fbpx Skip to main content
search
0

Ada jenis orang, nak tulis abstrak tesis pun makan masa berjam-jam.

Ada juga yang jenis main tulis saja tanpa hirau ada point atau tidak.

Walhal, abstrak tesis ini boleh dikatakan salah satu fokus utama pemeriksa apabila ingin menilai tesis anda.

Apa yang perlu kita ketahui, menulis abstrak tesis ni merupakan satu seni yang perlu kita pelajari.

Nak tahu tips untuk menulis abstrak dengan baik?

Jom baca sampai habis..

1. ‘Problem’ Kajian Ditulis Dengan Sangat Jelas

Bak kata pakar, “very brief problem description”. Biar abstrak kita ni jelas ditulis sehingga mampu sampai ke tahap pembaca berkata, “Ya, ini memang betul-betul problem. Satu tesis Ph.D tak cukup ni”. Anda rasa anda mampu keluarkan permasalahan kajian tesis anda?

2. Kajian mesti kelihatan rasional

Rasional ni secara mudah fahamnya, berpijak di bumi yang nyata. Tunjukkan sejelas-jelasnya pada “problem statement”.

3. Nyatakan ‘Hypothesis’ kajian

Pastikan ‘hypothesis’ kajian anda nampak dalam abstrak apabila dicari. Ini menunjukkan abstrak anda seakan-akan lengkap dengan adanya ‘hypothesis’.

4. Senaraikan objektif kajian

Objektif kajian merupakan cerminan pada tajuk anda. Kejelasan tajuk akan membuatkan objektif anda jelas.

Objektif kajian yang bagus adalah objektif yang dapat menjawab beberapa persoalan berikut: – “what”, “how”, “why” dan lain-lain.

Berapa objektif nak tulis, ya? 3 sudah memadai.. Nak tulis lebih, bergantung pada perbincangan anda dengan Supervisor.

5. Jelaskan metode yang digunakan

Pastikan metode yang anda gunakan itu difahami oleh pakar bidang dan bukan suka-suka bina metode sdn. bhd.

6. Paling Penting – Dapatan Kajian

Nyatakan dapatan atau hasil kajian anda dengan jelas di bahagian abstrak ini. Part ini adalah point yang paling dicari-cari oleh pembaca tesis anda, tidak kira Supervisor, examiner dan lain-lain.

7. Tulis Impak Kajian

Tunjukkan sejelas-jelasnya impak kajian dalam abstrak anda. Ringkasnya, impak ini boleh difahami sebagai ‘main significance of the research’.

Sekiranya cukup 7 tips asas di atas diletakkan di dalam abstrak, abstrak tesis anda pasti akan kelihatan cantik.

Entah-entah SV anda pun akan bertanya sambil tersenyum, “Bila nak isi borang Notis 3 bulan?”. Pastinya itu merupakan suatu kegembiraan buat anda, bukan?

sumber imej: vela.insure

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

SEMINAR NAK UBAH TESIS (NUT)

Perlukan banyak tips? Join channel Telegram Dr Roket di bawah.

TELEGRAM DR ROKET
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x