fbpx Skip to main content
search
0

“Nak sambung PhD ke tak ya? Kerja dah bertimbun ni…”

“Macam mana nak fokus tulis tesis ni, hari-hari mengajar budak..”

Saya pasti ada dalam kalangan anda yang pernah terfikir sebegini apabila mendapat seruan atau panggilan untuk menyambung Master atau PhD.

Kerja dah stabil, ditambah pula buat dua tiga kerja sampingan, tapi masih teringin nak sambung belajar. Ye laa..  seringkali kita mendengar istilah, ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’ kan.. Jadi, keinginan hati tu membuak-buak untuk teruskan pengajian di Universiti.

Tetapi, bila difikirkan semula, nak siapkan tesis pastinya memakan masa yang lama kalau tiada formula dan ilmu ketika sambung Master atau PhD.

Kalau anda masih berbelah bahagi untuk sambung belajar ketika sedang bekerja, atau berasa takut tak dapat graduate on time, cuba anda baca kisah inspirasi yang saya kongsikan di bawah.

Insan yang saya akan ceritakan ini bukan calang-calang orang. Beliau melakukan dua kerja hakiki tetapi dalam masa yang sama menyambung PhD secara full time. Apa rahsia dan petua yang beliau lakukan sehingga boleh bahagikan masa antara bekerja dan belajar, malah boleh dapat result yang gempak???

Jom kita telusuri kisah di sebalik kejayaan beliau…

Siapa beliau???

Insan yang dimaksudkan ini ialah Ustazah Dr. Hasiah binti Mat Salleh yang berasal dari Pahang. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) selama 15 tahun.

Dalam masa yang sama, beliau juga telah menjadi Peguam Syarie di Pahang selama hampir 20 tahun dan mempunyai syarikat guaman bernama Hasiah Salleh & Associates.

Sungguh ‘amazing’ kan apabila seorang wanita yang merupakan seorang isteri dan ibu ini mampu melakukan dua pekerjaan dalam satu masa… malah kedua-dua pekerjaan tersebut adalah penting dan memerlukan komitmen yang cukup tinggi.

Latar belakang akademik

Dr. Hasiah memiliki Master dalam bidang pendidikan dan menyambung pengajian PhDnya di UM. Bidang pengajian yang diambil adalah Syariah dan Undang-Undang dalam pengkhususan Modal Perlindungan Warga Emas Menurut Perundangan Islam.

‘Big WHY’ Dr. Hasiah mengambil PhD adalah untuk menghadiahkan kejayaan PhD kepada ibunya dan mengubah nasib keluarganya.

Cabaran semasa belajar

Dr. Hasiah ini seorang yang sungguh komited dalam apa jua yang dilakukannya. Sifat ini boleh dilihat semasa beliau menyiapkan tesis sehingga 57 halaman, membuat proposal dalam masa 3 hari sahaja dan Lulus dalam Proposal Defense (PD) pada Februari 2018 yang lalu.

Walau bagaimanapun, cabaran demi cabaran terpaksa dilaluinya setelah PD tersebut. Beliau tidak ‘mengusik’ tesisnya sama sekali dan telah ‘hanyut’ selama hampir 2 tahun tanpa draf!

Apa yang terjadi kepada beliau??

Ini antara cabaran dan jatuh bangun beliau ketika PhD:

  1. Hilang punca dan ‘lost’

Beliau menunda penulisan tesisnya kerana merasakan ada amanah lain yang perlu didahulukan.

  1. Terlalu mengutamakan tugas

Beliau merasakan terlalu banyak kerja sehinggakan tidak pandai seimbangkan antara tugas dengan tesis kerana beliau seorang yang akan mem’priority’kan kerjaya dan sering bersikap ‘perfectionist’ untuk sesuatu kerja.

  1. Bekas pesakit ‘vertigo’

Oleh sebab terlalu stress akibat bebanan tugas dan akademik, Dr. Hasiah mengalami vertigo, iaitu keadaan yang membuatkan kepalanya mudah berpinar dan badan tidak seimbang.

