Skip to main content
search
0

Tentang

Kenali Dr Roket

Siapa Dr. Roket? Ketahui biodata lengkap Dr. Roket di bawah

2M World

Visi 2M World

Menjadi Peneraju Utama Pengurusan Tesis, Rangkaian Akademik Terbesar dan Sumber Rujukan Holistik dalam kalangan bangsa Master PhD di seluruh Malaysia, Asia dan Dunia

Misi 2M World

➤ Menjadi penganjur terbesar seminar pengurusan Master PhD yang berimpak tinggi.

➤ Menjadi ‘one stop center’ pengurusan Master PhD untuk bangsa Post graduates.

➤ Menjadi sumber utama Pengurusan Tesis melalui ‘Online Training’ untuk bangsa Post graduates.

Objektif

➤ Membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dalam sasaran melahirkan 60,000 pemegang PhD pada tahun 2023.

➤ Menjadi perintis dan pelopor dunia pengajian Master PhD yang bahagia dan menggembirakan.

➤ Membantu masyarakat melahirkan ahli akademik yang berdaya saing di seluruh Malaysia dan dunia.

➤ Membantu masyarakat melahirkan ahli akademik yang bersifat holistik untuk dunia dan akhirat.

Dr Roket

Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri

Dr. Khairul Nizam berkelulusan Ph.D Usuluddin (Al-Quran dan Hadith) di Universiti Malaya. Sebelum itu, beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Master (MAIRKH Islamic Revealed Knowledge in Hadith) dan peringkat Ijazah (BAIRKH Majoring in Fiqh wa Usulihi & Minoring in Psychology).

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengendali sesi kaunseling, mengendalikan lebih daripada 500 ceramah keagamaan dalam pelbagai topik dan mengendalikan lebih daripada 50 siri program motivasi yang melibatkan para pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga universiti.

Dr. Khairul Nizam mula berjinak-jinak dengan karier dalam bidang pendidikan dan motivasi semasa di universiti sebagai rakan pembimbing untuk para pelajar yang memerlukan khidmat sokongan belajar di bawah SLEU UIA yang dikenali sebagai “peer”. Semasa bergelar seorang pelajar, beliau telah melaksanakan dan menjalankan lebih daripada 20 program motivasi di sekitar lembah Klang, Alor Star dan Ipoh.

Beliau juga pernah menjadi guru GSTT secara rasmi di beberapa buah sekolah sekitar Ipoh, antaranya Sekolah Men. Agama Izzuddin Shah Ipoh (Tingkatan 6), sekolah yang melibatkan pelajar satu Malaysia dengan berbilang bangsa iaitu SRJK (C) Bercham dan SRJK (T) Kampung Simee.

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Dr Roket. 

Selain itu, Dr. Khairul Nizam pernah mengajar di beberapa buah kolej swasta di sekitar Lembah Klang seperti British Malaysian Institute (BMI), SEGI College, Stanford College, Olympia College dan International Islamic College (IIC) dengan mengajar mata pelajaran Pengajian Islam, Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral.

Beliau amat digemari oleh pelajar berbangsa Cina dan India kerana gaya pengajarannya semasa syarahan di dalam kelas dan membuatkan mereka sukar untuk tidak menghadiri kelas beliau.

Semasa Dr. Khairul Nizam bertugas di International Islamic College (IIC), beliau telah memegang beberapa jawatan penting di samping tugas hakiki iaitu menjadi kaunselor dan warden.

Beliau aktif dalam sesi kaunseling dan telah menjalankan lebih daripada 100 sesi dan melaksanakan aktiviti motivasi untuk para pelajar.

Beliau telah dilatih secara khusus oleh Prof Dr.Noraini Ahmad (Profesor Kaunseling dari UIA) untuk mengendalikan sesi kaunseling seperti Counselling Intervention, Individual and Group Counseling.

 

Antara kursus ‘training’ yang pernah dihadiri beliau pula adalah “KURSUS NEURO LINGUISTIK PROGRAM (NLP)” – PERTENGAHAN anjuran USIM pada tahun 2012 dan 2013.

Dr. Khairul Nizam pernah dianugerahkan Certified Personel Advancement Skills : Module 4 oleh CDC. Disebabkan cara dan kaedah pengajaran beliau yang disukai oleh pelajar pada tahun 2005, beliau juga dianugerahkan ‘Best Lecturer Based on TER’ oleh pihak kolej.

Semasa berkhidmat di Universiti Malaya, beliau begitu aktif menyampaikan pelbagai syarahan kepada para pelajar, antaranya para pelajar kursus jangka pendek dari Sweeden dalam program “Crash Course in Islamic Studies”. Selama dua tahun berturut-turut beliau diamanahkan untuk mengajar subjek Sciences of Hadith.

