Terima kasih pihak Kampusuols Sinar Harian atas perkongsian rahsia Dr Mardiana habis Ph.D 4 semester dan jimat 1 semester.
Dr Mardiana ada berkongsi 5 Teknik / Cara yang beliau lakukan dan boleh dilakukan oleh anda yang baru atau masih berjuang, samada Master atau Ph.D. Ikuti perkongsian beliau disini:
Tiada apa yang hebat apabila saya kata jimat 1 semester, siap 4 semester. Ia sebenarnya hanyalah “Cara Urus” & “Cara Susun Journey”. Saya kongsikan caranya (Bukan lagi Rahsia) 🙂
Tuan puan yang budiman, sahabat rakan yang dirahmati Allah sekalian,
Ini bukan soal hebat atau tidak. Saya bukan sesiapa. Hanya penuntut ilmu yang baru hendak bertatih. Doakan saya.
Sebenarnya tak ada rahsia yang istimewa, tidak ada yang wow. Ia hanya melibatkan cara urus, cara susun masa dan komitmen tanpa mengesampingkan perkara-perkara penting dalam hidup kita sahaja.
Saya dalam proses siapkan ebook “TIPS, TRICKS & TRUTH FOR MASTER Ph.D MOMMY & GRADUATE BEFORE TIME (GBT)” (bagi siapa yang nak e-book ni dan belum berikan email, boleh beri email di link ini >> https://drroket.com/master-phd-mommy-ebook-percuma/
Baik, apabila anda dengar habis Master Ph.D 6-3 bulan, don’t get me wrong. Ia bukan bermaksud anda daftar kemudian grad konvo dalam tempoh 6-3 bulan tu! Siap 4 semester bukan bermaksud dari awal daftar sampai grad konvo hanya 4 semester! Syarat masa yang ditetapkan universiti tetap sama dan wajib follow. Habis unofficially bagi pihak kita. Itu satu kelegaan besar buat kita!.
Sebenarnya tempoh masa yang universiti tetapkan sudah memadai insyaAllah. Biasanya Master (1-3 tahun), Ph.D (1-5 tahun). Secara officially, saya tetap 3-4 tahun (2014-2017- “dingdong”, “krik krik”, “bayar yuran for nothing” 1 tahun lebih, 2 tahun (4 sem rupanya boleh sahaja selesai. Huhu). Bagi yang pengajiannya terlibat dengan tesis, selesai tesis itulah yang dimaksudkan sebagai “habis”.
Sebenarnya rupa-rupanya ada cara kita merancang dan susun strategi. Saya harap dengan perkongsian ini, untuk anda melihat ianya rasional atau tidak, itu terpulang kepada anda. Semoga anda dapat sesuatu dan boleh buat jauh lebih baik, dan yang pastinya tidak tersalah langkah lagi.
Bukankah selalu kita dengar nak siapkan tesis itu ibarat satu tempoh “berpuaka”? Bukankah apabila habisnya tesis itu menjadi satu kelegaan besar bagi mereka? Memang itulah habis. Malah apa yang dimaksudkan adalah agar dapat siapkan 1st draft thesis 6 bulan, 5 bulan, 4, bulan, 3 bulan malah 2 bulan. Isu kebanyakan pelajar Master Ph.D adalah untuk melihat 1st draft siap dihadapan mata. Dari situlah tesis akan berevolusi.
Akhirnya, kadang-kadang yang berlaku, apabila last minute, masa suntuk, eh boleh siap cepat pula? Bukankah ini yang sering berlaku waktu zaman-zaman degree buat assignment dulu? Lecturer bagi awal sem, tapi assignment siap sehari semalam sampai tak tidur malam, sampai terpaksa ponteng kelas. Alasan yang diberikan, “siapkan assignment”. Sebenarnya isu “Urus”. Pernah berlaku atau pernah dengar berlaku?
Dalam kes tesis, ia bukan cerita boleh siap sehari semalam last minute, tapi sebaliknya ia adalah proses dan progress step by step. Proses yang perlu dilalui. Itu yang akhirnya jadi stress bila last minute. Kita tak urus sejak dari awal.
