini pun asbab daripada mereka. Syukur. Terima kasih buat anda yang gunakan saluran yang betul ini.

Sebaiknya, elakkan menjadi orang yang suka memilih untuk diam tetapi bercerita pada orang yang salah, pada mereka yang tiada kaitan atau di socmed. Ia menimbulkan persepsi yang salah sehingga menjadi fitnah sedangkan mereka tidak tahu apa-apa. Nau’zubillahiminzalik.

Adakah Dr Roket sanggup berdiskusi dengan mana-mana ahli bijak pandai, professor, pensyarah & Alumni?

J: Ya. InsyaAllah. Tiada masalah. Kita boleh berdiskusi dengan cara baik. Bukan untuk bergaduh. Diskusi secara baik untuk kebaikan pendidikan negara. It’s ok untuk guna platform orang lain atau anda sendiri. Tiada istilah marketing dalam bab ini.

Adakah Alumni boleh buat come back atau nyatakan pandangan dan sebagainya?

J: Ya. Kami sangat mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan, kritikan membina +ve & -ve. Untuk Alumni, mohon hubungi team/CRMP untuk tuntut sebarang hak anda yang tidak tertunai. Elakkan bercerita pada mereka yang tiada kaitan. Boleh juga diadakan perjumpaan bersama Alumni untuk kami semua dengar daripada anda.

Apa pandangan Dr Roket tentang mereka yang hanya memandang pelajar yang belajar di oversea dan underestimate Master PhD local?

J: Minta maaf cakap, pernah ada jenis ahli akademik yang bidang sains (bukan semua) hanya memandang mereka yang belajar di oversea. Mereka yang belajar di local ni macam dipandang agak lekeh, low class, apatah lagi yang ambil bidang agama ni. Sebab tu ada yang underestimate dan pelik macam mana Dr Roket (yang background agama, study local university je ni) boleh bantu semua bidang termasuk perubatan? Ya, sebab kita bantu dalam aspek “Pengurusan Tesis”.

Apa pandangan Dr Roket dengan isu ramai pelajar Master PhD yang tidak habis belajar walaupun ditaja?

J: Cerita tak habis belajar, extend semester, quit ni bukan isu kecil. Isu besar untuk negara sebenarnya. Cuba tengok individu di sekeliling anda. Ada tak? Kami tahu & jumpa ramai pelajar Master PhD yang terkandas bertahun-tahun tak habis pengajian atas banyak faktor. Siapa yang sudi hulurkan tangan untuk bantu mereka ni keluar dan tunjukkan jalan? Ayat yang biasa kita dengar, “Ko dah besar panjang, takkan tu pun tak reti?”. Kasihan mereka ni. Statement inilah yang menyebabkan mereka ini patah semangat, lebih suka mendiamkan diri, diam-diam tau-tau dah quit Master PhD. Apa yang ada, mereka kena bayar ganti rugi, kena terminate, end up dah give up untuk habiskan pengajian.

KATEGORI PROGRAM/SEMINAR

Program Dr Roket overclaim & overpromising?

J: Kita tak overpromising apatah lagi overclaim. Kita ada bukti daripada mereka yang bertahun-tahun tak siap tesis, ada pula yang boleh siap kurang 6 bulan dan tesis mereka berevolusi dengan sangat baik, Alhamdulillah. Siap tesis kurang 6 bulan bukan bermaksud terus grad/konvo. Awak dah kenapa siap tesis terus boleh konvo? Kita tidak pernah janjikan siap tesis boleh terus grad/konvo.

Tesis itu mudah. Itu yang kita pegang. Inilah realitinya. Tesis boleh siap kurang 6 bulan insyaAllah. Bergantung pada status pengajian mereka juga. Bergantung pada tindakan mereka apabila tugasan diberikan.

KATEGORI HARGA/YURAN

Berapa kos program Dr Roket?

J: Saya minta tuan puan fikir kiraan yang simple.

Kos tanggungan tidak habis belajar, kena bayar balik, yuran jika banyak kali extend, emosi diri dan ahli keluarga lagi, dah berapa RM tu habis? Mungkin nilainya RM150,000 – RM250,000.

Untuk makluman, yuran untuk level Master PhD yang kita berikan sebagai komitmen adalah serendah RM200. Mahal lagi yuran sekolah tadika anak kita. Alhamdulillah syukur, ada dalam kalangan mereka yang mendapat Tesis Cemerlang. 

Alhamdulillah ada yang pernah hadir walaupun program percuma atau yuran RM50, mereka ada mesej dan berterima kasih asbab program yang mereka hadir sebelum ni memperbaiki banyak perkara dan sedikit sebanyak membantu.

KATEGORI APA DR ROKET BANTU?

Dr Roket ni ajar motivasi & copy paste, short-cut, tesis "mee maggie" ke?

J: Takkanlah sekadar motivasi. Takkanlah sekadar copy paste etc lepas tu just submit untuk Viva. Logiklah sikit, takkanlah hanya sekadar itu sampai ada yang boleh dapat tesis cemerlang dari tempat yang susah dapat, Alhamdulillah. (Ni contoh graduan PhD USM Penerima Tesis Cemerlang Skala 1)

Alhamdulillah asbab strategi, teknik, formula dan cara kita bagi, plus effort mereka dan SV serta pelbagai lagi usaha dan ikhtiar, mereka dapat apa yang mereka impikan.

Apa yang Dr Roket bantu sebenarnya?

J: Antara yang Dr Roket bantu; Dr Roket empowering Master PhD students, unlock their potentials, train them how to be independent sebagai pelajar Postgrads yang berdikari, disukai SV dan bakal ahli akademik yang berdaya saing pada masa depan nanti, walau siapa pun mereka – sama ada yang bukan dalam kalangan budak pandai bahkan yang tak pandai menulis sekalipun. Dr Roket tidak underestimate mereka yang belajar di local university, dan hanya memandang mereka yang belajar dari oversea. Never.

