fbpx Skip to main content
search
0

SIAPA DR.HASIAH?

Insan hebat ini pernah melanjutkan pengajian Master dalam bidang Pendidikan. Beliau merupakan alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan telah berkhidmat selama 15 tahun di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS). Di sana, beliau mengajar dalam bidang Undang-Undang Prosedur Mal & Jenayah. 

Dr. Hasiah juga merupakan seorang peguam di firma guaman Hasiah Salleh & Associates selama hampir 20 tahun, dalam masa yang sama melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Undang – Undang Syariah di Universiti Malaya. Bermula Februari 2018, beliau gigih menuntut ilmu PhD walaupun kerjaya sebagai peguam sangat padat dan sibuk. 

“Big Why” Dr. Hasiah ialah membuat keluarganya bangga dan sentiasa berusaha keras demi mengubah nasib keluarga di mana beliau akan menjadi orang pertama mempunyai PhD. Hasrat beliau adalah untuk menghadiahkan PhD tersebut kepada ibunya walaupun tanpa sokongan seorang bapa sejak dari sekolah menengah lagi. Kini, akhirnya tercapai apabila perjuangan beliau sudah hampir ke penamatnya. Alhamdulillah, syukur…

BAGAIMANA BELIAU MENGENALI DR ROKET?

Mula mengenali program Dr Roket melalui keratan akhbar pada tahun 2017, beliau teruja untuk mendaftarkan dirinya. Apa yang menarik mengenai kisah Dr. Hasiah ini, beliau menghadiri Seminar Start-Up Dr Roket sebelum mendaftar PhD lagi iaitu pada penghujung tahun 18 Mac 2017. Niatnya adalah untuk menyambung PhD dengan ilmu yang memberikan makna kepada tesis beliau.

Beliau amat bersyukur setelah bertemu dengan Dr Roket dan sehingga kini beliau menggunakan ilmu Seminar Gempur dan lain-lain sepanjang PhD Journey beliau. Bahkan, siapa sangka hanya dalam 2 minggu selepas pendaftaran, beliau telah pun menyiapkan 67 halaman dalam masa 3 hari dan lulus dengan cemerlang dalam pembentangan proposal beliau! Amazing ke amazing?

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menjangka takdir, Dr. Hasiah yang mulanya bersemangat untuk berjuang, mula menghadapi cabaran demi cabaran sepanjang menyiapkan tesisnya. Ketika itu, beliau mula bertangguh untuk menyertai program-program Dr Roket yang dianjurkan. 

APA CABARAN YANG DIHADAPINYA?

Dek kerana kerjayanya sebagai peguam dan pensyarah dalam masa yang sama, Dr. Hasiah menghadapi kekangan masa kerana terpaksa mengajar pada waktu siang dan memperuntukkan masa untuk membaca kes-kes mahkamah pada waktu malam. 

Sungguh padat ya masa beliau dari sehari ke sehari…

Akibatnya, Dr. Hasiah mengalami ‘Vertigo’ (gejala yang menyebabkan seseorang mengalami pening dan rasa berputar yang muncul secara tiba-tiba) disebabkan oleh tekanan akibat beban tugas dan akademik. Ini membuatkan beliau sentiasa sakit sehinggakan menjadi kurus dan pucat serta sukar untuk bangun.

Bukan itu sahaja, tiada progres yang berlaku pada tesisnya setelah beliau berhenti menyertai program Dr Roket dan keadaan itu berlarutan selama hampir 2 tahun. Dalam tempoh itu, beliau tidak mempunyai sebarang sistem mahupun inisiatif untuk menyambung tesisnya sehinggalah beliau terbuka hati untuk kembali mencari mentor yang ditinggalkannya sebelum ini. 

Kehidupan sehariannya yang tiada mentor dan circle yang positif sebelum ini akhirnya berubah setelah Dr. Hasiah membuat ‘come back’ dengan menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 28 Disember 2019. Dr Roket yang kembali dengan program Seminar NUT yang lebih “improvise” dan konsisten, membuatkan Dr Hasiah lebih bersemangat dan ingin mengikuti proses lebih mendalam dan bermula untuk “Trust The Process” bersama Circle Platinum yang lain.

(Gambar-gambar Dr. Hasiah semasa Seminar NUT 2019)

IMPAK SETELAH KEMBALI KE DR ROKET

Setelah mencari semula mentornya dan mendapat panduan semula untuk mengurus tesis dengan baik, Dr. Hasiah dapat menyiapkan 30% hingga 50% tesisnya, hidupnya kembali ceria dengan merasakan tesis itu begitu mudah. Dalam hanya 2 minggu Dr. Hasiah dapat menghasilkan Proposal Defense (PD) dan memberikan “Presentation yang WOW” kepada semua examiner pada ketika itu dengan penuh yakin. Alhamdulillah. 

Impak daripada seminar Dr Roket, beliau merasai kelainan apabila menemui pengalaman yang amat memberi momentum terhadap hasil penulisan tesis beliau. Beliau mengharapkan seminar tersebut dilakukan secara berterusan namun beliau tidak pernah menyesal menyertai Circle Platinum dan kekal sehingga ke bilik Viva. 

Sepanjang Dr. Hasiah berada di bawah didikan Dr Roket, beliau sentiasa menerima bimbingan yang bukan sahaja dari segi pengembangan tesis, malah kesihatan mental dan fizikal juga. Perkara itu sangat dihargai oleh Dr. Hasiah sendiri kerana beliau mempunyai masa yang padat untuk mengurus segala urusan hariannya. Pantauan Dr Roket juga telah memberikan semangat yang luar biasa kepada beliau pada setiap masa. 

BAGAIMANA RESULT VIVA BELIAU?

Setiap usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh pasti akan mendapat ganjaran dan keputusan yang memuaskan. Begitu juga dengan Dr. Hasiah yang menerima keputusan yang cukup membanggakan seluruh keluarganya dan Platinum Dr Roket.

Alhamdulillah, Dr. Hasiah berjaya mendapat keputusan Viva Tesis cemerlang UM! Setiap ujian dan cabaran yang dihadapi mampu diatasinya dengan baik. Tahniah kepada beliau, tahniah kepada SV beliau atas kejayaan ini!

Beliau telah pun berjaya menghasilkan tesis yang berkualiti untuk kegunaan masyarakat pada masa hadapan. Kini, Dr Hasiah mendapat gelaran “Pakar” untuk menyuarakan pendapat dengan mewakili pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam perkongsian ilmu mengenai “Isu Penjagaan dan Tahap Kesihatan Warga Emas Perlu Ditambah Baik.”

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x