Tentang
Kenali Dr. Mardiana
”Jika keyakinan lebih kuat dari
Dr. Mardiana Mat Ishak#SuriHatiDrRoket
ketakutan, InsyaAllah impian akan
menjadi kenyataan!
Dr. Mardiana Mat Ishak, merupakan seorang anak, isteri, ibu kepada empat orang cahaya mata. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Islam Jalan Dato’ Kumbar Alor Setar. Kemudian mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar dari tahun 1996 sehingga 2000. “Selepas SPM saya menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIAM dan Degree serta Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan bahasa Arab.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya seimbangkan antara keluarga dan kerjaya; dengan bekerja sebagai pensyarah, memasak at least 2 kali sehari, membersihkan rumah agar sentiasa kemas, mengurus dan mendidik anak-anak yang masih kecil, penulis buku dan blog, menyambung pelajaran di peringkat PhD dan membuat side-income, serta menguruskan syarikat keluarga dan tanpa pembantu rumah.

Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
Dr. Mardiana.
”Alhamdulillah.. Saya yakin, setiap wanita akan melalui beberapa fasa yang sama. Saya sedar bahawa ilmu yang Allah pinjamkan itu tidak sepatutnya saya gunakan hanya untuk diri.
Saya faham perasaan wanita yang turut mengalami perkara yang pernah saya alami. Ya, kerana saya mengalaminya sendiri! Saya faham betapa sukarnya mencari penyelesaian dan bantuan kepada apa yang kita alami.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk berkongsi bersama para wanita lain, mudah-mudahan ianya ada manfaat dunia akhirat buat kita semua, InsyaAllah.
Saya tidak mahu orang lain melakukan kesilapan seperti yang pernah saya lakukan. Sebaliknya, cari jalan penyelesaian terhadap apa yang ingin dilakukan. Semoga ianya membantu.”
Bagaimana Ia Bermula
Alhamdulillah saya telah kongsikan perkara itu di dalam buku kedua saya “Super Woman” (terbitan pts 2012). Ini adalah buku pertama yang memberi panduan satu persatu teknik dan langkah untuk mencapai keseimbangan antara rumahtangga dan kerjaya.
Buku ini mempunyai maklumat yang padat tentang isu “Bagaimana Mencapai Keseimbangan Antara Rumahtangga dan Kerjaya”. Buat semua yang bergelar wanita; wanita bekerjaya, swasta atau kerajaan, wahm, CEO rumahtangga (suri rumah) dan sebagainya.
Saya berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan kerjaya di dalam blog dan Facebook. Ini semua setelah mengambil kira bagi memudahkan wanita yang bergelar isteri dan ibu ini mengurus masa dan rumah tangga dari hanya membaca kepada sesuatu yang lebih praktikal.
Maka, terhasillah e-coaching ini atas nama “Smart Routime e-Coaching Program”. Ia menjurus kepada praktikal melalui plan tindakan langkah demi langkah supaya dapat membantu para wanita di luar sana dalam mengurus rutin dan masa. Khas untuk mereka yang mahukan perubahan terbaik untuk diri mereka dan keluarga!
”InsyaAllah saya sangat komited untuk membantu wanita yang berhadapan dengan masalah rutin dan masa yang sempit agar sempat untuk mereka dapat lakukan apa yang diimpikan dalam hidup. InsyaAllah!