Ia bukan isu nak cepat siap tergopoh gapah. Nak cepat siap agar orang katakan hebat. Nak cepat siap agar dikatakan wow. Tidak sama sekali.
Namun, ada orang melihatnya begini:
“Buat apa nak habis cepat-cepat, just enjoy the journey”
“Saya tak faham kenapa nak kelam kabut sibuk-sibuk nak siap cepat within 3 yearslah, siap 6 bulanlah, siap 2 bulanlah. Lagi lama awak belajar, lebih baik. Lebih lama awak buat research, lebih baik hasilnya, baru awak layak bergelar Doctorate!”
“Tak perlu pun nak cepat-cepat, setiap orang ada journey masing-masing. Just go with the flow”
“Tak kisah pun cepat atau lambat, yang penting habiskan jer”
“Ada orang rezeki GBT, ada orang rezeki GOT, ada orang rezeki GAT. Masing-masing punya rezeki. Yang penting bagi habis, lambat atau cepat itu tidak penting”
Penyataan diatas tiada yang salah. Semuanya betul.
Malah untuk MAHU SIAP BILA, GBT, GOT atau GAT, juga adalah PILIHAN.
Soalan saya: Berapa lama masa nak bagi untuk “enjoy” journey ni? Hehe 🙂
Apa yang saya harapkan dari anda yang membaca ini, anda bukan melihatnya sebagai sesuatu yang skeptikal, impossible, tak boleh, mengarut, dia tu hebat bolehlah, bidang sastera, sains sosial bolehlah, kalau perubatan etc susah.
Setiap bidang ada cabarannya, ada caranya.
Sekiranya anda bersedia untuk menerima apa yang ingin saya kongsikan, boleh teruskan bacaan sehingga habis. Semoga ada manfaatnya buat anda dan boleh amalkan insyaAllah.
Sebenarnya cepat atau lambat itu pada ilmu urus atau “manage”.
Baik, saya kongsikan 5 cara / teknik susun / manage Master Ph.D Journey dahulu disini supaya anda boleh buat terus sekarang sejurus lepas baca post ini, boleh boleh?:
1) D-Days
Sedar D-days dan bertindak mengikut apa yang dirancang. Ramai yang bertanya, apa D-Days ni?
D-Days ini pernah dikongsi dalam siri Free Online Training Siap 1st draft thesis 6-3 bulan dalam bentuk siri video sebelum ini.
D-Days ini secara ringkasnya begini. Boleh faham sebagai Dangerous Days / Delete Days dll.
Pertama: Cuba lihat tarikh dari anda mendaftar dan tarikh / tempoh masa anda akan habis. Letak tarikh anda target untuk siap 1st draft thesis. Ada total berapa hari?
Kedua: Cuba senaraikan tarikh-tarikh penting atau waktu yang tidak mungkin anda dapat “sentuh” tesis, mungkin ada kenduri, mungkin ada program, mungkin nak bercuti bersama family, balik kampong, tarikh bersalin atau berpantang, tarikh appointment dengan Dr, tarikh penting anniversary atau birthday, tarikh anak periksa, tarikh anak cuti sekolah nak pergi jalan, me-time untuk relax dsb (totalkan jumlah hari tersebut).
Ketiga: Dari baki hari awal tadi, tolak hari bagi tarikh-tarikh yang sudah kita reserve kita tak dapat sentuh tesis tadi. So berapa baki hari yang tinggal?
Dari situlah kita akan sedar oh rupanya average hari yang tinggal untuk kita siapkan tesis adalah XX hari rupanya. Dari situlah juga kita akan timbul “panic” dan akan gerakkan tesis.
Sebenarnya D-days ini sebagai guideline sahaja, tidak semestinya wajib habis masa tersebut. Terlebih terkurang sikit-sikit tu it’s ok. It’s normal. At least kita masih on track insyaAllah.
