Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 22 November 2022 iaitu cik puan Atiqah binti Nawawi.
Jutaan tahniah diucapkan kepada cik puan Atiqah yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
Cik puan Atiqah binti Nawawi.
BIDANG:
Psikologi Pendidikan.
UNIVERSITI:
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
TAJUK KAJIAN:
Penerokaan Terhadap Dorongan Motivasi Keusahawanan Dalam Inovasi Penyelidikan Akademik di Universiti Awam Malaysia.
NAMA PENYELIA:
1.Prof. Madya Dr. Narina A.Samah.
2.Ts. Dr. Sharifah Osman.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian ini berfokuskan kepada keperluan untuk menerapkan elemen keusahawanan dalam kurikulum kejuruteraan.
Hal ini adalah kerana jurutera merupakan kerjaya yang menyelesaikan masalah dengan menginovasikan penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat/industri.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
- Tahu dan faham keperluan kajian.
- Teliti keperluan keusahawanan dalam bidang yang berlainan.
- Kajian terhadap ‘entrepreneur failure’.
Terima kasih kepada cik puan Atiqah Nawawi atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: