fbpx Skip to main content
search
0

Kebiasaannya ramai pelajar Master PhD yang merungut dan pening kepala memikirkan tajuk kajian sehinggakan ada pelajar yang marah-marah. Setiap kali bertemu penyelia ada saja yang tidak kena itu dan ini.

Akhirnya, fed up sendiri sebab asyik bertukar sahaja tajuk. Bila nak habis, kan kalau begitu?

Tahukah anda???

Kelewatan memiliki tajuk tesis selepas semester pertama membuatkan anda dalam bahaya?

Lewat memilih tajuk kajian inilah yang membuatkan ramai pelajar terkandas atau tidak Graduate On Time (G.O.T). Ini sudah terbukti sebelum ni.

Jadi, di sini akan dikongsikan 7 tip mudah memilih tajuk kajian:

1. Berbincang dengan penyelia secara serius dan segera.

2. Pilih satu tajuk dari subjek, kursus atau bidang. Pastikan pilihan itu yang paling anda gemari.

3. Buat sedikit carian daripada jurnal. Minimum 20 artikel. Contohnya, ‘Oxford Journal’ atau apa saja jurnal yang mudah diakses.

4. Hadir kursus atau diskusi bersemuka dengan mereka yang pernah menyelia, mengendalikan pelajar bermasalah dengan tesis.

5. Fokus pada kekuatan maklumat yang anda miliki.

6. Semak tempoh pengajian anda dan berdisiplin.

7. Kenal pasti mentor yang berupaya memberi solusi terbaik bila anda amat memerlukan.

Bagaimana dengan perkongsian 7 tips ini? Sekiranya anda dapat memilih hanya 1 tips untuk dilaksanakan, teruskan melakukannya.

Yang penting, jangan tinggal semua. Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan pada semua.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

SEMINAR NAK UBAH TESIS (NUT)

Perlukan banyak tips? Join channel Telegram Dr Roket di bawah.

TELEGRAM DR ROKET
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x