Perjalanan di bumi Cambridge diteruskan lagi dalam Part 2.

Selepas menelusuri permulaan perjalanan di kota ilmu ini, kali ini Dr Roket berkesempatan melihat lebih dekat suasana sekitar Cambridge yang cukup terkenal dengan sejarah, seni bina dan persekitaran akademiknya yang tersendiri. Setiap sudut di sini mempunyai identiti dan cerita yang menjadikan Cambridge begitu istimewa di mata dunia.

Sometimes the deepest reflections happen when we stop talking.

Syukur.
Semalam antara hari yang buat saya diam sekejap.
Bukan diam sebab penat.
Bukan diam sebab hilang kata-kata.
Tetapi diam yang buatkan kita melihat hidup lebih perlahan. Diam yang buatkan kita berfikir.
Diam yang buatkan hati sedang memproses sesuatu yang sukar dijelaskan dengan perkataan.
Pagi semalam saya naik punting. Duduk atas bot kecil, perlahan menyusuri Sungai Cam sambil dengar cerita daripada punting scholar Cambridge.
Masa itulah saya baru sedar satu perkara.
Tempat ini antara tempat yang paling banyak melahirkan Nobel Laureate di UK dan Eropah.
Setakat ini Cambridge telah melahirkan sekitar 126 Nobel Laureate.
Bila dengar nombor itu saya terus diam sekejap.
Sebab nombor itu bukan sekadar angka.
Di belakang setiap angka ada manusia.
Ada air mata.
Ada eksperimen yang gagal.
Ada malam yang tidak tidur.
Ada pengorbanan bertahun-tahun.
Dan saya terfikir.
Berapa ramai manusia pernah datang ke sini dengan mimpi kecil tetapi pulang mengubah dunia?
Bila tengok Cambridge dari atas air, ia nampak lain.
Tenang.
Perlahan.
Macam bandar yang tidak pernah tergesa-gesa.
Sepanjang perjalanan itu satu demi satu kolej legenda lalu di depan mata.
Mula-mula King’s College.
Diasaskan tahun 1441 oleh Raja Henry VI.
Chapel dia antara binaan paling terkenal di dunia dengan siling fan vault terbesar di dunia.
Saya terfikir.
Mungkin beratus tahun dahulu ada pelajar berdiri dekat situ sambil pegang buku, memikirkan masa depan.
Rupa-rupanya manusia dulu dan sekarang tidak jauh beza.
Kemudian Trinity College.
Inilah kolej yang sering digelar kilang genius.
Isaac Newton pernah belajar di sini.
Ramai pemenang Nobel lahir dari sini.
Ada manusia berjalan sambil melihat pokok.
Ada manusia melihat pokok lalu terfikir graviti. U all yang tengok live 6 jam semalam saya dah bawa u all tengok pokok Apple Isaac Newton.
Mata melihat benda sama.
Tetapi fikiran melihat dunia berbeza.
Kemudian St John’s College.
Di situ ada Bridge of Sighs.
Katanya pelajar dahulu seolah-olah mengeluh sebelum peperiksaan. Bro yang kayuh punting tu ajak kami satu boat buat “aaaghrrr”!
Saya tersenyum.
Rupanya tekanan assignment sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Selepas itu Clare College.
Antara kolej tertua di Cambridge sejak tahun 1326.
Empayar jatuh.
Kerajaan berubah.
Perang berlaku.
Tetapi bangunan ilmu itu masih berdiri.
Kemudian Gonville & Caius College.
Ramai tak tahu kolej ini sangat kuat dalam bidang perubatan.
Francis Crick, antara saintis yang terlibat dalam penemuan struktur DNA pernah belajar di sini.
Kadang-kadang satu penemuan makmal boleh mengubah sejarah manusia.
Akhir sekali Queens’ College.
Di situ ada Mathematical Bridge yang terkenal.
Dan masa bot bergerak perlahan di tengah sungai, saya terdiam sekejap.
Berapa ramai saintis.
Berapa ramai pemikir.
Berapa ramai manusia luar biasa pernah melihat langit yang sama.
Bezanya cuma masa.
Selepas itu dibawa pula ke satu tempat yang dikatakan “secret spot”.
Katanya tempat biasa budak-budak Cambridge jer tahu.
Orang luar mungkin lalu sahaja.
Kami ambil gambar di situ.
Ada tempat yang cantik sebab binaannya.
Ada tempat yang cantik sebab cerita yang melekat padanya.
Lepas selesai ambil gambar kami singgah Tesco Cambridge.
Nampak macam benda kecil.
Tetapi saya memang suka tengok benda kecil.
Masuk sahaja terus rasa beza dengan Tesco Malaysia.
Rak buah-buah segar dia menarik perhatian. Blueberries. Delima. Pelbagai berries. Tersusun cantik.
Yang buat saya berhenti sekejap ialah susu kambing dalam kotak. Pagi ni dapat minum susu kambing tanpa rasa bersalah! YFJF!!!
Saya tengok lama.
Kadang-kadang bila bermusafir, bukan bangunan besar yang mengajar kita sesuatu.
