Ramai dikalangan mereka yang boleh habiskan kelas-kelas wajib. Ramai juga yang sibuk masuk pelbagai jenis kelas atas niat nak habiskan journey “neraka” Master Ph.D. Akhirnya mereka hanya mengumpulkan sijil bertingkat!
Faktanya tidak ramai yang boleh habiskan untuk bab penulisan tesis. Inilah yang menjadi journey Master Ph.D drag sangat lama, tidak dapat habiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan pihak Universiti atau tajaan.
Sekiranya anda belum sambung dan ada niat, Tahniah! Anda berada dipermulaan yang baik in sha Allah.
Namun jika sekiranya anda sedang berada difasa sedang menulis tesis ataupun sedang fasa kritikal sampai tahap akan diterminate atau bakal terpaksa membayar semula biasiswa, Tahniah juga kerana anda masih ada peluang untuk baiki keadaan dan menemui sinar indah dipenghujung jalan. In Sha Allah.
Ingat pesanan saya, “Habiskan Apa yang Anda Mulakan!”.
Harapan saya agar buku “31 Panduan Tulis Tesis Cepat” ini dapat membantu anda.
Semoga ia dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selamat Membaca dan Selamat Beramal!