Beliau turut menyampaikan syarahan berkenaan Islam kepada para pelajar perubatan, kejuruteraan, pelajar asasi sains, pimpinan pelajar, menjadi ahli panel forum perbandingan agama dan memberikan syarahan motivasi kepada para pelajar di kolej-kolej kediaman. Di samping itu, beliau sering dijemput memberikan syarahan agama di UKM, UiTM dan USIM.

Beliau juga terlibat sebagai Ahli Kongres Professor Negara dengan mewakili Jabatan Al-Quran Hadith UM sewaktu kongres pertama pada tahun 2011. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli panel penilai MQA sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Anugerah Yang Pernah Diterima

2018
Top Researcher FPQS USIM
2013 - 2017
USIM Top 100 Researchers
2015
The Best Presentation Yala Rajabath University Thailand
2013
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang USIM
2005
Best Lecturer (Based On TER International Islamic College)

Dr. Khairul Nizam juga aktif dalam dunia penulisan apabila beliau menjadi editor untuk lebih daripada 30 buah buku bercorak agama, antaranya terbitan Pustaka al-Hidayah. Beliau pernah menghasilkan sebuah buku bestseller yang bertajuk “Motivasi Gaya Rasulullah”.

Apa yang menariknya, buku ini telah terjual lebih daripada 1000 naskah dalam masa 2 minggu dan telah diulang cetak dalam tempoh sebulan. Buku kedua dan ketiga beliau bertajuk, “Buat Pahala Free Gaya Rasulullah” (PTS 2014) dan “Dahsyatnya Doa Isteri” (PTS 2014).

Dr. Khairul Nizam juga pernah menulis lebih daripada 50 artikel ilmiah yang telah diterbitkan di dalam prosiding, buku dan jurnal berwibawa, antaranya ialah dua artikel di dalam World Journal of Islamic History and Civilization (WJIHC) IDOSI pada tahun 2012.

Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa di samping menjadi pembentang jemputan untuk topik-topik khusus dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh IPTA. Antaranya adalah pada tahun 2012 di International Conference on Knowledge, Culture and Society (ICKCS) Jeju, Korea.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai seorang Pensyarah Kanan, beliau juga diamanahkan sebagai Timbalan Dekan Akademik di Fakulti Quran dan Sunnah USIM. Dr. Khairul Nizam juga bergiat aktif dalam program- program komuniti apabila beliau menjadi motivator untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Beliau juga turut memberi ceramah secara berkala di Badan-Badan Korporat, syarikat atau pejabat persendirian seperti Security Commission, LHDN dan beberapa institusi keagamaan yang lain.

Antara program yang pernah beliau sertai pula ialah program Sinar Mata Hati bersama Prof. Dr. Muhaya Muhammad dan Imam Muda Hassan. Beliau telah membentangkan motivasi yang bertajuk “Inspirasiku adalah Rasulullah: Celik hatiku keranaMu Rasulullah”.

Dalam dunia Post graduate pula, Dr. Khairul Nizam telah membantu anak didiknya secara lebih agresif dalam aspek “Thesis Management” sejak tahun 2016 sehingga kini.

Pada tahun 2020, beliau telah membantu lebih daripada 70 ribu orang pelajar Master Ph.D secara bersemuka dan dalam talian di seluruh Malaysia dan dunia dalam beberapa siri kelas dan seminar Master Ph.D yang dijalankan. Beliau boleh dihubungi melalui FB Page, Instagram, Twitter, LinkedIn “Dr Roket” dan website rasmi www.drroket.com

Antara e-book dan buku fizikal berkaitan dunia Post graduate yang telah dihasilkan adalah, “11 Kekarutan Pelajar Master Ph.D”, “7 Formula Pilih Universiti”, “47 Motivasi Luar Biasa Memburu Master Ph.D”, “9 Formula Meroketkan Master Ph.D”.

Selain itu, tools istimewa yang dihasilkan ialah Diari dan Carta khas yang membantu pelajar Post graduate menambah kelajuan diri dan penulisan tesis mereka iaitu “Roket Research Diary (RRD)” dan “Advance Roket Master Ph.D” (ARMP Chart).

Kedua-dua ‘tools’ ini telah sampai ke peringkat akhir mewakili daerah Selayang dalam “Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2018”.

Bukan itu sahaja, Dr. Khairul Nizam pernah ke udara di TV1 (Selamat Pagi Malaysia) dan TV Al-Hijrah untuk slot Inspirasi Buku.

Sudah menjadi salah satu objektif utama beliau untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi agar dapat disalurkan kepada mereka yang berminat untuk membina kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

KARYA PENERBITAN ROKET PHD OLEH DR ROKET

KARYA PENERBITAN KEAGAMAAN DR ROKET

KARYA PENERBITAN BACAAN UMUM DR ROKET