Keempat: Kemudian tengok content keperluan tesis / bab academic pula, apa yang perlu dibuat, bila perlu jumpa SV, apa yang nak dibincang dan ditunjukkan pada SV, apa elemen yang perlu, apa artikel atau buku yang perlu dicari, apa kelas yang perlu dihadiri, bila nak collect data, bila boleh siap collect data, berapa lama nak analisa data, malah berapa tempoh masa anggaran yang kita boleh berikan untuk siapkan bab tersebut dsb. Satukan dengan D-Days tadi.
Dari situlah kita boleh rancang dan buat sedikit demi sedikit. Bulan demi bulan, hari demi hari.
Alhamdulillah, Inilah apa yang saya buat. Dengan teknik ini, disamping RRD dan Carta, saya boleh gerakkan minda sedar dan separa sedar untuk be on track, tak tersasar jauh. Walaupun dengan pelbagai komitmen kerja dan keutamaan pada keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah ia membantu saya untuk siapkan 1st draft dalam tempoh 6 bulan.
2) Tools
Tahu ilmu dan ada tools yang perlu untuk gerakkan diri dan tesis.
Pertama: Senaraikan apa kelas yang perlu anda hadiri untuk keperluan tesis dan pengajian anda (berkaitan pengurusan tesis / academic writing dsb).
Kedua: Apa touchable tools yang ada yang boleh gerakkan dan tolak diri anda dan mudahkan dari aspek pengurusan diri, masa, komitmen dan tesis dll?
Mungkin anda akan kata, saya prefer digital tools. Inilah kesilapan kebanyakan kita. Perasan tak, hidup kita hampir kesemua benda melibatkan robot dan gadget. Manusia tetap manusia. Alat bantuan hanya membantu, tetapi tidak semestinya 100% akan membantu. Ada yang sesuai dan perlu untuk kita ada yang tidak.
Otak manusia Allah ciptakan untuk bersama deria antaranya deria sentuh & lihat. Untuk tools yang membantu saya gerakkan tesis dan menyusun merangka journey, saya gunakan “Diary Khas” dan Carta. Alhamdulillah minda dan otak lebih relax, terurus dan tak serabut. Iyalah kita banyak komitmen dan banyak benda mahu dibuat. Kalau semuanya dalam kepala tidak dikeluarkan, atau hanya di dalam gadget dan laptop itu yang jadi serabut tak terurus.
Hanya harapkan menulis To-Do-List setiap hari, tapi keadaan tetap sama. Stress juga.
Sebab itu saya guna diary dan carta khas untuk mudahkan urusan seharian malah membantu kita untuk kekal be on track dalam menulis tesis. Alhamdulillah apa yang saya gunakan sudah kami ilhamkan dan dikongsi dengan ramai calon Master Ph.D yang lain, itulah yang dinamakan “RRD-Roket Research Diary” dan “ARMP Chart”. Tujuannya hanya satu, agar calon Master Ph.D tidak perlu serabut runsing, menyusun lebih sistematik dan teratur, tak perlu habiskan masa buat diari khas dan carta sendiri lagi. Sebaliknya jimatkan masa dan boleh fokus menulis dengan tools yang PROVEN SUCCESS insyaAllah.
Nampak macam simple dan remeh, tapi yang nampak remeh dan simple itulah sebenarnya telah membantu, Alhamdulillah. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan perkara yang besar-besar dan kita rasa lebih penting (artikel, journal, tesis, conference etc), sedangkan “foundation” asas yang simple itu kita terlupa. Kalau anda ada banyak masa dan nak buat sendiri pun boleh. Asalkan ada tools yang boleh nampak, boleh pegang dan ditulis didepan mata. Inilah antara perkara yang dinamakan Thesis Management.
3) Faham & Ikut style SV
Antara faktor penyumbang yang membantu saya laju siapkan tesis adalah SV saya sendiri. Alhamdulillah beliau sangat banyak membantu betulkan dan tunjukkan jalan. Biasanya saya akan hantar by chapter. Walaupun dalam kesibukan, cepat betul beliau buat semakan. Penuh merah berconteng sana-sini.
