fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

(dengan izin pengkaji)

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 13 Januari 2023 iaitu Dr. Nurul Sazmi.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul Sazmi yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian kajian disertasi / tesis Viva ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Dr. Nurul Sazmi Rosani.

BIDANG:

Medical Science (Anatomy) (Master).

UNIVERSITI:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

TAJUK KAJIAN:

Ramus Intermedius is The Predictor For Coronary Artery Disease.

NAMA PENYELIA:

1. Dr Rasheeda Mohd Zamin.

2. Dr. Intan Suhana Zulkafli.

3. AP Dr. Raja Rizal Azman.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian berkaitan dengan penyakit koronari yang disebabkan oleh mendapan kolesterol. Hasil kajian dapati salur darah tambahan jantung yang dikenali sebagai Ramus Intermedius (RI) yang ada pada 30% populasi masyarakat akan menyebabkan mendapan kolesterol di salur darah utama jantung yang berada di sebelah kiri. Mendapan ini diukur mengunakan Computed Tomography (CT) scan jantung dengan menggunakan dua (2) parameter iaitu skor kalsium (coronary artery calcium score) dan penyumbatan salur darah koronari (coronary stenosis).

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Cadangan pada next researcher ialah menghasilkan model salur darah secara 3D dan mengukur tahap salur darah yang ada Ramus Intermedius (RI) dan tanpa RI. Ini dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan salur darah RI ini boleh menyebabkan mendapan kolesterol pada salur darah koronari terutama yang sebelah kiri jantung.

Terima kasih kepada Dr. Nurul Sazmi atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Dapatkan rujukan disertasi / tesis Viva yang lebih banyak lagi dalam koleksi Disertasi / Tesis Viva Dr Roket.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x