Skip to main content
search
0

Perjalanan PhD bukan sekadar tentang menyiapkan kajian dan menghantar tesis, tapi satu perjalanan penuh cabaran, pengorbanan, dan kebergantungan kepada Allah.

Setiap pelajar akan melalui fasa jatuh bangun, berjuang dengan deadline, dan menghadapi ujian emosi serta mental. Namun, apabila tiba saat menghantar tesis, semua usaha dan pengorbanan itu terasa begitu berbaloi.

Syukur, baru-baru ini Dr. Mohd Khairul Nizam (Mentor Platinum Dr Roket) menerima ucapan berharga daripada salah seorang anak didiknya yang hampir menamatkan pengajian PhDnya di universiti terbaik dunia, University of Cambridge.

Assalamualaikum Doc. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah, jam 7.18pm semalam.. saya dah selamat submit PhD thesis ke University of Cambridge. Allahuakbar.
Terima kasih kepada Doc - Dr Mar sediakan platform luar biasa ini (Premier) untuk bantu journey PhD saya.

Terima kasih bagi saya peluang, bantu saya improve, percaya pada saya, push saya to the max, dan bagi saya kekuatan sepanjang perjalanan PhD saya Doc.

Allah sangat baik, Dia bawa saya ke sebuah circle yang tak pernah saya imagine, Dia bagi ilmu bertalu2 untuk saya instill dalam kehidupan dan career, Dia bagi saya keluarga platinum. Allahuakbar.

Doc.. saya mohon doa dari Doc, Dr Mar dan kawan2 semua untuk iringi submission thesis saya dan mohon Allah jadikan process sehingga habis viva itu indah dan mudah. Amin.

Allah balas segala kebaikan Doc dengan lebih banyak kebaikan dan kejayaan utk family dan 2MWorld. Mohon maaf atas segala salah silap saya Doc- halalkan segala ilmu.

(Dr.H. Calon PhD Medical School University of Cambridge)

Terima kasih kepada circle Platinum yang saling menyokong atas kejayaan ini. Moga Dr. H berjaya Viva dengan tenang dan konvo dengan bahagia tidak lama lagi.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menjejakkan kaki ke universiti terbaik dunia dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD. Dengan semangat yang kuat, strategi yang betul, dan doa yang tak putus, setiap impian boleh menjadi kenyataan.

Doakan agar perjalanan akademik ini terus dipermudahkan untuk semua yang sedang berjuang.

Nak upgrade diri dan dapatkan inspirasi dari mereka yang pernah lalui cabaran PhD dan kerjaya? Jom sertai seminar PTP akan datang! Tekan butang di bawah SEGERA.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x