Rak pasar raya pun boleh buka mata.
Sebab budaya hidup manusia juga satu bentuk ilmu.
Dan selepas itu Allah kurniakan pula satu nikmat yang buat hati saya tersenyum.
Allah izinkan saya singgah rumah dua pelajar tuisyen saya di Cambridge.
Fauzi dan Dr Hanis.
Masa masuk rumah mereka saya terdiam sekejap.
Tiba-tiba teringat perjalanan yang panjang.
Dulu mungkin bermula dengan kelas.
Bermula dengan Zoom.
Bermula dengan sesi perbincangan tesis.
Bermula dengan impian kecil.
Tetapi hari itu Allah izinkan saya melihat sendiri sebahagian daripada perjalanan mereka di bumi Cambridge.
Kadang-kadang seorang guru bukan paling bahagia apabila melihat pelajar lulus.
Tetapi apabila dapat melihat anak muridnya sampai ke tempat yang pernah mereka impikan.
Mungkin inilah antara hadiah paling mahal bagi seorang pendidik.
Bukan bangunan.
Bukan wang.
Tetapi melihat manusia yang pernah dibantu sedang membina sejarah hidup mereka sendiri.
Paling best dapat tengok “pokok conversation” depan bilik study rumah Dr Hanis!
Next saya story apa yang berlaku dekat rumah Hanis.
Selepas itu singgah makan dekat kedai Uncle Carlos.
Yang menariknya bukan makanan.
Tetapi resit kecil yang ditulis tangan.
Carlos BBQ.
?? Mill Road.
“The dinner and drink.”
Saya tengok lama.
Di zaman AI, mesin dan teknologi, masih ada manusia menulis resit dengan tangan.
Kadang-kadang benda paling mahal bukan sistem.
Tetapi sentuhan manusia. Saya dapat rasa keikhlasan insan yang suka memberi. Allah a’lam.
Lepas itu Allah izinkan pula ziarah Cambridge Central Mosque.
Masuk sahaja suasananya lain.
Tenang.
Diam.
Sunyi yang tidak menyesakkan.
Sunyi yang menenangkan.
Masjid ini bukan masjid biasa.
Komuniti Muslim Cambridge menunggu bertahun-tahun untuk melihat masjid ini berdiri.
Akhirnya pada tahun 2019 impian itu menjadi nyata.
Di tengah bandar yang melahirkan saintis, ahli fizik, matematik dan Nobel Laureate, berdiri sebuah masjid yang seolah-olah membawa satu mesej:
Ilmu dan iman tidak pernah bermusuh.
Yang paling menarik perhatian saya ialah bahagian dalam masjid.
Kayu-kayu besar bercantum seperti pokok yang tumbuh menuju langit.
Bila tengok lama-lama rasa seperti sedang berdiri di tengah hutan.
Rupanya seni bina itu dibina dengan falsafah taman syurga dalam Islam.
Dan saya terdiam lagi.
Di Cambridge manusia membina kolej.
Membina makmal.
Membina teori.
Membina penemuan.
Tetapi di sini saya teringat satu perkara.
Setinggi mana ilmu manusia naik…
Akhirnya manusia tetap mencari tempat untuk meletakkan dahi.
Lebih menginsafkan.
Di ruang solat itu semua gelaran hilang.
Profesor.
Doktor.
Saintis.
Pegawai.
Semua berdiri dalam saf yang sama.
Menghadap kiblat yang sama.
Sujud pada Tuhan yang sama.
Saat keluar dari Masjid Hanis perkenalkan saya pasangan Dr dari Indonesia penerima Biasiswa “Bill Gates” (tak mudah nak dapat biasiswa ni) dalam bidang perubatan. MasyaAllah Dr Iqbal tu dari keturunan Buya HAMKA!
Dan malam pula Allah aturkan sesuatu yang langsung saya tak jangka.
Dijemput duduk bersama pegawai MARA, pegawai JPA dan 8 orang pelajar postgrad daripada Cambridge, Oxford dan universiti lain.
Saya banyak diam.
Banyak mendengar.
Cerita perjuangan.
Cerita pengorbanan.
Cerita manusia yang tinggalkan keluarga dan negara demi ilmu.
Masa itu saya terfikir satu perkara.
Ramai datang Cambridge mencari universiti.
Tetapi semalam saya rasa saya jumpa sesuatu yang lebih besar.
Saya jumpa manusia-manusia yang sedang memikul masa depan.
“Knowledge travels through books. But wisdom travels through people.”
اللهم زدني علماً وفهماً
Semalam bukan sekadar berjalan di Cambridge.
Semalam saya sedang berjalan di dalam cerita.
لَعَلَّ بَعْضَ الرِّحْلَاتِ لَا تُغَيِّرُ الْمَدِينَةَ الَّتِي نَصِلُ إِلَيْهَا… بَلْ تُغَيِّرُ الإِنْسَانَ الَّذِي فِي دَاخِلِنَا
Mungkin ada perjalanan yang bukan mengubah tempat yang kita sampai tetapi mengubah manusia di dalam diri kita sendiri.
Now saya sedang bergerak ke tempat yang bakal menjadi sejarah besar Negara! Tunggu saya buat live di TT ye!

Perjalanan di bumi Cambridge ini belum berakhir. Nantikan Part 3.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x