Tapi saya dengar lain tentang Dr Roket?

J: Dr Roket tidak mengajar untuk bersaing sesama sendiri. Sebaliknya bersaing dengan diri sendiri. Kita tunjukkan cara untuk buat yang terbaik. Results kita serah kepada Allah selepas usaha, ikhtiar, doa, tawakkal.

Cepat atau lambat tempoh pengajian, bukanlah bukti kepada “masak” atau “half cooked”nya Master PhD.

“Cukai” tidak habis belajar sebenarnya lagi besar. Malah melibatkan banyak pihak.

Dr Roket ni asyik buat marketing je?

J: Tujuan marketing adalah untuk bagi orang tahu apa yang kita boleh bantu mereka dengan apa yang kita ada. Elakkan buat marketing dengan cara memburukkan orang lain (pesaing kita).

“Dr Roket ni more to business, diorang ni money oriented ke?”

J:  Mereka yang masih bekerja, ada gaji sebagai pensyarah dan buat part-time kelas teknikal sana sini, jual software itu ini tu untuk dapat duit tepi “geli-geli” habuan pi melancong, makan tempat mahal-mahal tu, silakan buat. Tetapi jangan sampai memburukkan orang lain. Kalau betul-betul nak bantu orang, buat betul-betul secara serius. Jika tidak serius, kemungkinan besar hanya untuk duit poket tambahan sendiri.

Mereka yang tiada staf dan operasi dari pejabat yang nak kena tanggung setiap bulan takkan faham perkara ini.

Kalau tuan puan nak buat bisnes, jual apa-apa pun, buat secara serius betul-betul. Set up serious Company Sdn Bhd, bukan Enterprise. Ada staf. Berani tak berhenti kerja dan ambil staf? 

 

  1. Adakah namanya “nak bantu” kena bagi semua FREE? Staf yang bekerja ni nak bayar gaji pakai apa tu? Nak tolong sponsorkah?

 

  1. Kenapa universiti kenakan yuran? Kenapa tak bagi free je? Patut ke pensyarah-pensyarah Uni ni kerja lebih dan tak payah ambil gaji? Jangan pula gaji pun ambik, then buat kerja program seminar part time untuk extra money masuk poket sendiri. 

 

  1. Kolej-kolej swasta, kenapa kena bayar yuran juga? Sepatutnya pensyarah-pensyarah tu pun kena bekerja fisabilillah sbb nak bantu anak bangsa dengan ilmu. 

Apabila di universiti kenakan yuran, fakulti, tertubuhnya centre, holdings dsb dan digalakkan untuk jana income kepada universiti. Itu bukan business?

Business ni, selagi mana tidak menyalahi syarak, tidak menyalahi polisi & undang-undang, buatlah apa pun yang akhirnya akan kembali memberi manfaat buat masyarakat orang awam, agama dan negara.

Macam mana saya nak tahu tentang Dr Roket?

J: Nak tahu apa yang Dr Roket bantu, jemput datang ke Postgraduates Transformation Programme (PTP) 25-27 Ogos 2023 ni. 

Boleh ke website ni: http://www.AkademiMasterPhdMalaysia.com 

Artikel:  Dr Roket’s step-by-step process helps postgraduate students chart success  | New Straits Times

https://www.nst.com.my/education/2021/10/736088/dr-rokets-step-step-process-helps-postgraduate-students-chart-success 

Siapa Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri | Dr. Roket

https://drroket.com/kenali-dr-roket/ 

Sejarah penubuhan 6 tahun syarikat 2M World: https://www.youtube.com/watch?v=prgXeVDECho  (tengok sampai habis dari awal – jangan skip kemudian buat judgement pula)

Apa yang Dr Roket perjuangkan?

J: Ilmu. Semua rakyat Malaysia perlu dibantu untuk rasa dan tahu cara seronok dan enjoy dengan ilmu.

Sedar tak yang 72.1% pelajar lepasan SPM tak nak sambung belajar?

Apa kesan kepada kemasukan universiti untuk Diploma, Degree, apatah lagi Master PhD?

Apa kesan pada pelapis pakar?

Apa kesan pada pendidikan negara kita?

Apa kesan pada masyarakat kita?

Apa kesan pada lecturer tu sendiri kalau students tak ada di kolej/universiti tempat anda bekerja?

Bagaimana untuk hubungi Dr Roket?

Boleh menghubungi Dr Roket di talian telefon yang dikongsikan di Website & juga beberapa platform sosial media Dr Roket.

Seperti di

> Tiktok Dr Roket : https://www.tiktok.com/@dr_roket
> Telegram Dr Roket : https://t.me/drroket
> Website Dr Roket : www.drroket.com
> Website Akademi MasterPhD : www.akademimasterphdmalaysia.com
> Threads / Instagram : https://www.instagram.com/drroket/
> Twitter : https://twitter.com/drroketofficial
> Facebook : https://www.facebook.com/drkndrroket/

Jangan segan- segan kami akan sedia membantu anda dalam apa jua keadaan anda di dalam Journey Master & PhD ini…. Semoga maju jaya dan kejayaan boleh dikongsikan bersama – sama demi masa hadapan negara yang lebih MAJU & Sejahtera…. InsyaAllah.

Ingin Info Lanjut Tentang Dr Roket?

⬇️ Ada Soalan Boleh Hubungi Team ⬇️
Hubungi Kami
⬇️ Anugerah Dr Roket ⬇️
Anugerah
⬇️ Apa Kata Ahli Circle Dr Roket? ⬇️
Testimoni
⬇️ Ketahui Polisi Dr Roket ⬇️
Polisi