  1. Jadual yang sangat ‘pack’

Beliau sangat sibuk dengan kehidupan seharian, siang mengajar di UNIPSAS, malam pula diperuntukkan untuk membaca kes-kes untuk prosiding di mahkamah. Walaupun banyak mengikuti kursus-kursus metodologi, beliau tetap ‘lost’.

Apa penawar yang beliau temui?

Dr. Hasiah kembali mencari momentum diri dengan membuat ‘come back’ dalam Dr. Roket. Beliau menghadiri Seminar Nak.Ubah.Tesis (N.U.T) yang diadakan pada 28-29 Disember 2019 ketika itu.

Di sanalah bermulanya saat Dr. Hasiah kembali mencari mentornya. Dr. Mohd Khairul Nizam yang telah ditinggalkan selama hampir 2 tahun tersebut. Beliau juga menghadiri RIC yang dianjurkan pada 24-26 Januari 2020.

Impak selepas hadiri program Dr. Roket:

  1. Hidup berubah 360 darjah.
  2. Tesis mula bergerak 30% hingga 50%.
  3. Mindset berubah apabila mengetahui bagaimana dan apa yang membuatkan tesis menjadi mudah.
  4. Bina diri dan kembalikan dirinya yang semula. Hidupnya kembali ceria dan sihat dengan mengamalkan rutin harian yang positif.
  5. Ketahui cara mengurus masa berdasarkan 5 waktu solat melalui jadual TM168.
  6. Sentiasa melihat POSITIF apa sahaja cabaran yang ada di persekitaran.
  7. Peluang menjadi Platinum batch 3 membuatkannya semangat dan fokus menyiapkan draf pertama tesis hanya dalam masa 3 hari.

Pencapaian dan kejayaan dalam vivalicious

Dr. Hasiah bijak menggunakan peluang dan ruang untuk melakukan perubahan setelah pelbagai cabaran yang diharunginya sebelum ini. Syukur, berkat setiap usaha yang dilakukannya itu, beliau berjaya menamatkan PhDnya hanya dalam tempoh 3 tahun setengah dalam keadaan sedang bekerja!

Beliau berjaya ber-Vivalicious pada 20 April 2022 dan result yang diterima amat memberangsangkan – Tesis Cemerlang UM dan Graduate On Time (GOT)! Pencapaian ini amat membanggakan keluarga, Supervisor serta Dr. Roket dan tim. Jutaan tahniah diucapkan untuk Dr. Hasiah!

Dapat sesuatu daripada sharing di atas?

Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan niat untuk menyambung belajar sambil bekerja, fikir-fikirkan semula kisah inspirasi dan kejayaan Dr. Hasiah ini. Kalau beliau boleh, kenapa tidak anda??

Gambar ketika itu (tahun 2020) menunjukkan Dr. Hasiah yang gembira beraya dengan draf tesisnya yang semakin meningkat. Tahun ini beliau pastinya bergembira untuk merayakan lebaran dengan full tesis + result yang cukup cemerlang!

BidangSyariah dan Undang-Undang
Tajuk TesisPembangunan Model Perlindungan Hak-Hak Warga Emas dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam di Malaysia
Nama SV1) Prof. Datin. Dr. Raihanah binti Haji Abdullah

2) Dr. Mohd Norhusairi bin Mat Hussin

KeputusanTesis Cemerlang UM dan Graduate On Time (GOT)

Berminat untuk saksikan ‘sharing’ kejayaan Dr. Hasiah Mat Salleh dalam Bising Viva?

Saksikannya pada minit 01:49:24 hingga 02:48:14 di:

Sekiranya anda perlukan bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti >>https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/

Kongsikan artikel ini kepada kenalan dan di platform media sosial anda dengan menggunakan pautan ini >> https://drroket.com/special-raya-tips-sambung-phd-sambil-bekerja-terima-result-gempak/

BACA KISAH KEJAYAAN DR HASIAH MAT SALLEH DI SINI
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x