Melangkah ke alam pascasiswazah ini kadang-kadang terasa berat dan sukar oleh para pelajar kerana beban yang ditanggung untuk menyelesaikan tesis dan menghabiskan pengajian seorang diri.
Ye lah, kita sendiri sudah maklum.. Jihad menuntut ilmu ni memerlukan kekuatan dan perjuangan dalam diri yang kuat untuk terus bertahan.
Namun, bagi mereka yang bijak merancang strategi dan menguruskan pengajian mereka dengan bantuan mentor, ilmu yang betul dan circle yang positif, semestinya beban tersebut dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
Malah, ada yang dapat selesaikan tesis mereka dengan delicious-nya dan tamat pengajian dengan sangat bahagia!
Sebelum ini, anda sudah disajikan dengan artikel yang cukup membantu dalam blog ini iaitu tips mendapatkan bahan rujukan, tips memilih tajuk kajian dan tips membuat abstrak kajian.
Kali ini, terdapat perkongsian yang lebih bermakna untuk anda para pascasiwazah dalam menguruskan artikel dan ‘citation’ anda.
Di bawah merupakan ENAM ‘tools’ yang anda boleh gunakan sepanjang pengajian anda. Jom semak tools-tools yang berguna ini.
Fungsi Mendeley:
Membantu anda memudahkan aliran kerja dalam menguruskan rujukan anda. Anda boleh menyimpan, menyusun dan mencari semua rujukan. Bukan itu sahaja, Mendeley ini turut menjadi rangkaian sosial akademik yang membolehkan anda berkongsi penyelidikan dengan orang lain.
Secara ringkasnya, anda boleh mengumpul artikel dengan lebih cepat di dalam satu ‘tools’.
Langkah-langkah:
- Pasang (install) ke dalam komputer
- Buat folder
- Pasang ‘Web Importer’
- Pencarian literatur
- Export ke Atlas.ti
Pautan: MendeleyDesktop, MendeleyWebImporter
Fungsi Atlas.ti:
Alat yang digunakan untuk melakukan analisis data kualitatif. Penyelidik perlu menggunakan kod pada koleksi teks tidak berstruktur untuk mengenal pasti dan menggambarkan kandungan yang boleh digunakan untuk analisis teks asas.
Secara mudahnya, anda boleh membaca artikel lebih cepat mengikut kata kunci yang disediakan.
Langkah-langkah:
- Pasang (install) ke dalam komputer
- Import artikel di dalam Atlas.ti
- Renumber
- Mulakan coding
- Analisis mengikut kata kunci
- Buat ‘table’ untuk pindahkan ke draf
Pautan: Atlas.ti
Fungsi QuillBot:
Quillbot ialah alat parafrasa dan ringkasan yang membantu berjuta-juta pelajar dan profesional. Alat ini dapat mengurangkan masa sedikit sebanyak (dengan menggunakan AI tercanggih) untuk menulis semula mana-mana ayat, perenggan atau artikel.
Langkah-langkah:
- Pasang (install) ke dalam komputer
- Tulis semula/refrasa
- Semak tatabahasa (grammar)
- Pindahkan ke draf
Pautan: Quillbot
Fungsi Ref-N-Write:
Ref-n-Write mengandungi koleksi terbesar frasa akademik yang boleh digunakan dengan mudah untuk menghuraikan kandungan anda ke dalam format yang boleh diterima secara akademik. Fungsinya adalah untuk mendapatkan ‘citation’ dan ‘references’ yang paling sesuai dengan tesis yang dah berevolusi dengan cepat.
Anda boleh mencari maklumat yang diperlukan dengan mudah untuk anda tulis dalam kertas tanpa sebarang plagiarisme. Jadi, alat ini sangat berguna untuk menulis kertas penyelidikan.
Langkah-langkah:
- Pasang (install) ke dalam komputer
- Masukkan artikel ke library
- Search artikel terdekat
- Cite dan masukkan references dalam draf
Pautan: Ref-N-Write
Fungsi Google Scholar:
Google Scholar ni lebih ilmiah daripada Google. Google Scholar menyediakan cara mudah untuk mencari kesusasteraan ilmiah secara meluas. Dari satu tempat, anda boleh mencari bahan yang merentasi pelbagai disiplin dan sumber: artikel, tesis, buku, abstrak dan pendapat mahkamah, daripada penerbit akademik, persatuan profesional, repositori dalam talian, universiti dan tapak web lain.
Langkah-langkah:
- Cari saja ‘Google Scholar’ di carian internet.
- Gunakan kata kunci/ petikan untuk mencari padanan tepat
- Tambahkan tahun pada frasa carian untuk dapatkan artikel yang diterbitkan pada tahun tertentu.
- Gunakan kawalan bar sisi untuk laraskan hasil carian anda.
Pautan: Google Scholar
Selamat beramal~
Sumber: Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad (sumber utama), Mendeley, Atlas.ti, Quillbot, Ref-N-Write, Google Scholar
Sumber foto: herald.uohyd.ac.in, blogKent
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, kongsikan pada yang lain dan dapatkan pelbagai tips menarik di channel Telegram Dr Roket.