Debaran menuju viva bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Bagi ramai pelajar Master dan PhD, fasa ini sering menjadi penentu kepada segala usaha bertahun-tahun yang telah dicurahkan.

Persediaan yang kurang rapi bukan sekadar menjejaskan keyakinan, malah boleh memberi kesan besar terhadap keseluruhan perjalanan akademik.

Atas sebab itulah pada 16 Mei 2026 (Sabtu), program eksklusif Special Vivalicious 4.0 kembali dianjurkan di IDCC Shah Alam sebagai medan latihan intensif buat calon-calon viva terpilih.

Sebagai salah satu signature programme Dr Roket, Special Vivalicious terus menjadi platform berprestij yang dinantikan oleh komuniti postgraduate, khususnya dalam kalangan circle Platinum Dr Roket.

Apa Itu Special Vivalicious?

Special Vivalicious merupakan program eksklusif yang direka khas bagi membantu postgraduate membuat persiapan rapi sebelum melangkah ke dewan viva sebenar.

Program ini terbuka kepada peserta terpilih dalam kalangan circle Platinum yang memenuhi syarat tertentu, manakala akses tontonan pula diberikan secara eksklusif kepada ahli Platinum berdaftar.

Ini bukan sekadar sesi pembentangan biasa. Special Vivalicious adalah ruang simulasi pre-viva berintensiti tinggi yang memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman pembentangan akademik dalam suasana profesional, lengkap dengan penilaian, teguran membina, dan cadangan penambahbaikan secara terus daripada panel penilai.

8 Peserta, 8 Tesis, 1 Pentas Persediaan Viva

Dalam Special Vivalicious 4.0 kali ini, seramai 8 orang pembentang telah tampil membentangkan tesis masing-masing di hadapan panel utama, Dr. Haji Mohd Khairul Nizam.

Walaupun datang daripada universiti dan fakulti berbeza termasuk institusi luar negara seperti Durham University, mereka berkumpul atas satu matlamat yang sama iaitu untuk bersedia menakluki dewan viva dengan lebih yakin dan tersusun.

Setiap peserta dinilai secara profesional daripada pelbagai sudut penting termasuk pemantapan struktur pembentangan, keberkesanan penyampaian akademik, teknik menjawab soalan examiner, ketahanan mental ketika berdepan tekanan, serta keyakinan dalam mempertahankan hujah penyelidikan masing-masing.

Simulasi Realiti Viva dalam Suasana Terkawal

Sepanjang program berlangsung, para peserta melalui pengalaman pembentangan yang sangat hampir dengan situasi viva sebenar.

Setiap soalan, setiap respon, dan setiap penjelasan menjadi latihan penting untuk membina keyakinan diri serta ketenangan ketika berhadapan examiner di universiti masing-masing.

Walaupun berbeza bidang dan fokus kajian, semua peserta disatukan dalam satu ruang pembelajaran yang sama dan saling memberi inspirasi antara satu sama lain.

Pengiktirafan Khas Special Vivalicious 4.0

Sesi pembentangan kelapan-lapan orang peserta tamat pada sesi petang. Sebagai penghargaan kepada usaha dan pencapaian para peserta, beberapa anugerah khas telah diberikan berdasarkan penilaian panel.

Antara penerima anugerah ialah:

Ibnu Sina Award (Research Innovation)
Cik Puan Vanhitha A/P Kernagaran

Al Ghazali Award (Knowledge Contribution)
Cik Puan Rozita Kamil

Ibnu Rushd Award (Academic Leadership)
Cik Puan Norshazliza Ab Ghani

Al Imam Az Zahabi Award (Outstanding Achievement)
Cik Puan Bushro Abd Zaman @ Bakri

Al Biruni Award (Perseverance in Advancing Research)
Cik Puan Zurinawati Hamzah

Mohd Kamal Hassan Award (Special Vivalicious)
Cik Puan Asni Che Abd Aziz

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Namun hakikatnya, setiap peserta yang tampil pada hari tersebut membawa kekuatan dan keunikan tersendiri.