Setiap kali Prof Asem siap betulkan chapter yang dihantar, apabila berjumpa beliau sesi berikutnya, saya akan serahkan chapter seterusnya dan ambil apa yang telah diperbetulkan. Kemudian saya baiki, edit dan ikut apa yang disarankan chapter yang dibaiki tu, kemudian saya hantar semula.
Apabila Prof bagi duedate bila perlu hantar, saya usahakan untuk buat siap lebih awal atau on time seperti yang diminta. Kalau tersasar juga, saya akan mesej / call minta maaf kepada Prof dan berikan tarikh yang saya janji akan hantar.
4) Teknik Slot In (S.I)
Dilema paling besar bagi #masterphdmommy atau kebanyakan mereka yang banyak komitmen adalah untuk bahagi atau mencari masa / waktu menulis tesis dan family / anak-anak. Teknik Ini adalah salah satu teknik style orang sibuk selesaikan Master Ph.D mereka (tesis) yang telah dikongsi semasa seminar Nak Ubah Tesis (NUT) haritu.
Teknik Slot In maksudnya kita beri masa dimana selingan masa yang kita ada dan sudah rancang pada malam hari untuk keesokannya.
Bila waktu menulis? Ada at least 7 solusi untuk berikan masa. Saya kongsikan 3 disini.
Pertama, Tidur awal bangun awal. Saya sarankan awalkan sedikit awal pagi / waktu sebelum subuh (Boleh mandi dahulu. Waktu ini otak lebih segar, lebih tenang, juga keberkatan masa dan waktu yang tidak dapat disangkal. Bagi muslim, kita mulakan hari dengan solat tahajjud (1-5/10 minit), menangis dan mengadu sepuasnya pada Allah / Tuhan minta diberikan idea dan ilham untuk menulis, baca al-Quran dan terjemahan (1-2/5 minit). Kemudian start menulis (dalam 20 minit/30minit / 40 minit pun sudah cukup).
Kedua, Untuk hari tu, bila kita boleh berikan masa walaupun hanya 5-10 minit? Jangan kata “Saya tak ada masa”. Sebenarnya kita yang tidak berikan masa. Sedangkan untuk buka Whatsapp / IG / FB dan sebagainya kadang-kadang ada pula masa, betul? Sedar tak sedar lebih 10 minit! Kalau tak percaya, cuba letakkan timer. Kalau saya dulu, masa mengajar kelas pagi dan petang, saya keluar ke kelas awal sikit dan gunakan masa sementara menanti pelajar datang untuk tulis, kadang-kadang gap antara kelas yang ada saya akan tulis.
Ketiga, Kalau gap kelas lama sikit (1-2 jam) saya ke library, sebab library dan kelas tidak jauh. Ubah suasana.
5) Motivasi dan Big Why Untuk Siapkan Segera Jelas
Pernah terfikir tak, kenapa ada Universiti atau tajaan yang menawarkan “insentif” atau alaun khas untuk mereka yang berjaya selesai awal atau on time? Adakah kerana suruh pelajar siapkan dengan cincai atau ilmu tak habis digali janji siap? Adakah untuk tunjukkan wow dan hebat sebab cepat? Tidak. Faktor kewangan dan galakan.
Sebab itu juga KPT/penaja sudah tidak sambung pembiayaan bagi mereka yang tidak habis dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ia menjadi isu besar negara sebenarnya, melibatkan kewangan dan dana yang cukup besar. Tempoh masa yang pihak universiti telah tetapkan insyaAllah sudah cukup. Ia isunya pada bagaimana kita “manage” perkara yang melibatkan Tesis, Life, Komitmen dan sebagainya. Melainkan dugaan ujian kritikal yang Allah telah taqdirkan berlaku. Itu cerita lain.
Apa yang menyebabkan momentum untuk saya nak siapkan segera berkobar-kobar? Walaupun ada masanya saya “kelaut”, “give up” dan “dingdong” juga. Tapi Alhamdulillah sebab adanya D-Days dan tools tadi, ia akan menarik saya “be on track” semula.
