Skip to main content
search
0

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP) bukan sekadar program motivasi akademik biasa. Seminar ini adalah medan transformasi spiritual, intelektual, emosi, personaliti dan akademik yang menghimpunkan pelajar dari seluruh Malaysia dan luar negara. Dari peringkat SPM hingga PhD, semuanya hadir dengan satu harapan. Mahu berubah. Mahu naik tahap.

Tahun ini, PTP menyaksikan satu momen luar biasa. Momen yang mencatat sejarah dalam dunia pendidikan alternatif. Dalam dewan yang penuh semangat, tawa, air mata, dan keinsafan, Dr Roket telah mengumumkan dua orang peserta PTP yang terpilih sebagai Penerima Biasiswa Dr Roket.

Ketika itu, wajah terkejut muncul di riak muka setiap peserta dalam dewan,
“Eh, sejak bila Dr Roket ada biasiswa?”

Ya, betul. Dr Roket pun dah ada biasiswa sekarang.
Macam institusi sendiri pula.

Dan siapa tahu, satu hari nanti akan wujud Universiti Dr Roket. InsyaAllah.

Anda ada tak waktu detik itu berlaku? Kalau ada, anda tahu sendiri betapa menggetarkan suasana dalam dewan waktu tu. Dr Roket yakin anda pun akan teruja untuk ikuti kisah ketiga-tiga insan hebat ini.

Apatah lagi kalau anda sendiri pernah terdetik dalam hati,
“Bestnya kalau aku pun dapat biasiswa macam ni untuk teruskan pengajian”.

Dan yang paling epik tahun ini…

Untuk pertama kali dalam sejarah, Dr Roket memilih seorang pelajar undergraduate, pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda, sebagai salah seorang penerima Biasiswa Dr Roket. Lebih menarik lagi, beliau juga merupakan salah seorang geng MPP USM yang hadir ke PTP dengan penuh kesungguhan.

1. Adik Muhammad Asyraf Danial bin Azhan

Adik Asyraf, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di USM, sangat komited dalam akademik dan kepimpinan hingga menarik perhatian Dr Roket. Sejak awal seminar, dia sentiasa duduk di barisan hadapan, fokus dan mencatat. Biasiswa yang diterima jadi pemangkin semangat untuk melanjutkan pengajian. Kata-kata Dr Roket, “Berkawan dengan 9 orang Dr, insyaAllah kita yang ke-10” sangat memberi inspirasi kepadanya. Hadir ke PTP memberi peluang untuknya bertemu dengan graduan PhD berjaya, dan dia tak teragak-agak untuk mengesyorkan program ini kepada orang lain.

2. Tuan Azyulail Azra bin Samsuddin
Tuan Azyulail, bekas pelajar Medik dan Research Assistant (RA), kini menyambung pengajian PhD dalam bidang Pengurusan di UKM. Beliau berada di semester 6, namun belum melalui Proposal Defense (PD). Niat beliau untuk menyambung pengajian adalah untuk meningkatkan ilmu dan kapasiti diri, serta mengembangkan kerjaya akademik bagi memberi manfaat kepada masyarakat. Selain itu, beliau ingin menjadi contoh kepada anak-anak dan memenuhi impian ibu bapa. Walaupun menghadapi cabaran kewangan, pengurusan masa, dan kesukaran dalam penyelidikan, semangatnya tetap teguh. Biasiswa yang diterimanya telah memberi sinar baru dalam hidupnya.

3. Cik Puan Salmah Abu Hasan

Cik Puan Salmah kini menyambung pengajian PhD dalam Pengajian Islam, khususnya dalam Syariah Astrofiqh dan Cosmofiqh. Beliau adalah penerima Biasiswa Dr Roket pertama selepas menamatkan pengajian Master pada 2023, yang menjadi dorongan untuk beliau melangkah ke dunia PhD. Sejak memasuki program PhD, beliau berjaya mencapai Proposal Defense (PD) cemerlang dan pada semester ketiga, telah selesai mengumpul data. Dalam PTP, beliau dijemput untuk berkongsi “rahsia” kejayaannya dalam menamatkan Master cemerlang di UKM, memberi inspirasi kepada peserta lain!

Tiga penerima biasiswa. Tiga latar berbeza. Tapi satu persamaannya adalah mereka hadir ke PTP dengan hati yang terbuka untuk belajar dan berubah.

Biasiswa Dr Roket bukan hanya tentang bantuan kewangan. Ia adalah satu bentuk pengiktirafan terhadap kesungguhan, komitmen, dan keinginan untuk naik tahap dalam akademik dan kehidupan.

Dan siapa tahu?
Tahun depan giliran anda pula yang diumumkan sebagai penerima seterusnya.
Tapi syaratnya, anda kena berani hadir dan mula langkah pertama.

Jangan tunggu dah lapang baru hadir.
Jangan tunggu dah cukup duit baru daftar.
Kadang-kadang, bila kita melangkah dulu, rezeki datang menyambut.

Jumpa anda di next PTP.

Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x