Ada yang menyerlah melalui ketajaman analisis, ada yang memukau melalui penyampaian, dan ada yang menginspirasikan melalui ketekunan mereka sepanjang perjalanan akademik.

Special Vivalicious Bukan Tentang Menang, Tetapi Bersedia

Hakikat sebenar program ini bukan tentang siapa yang menerima anugerah. Apa yang lebih utama adalah proses persediaan, keberanian untuk tampil, keterbukaan menerima teguran, dan kesungguhan memperbaiki diri sebelum menghadapi viva sebenar.

Setiap peserta pastinya pulang dengan input yang lebih jelas, keyakinan yang lebih tinggi, dan strategi yang lebih tersusun untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Momen Istimewa Sambutan Hari Guru Buat Dr Roket

Di sebalik keseriusan sesi akademik dari pagi hingga petang, Special Vivalicious 4.0 turut dihiasi dengan momen yang cukup menyentuh hati.

Para peserta Platinum telah membuat kejutan istimewa sempena sambutan Hari Guru buat Dr Hj Mohd Khairul Nizam dan Dr Hjh Mardiana Mat Ishak sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen dalam membimbing bangsa postgraduate selama ini.

Satu momen sederhana tetapi sarat makna. Ia membuktikan bahawa hubungan yang terjalin dalam circle Platinum Dr Roket ini bukan sekadar antara mentor dan peserta, tetapi sebuah ekosistem sokongan yang saling mengangkat antara satu sama lain.

Peralihan ke Event Roket Intensive Class 5

Sejurus tirai Special Vivalicious 4.0 dilabuhkan pada 16 Mei 2026, momentum pembelajaran diteruskan pada keesokan harinya menerusi Roket Intensive Class 5 pada 17 Mei 2026 (Ahad).

Kali ini, Dr Roket hadir dengan pengisian yang lebih detail dan lebih mampat. Segala teknik serta strategi daripada kelas-kelas terdahulu telah diperhalusi bagi memastikan peserta bukan sahaja mampu menyiapkan tesis, malah merealisasikan impian Grad On Time (GOT) atau Graduate Before Time (GBT).

Jika Special Vivalicious memberi ruang simulasi pembentangan dan persediaan mental menghadapi viva, Roket Intensive Class 5 pula melengkapkan perjalanan itu dengan strategi yang lebih tersusun untuk memperkemaskan gerak kerja akademik peserta.

Kedua-dua program ini saling melengkapi dalam membentuk postgraduate yang lebih bersedia, lebih jelas hala tuju, dan lebih yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Program ini turut diserikan dengan sesi penyampaian frame anugerah viva kepada ahli Platinum yang baru sahaja berjaya menempuh viva, iaitu Dr-to-be Nur Syafiqah Rahim, yang menerima penghargaan tersebut secara simbolik di atas pentas.

Momen ini menjadi satu bentuk pengiktirafan bermakna atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang telah diraih, sekali gus menjadi suntikan inspirasi kepada para peserta lain untuk terus melangkah yakin dalam perjalanan akademik masing-masing.

Penutup 2 Event Bermakna

Hujung minggu pada 16 dan 17 Mei 2026 membuktikan satu perkara yang cukup jelas. Kejayaan dalam dunia akademik tidak hadir secara kebetulan. Ia lahir melalui persediaan yang konsisten, bimbingan yang tepat, dan kesungguhan untuk terus memperbaiki diri.

Melalui penganjuran Special Vivalicious 4.0 dan Roket Intensive Class 5, Dr Roket terus menyediakan ekosistem pembelajaran yang bukan sahaja membantu postgraduate menyiapkan tesis, malah membentuk keyakinan, strategi dan ketahanan untuk melangkah lebih jauh.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberi komitmen sepanjang dua hari yang penuh dengan ilmu, refleksi dan perkongsian bermakna. Semoga setiap input yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan dalam perjalanan Master dan PhD masing-masing!

Nak dibimbing dalam penulisan proposal selama 6 bulan, jom daftar Program Intensif 6 Bulan (PI6) yang bermula April hingga September ini. Klik di bawah:

Nak join TMB, daftar sini
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x