Sedih itu normal, tapi jangan berlama-lama sehingga memakan diri. Saya tak mahu cerita soal cabaran itu dan ini. Saya tak mahu sesakkan anda dengan isu “susahnya Master Ph.D” hanya disebabkan cerita cabaran dan dugaan yang dihadapi. Tapi, saya nak keluarkan anda kepada “cara mudah urus” / “How to”. Ok?
Oh berbalik kepada momentum tadi, atas banyak sebab. Antaranya untuk saya;
Pertama, saya melihat apabila saya sudah menerima MyBrain15, itu adalah satu amanah besar untuk saya, yang tak mungkin saya persiakan. Apabila jimat 1 semester, bermakna, KPT telah jimat untuk bayar yuran untuk semester tersebut. Kalau tuan puan menggunakan dana sendiri, pada saya, lagilah push factor kuat untuk tidak dipersiakan masa.
Kedua, apabila saya mendapat surat transfer dari UIA Gombak ke Gambang, lagilah saya runsing! Saya kata, selagi tak siap tesis ni, lagi serabut nanti. Tak tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. At least selesai satu bab. Kot-kot boleh minta tempat lain kalau dah habis awal.” (Tapi sekarang lain pula ceritanya, saya tak minta mana-mana tempat sehingga saat ni, wallahu’alam kalau masa akan datang).
Ketiga, saya ada buat satu vision board. Disitu saya tampal gambar pakai robe dan Alhamdulillah saya tulis “Memiliki Ph.D pada tahun 2017 (umur 34 tahun)”, saya letak juga date sasaran siap 1st draft dari D-Days tadi. Alhamdulillah it works! Ini adalah salah satu teknik bagaimana kita ajar minda supaya menarik apa yang kita inginkan. Bukankah apa yang kita fikir, rasa, cakap adalah satu DOA?
Tuan Puan sahabat rakan yang budiman,
Apa yang boleh saya simpulkan, isu cepat atau lambat, part-time atau full-time, GOT, GBT atau GAT sebenarnya berbalik kepada PENGURUSAN (“ILMU URUS”). Ia bukan soalan hebat atau tidak, cincai atau tidak, bodoh atau pandai.
Bukankah selalu kita dengar, “If you fail to plan, you plan to fail”. Nak habis cepat atau lambat, nak GBT, GOT atau GAT juga adalah pilihan masing-masing. Kita hanya boleh rancang, urus, bertindak, yang lain serah kepada Allah/Tuhan.
Dugaan dan Cabaran tetap akan ada, cuma caranya berbeza. Allah/Tuhan bagi sesuai dengan situasi kita. Bukan terus berserah kepada taqdir, kita berpegang dengan “just go with the flow” sehingga hanyut tanpa ada apa-apa ikhtiar dan tindakan usaha kita untuk mencari solusi dan exit door. Rezeki satu bab, usaha & ikhtiar satu bab.
Apa yang saya kongsikan ini terpulang kepada tuan puan untuk menerimanya bagaimana. Saya hanya kongsikan sahaja caranya. 100% adalah penerimaan dan tindakan tuan puan sendiri. Kalau anda bersedia untuk bertindak, boleh ikut step yang saya kongsikan diatas tadi. Ini saya baru share 5% teknik dan cara yang mentor saya a.k.a Dr Roket ajar, tapi Alhamdulillah sangat memberi kesan yang besar kepada saya.
Kalau ada yang nak ebook percuma yang saya akan kongsikan lebih banyak “TIPS, TRICKS & TRUTH FOR MASTER Ph.D MOMMY & GRADUATE BEFORE TIME (GBT)”, bagi yang belum berikan email, boleh klik disini. InsyaAllah saya akan emailkan. >>> https://drroket.com/master-phd-mommy-ebook-percuma/
#LifeBalanceCoach
#masterphdmommy
#surihatidrroket
#phdlife
#drroket