Ada perjalanan yang bukan sekadar perjalanan jauh, tetapi perjalanan yang membawa makna besar dalam dunia ilmu.

Kali ini, Dr Roket berada di bumi Cambridge bagi meraikan detik konvokesyen salah seorang platinum Dr Roket iaitu Dr. Hanis Hidayu Kasim, pelajar PhD Fakulti Perubatan di University of Cambridge.

Ini adalah permulaan kepada catatan perjalanan di Cambridge, sebuah momen yang penuh penghargaan, inspirasi dan makna di sebalik kejayaan seorang pelajar PhD di salah satu universiti tersohor dunia.

Syukur. Segala puji bagi Allah.
Sampai sahaja Cambridge Station, terus selesaikan beberapa rakaman yang telah dirancang. Selesai urusan, tunggu kenderaan sekejap untuk ke bilik.
Masuk bilik bukan terus rehat. Letak beg, solat, kemudian terus keluar semula. Buat live sambil road tour.
Syukur. Allah gerakkan hati.
Jujur saya cakap, saya sampai Cambridge macam orang buta. Tiada peta. Tiada guider. Jalan ikut kaki.
Langkah pertama bawa saya ke kawasan Free School Lane. Masa itu saya berdiri depan Laboratory of Physical Chemistry.
Sebelahnya pula Whipple Museum dan Department of History and Philosophy of Science Cambridge.
Masa live tadi tiba-tiba pelajar tuisyen saya komen:

Doc, dekat Cambridge inilah Watson dan Crick hasilkan penemuan struktur DNA.

Terus saya diam sekejap.
Subhanallah.
Tahun 1953, dunia sains digegarkan dengan penemuan struktur DNA oleh James Watson dan Francis Crick di Cambridge.
Sebelum itu manusia tahu tentang genetik. Tetapi manusia belum benar-benar faham “manual kehidupan” yang tersimpan dalam tubuh manusia.
Kemudian lahirlah model Double Helix.
Satu penemuan yang akhirnya membuka jalan kepada revolusi perubatan moden, forensik, bioteknologi dan sains genetik dunia.
Saya berdiri sekejap. Diam.
Terfikir.
Di bumi ini pernah berjalan manusia yang bukan sekadar mencari jawapan peperiksaan.
Mereka mencari jawapan untuk manusia.
Jalan lagi dengan bantuan Fauzi!
Sampai pula dekat Peterhouse.
Subhanallah.
Masa tengok papan depan pintu tertulis: Peterhouse Porter’s Lodge.
Ini bukan kolej biasa. Ini kolej paling tua di Cambridge. Diasaskan pada tahun 1284 oleh Hugh de Balsham.
Bayangkan, lebih 740 tahun sejarah masih berdiri sampai hari ini.
Tetapi yang buat saya terdiam bukan umur bangunan itu.
Yang buat saya terdiam ialah manusia yang pernah keluar dari situ.
Antaranya Charles Babbage, individu yang digelar Bapa Komputer Moden. Jauh sebelum dunia kenal laptop, AI dan teknologi hari ini, beliau sudah memikirkan idea programmable computer.
Henry Cavendish juga pernah dikaitkan dengan Peterhouse. Beliau terkenal dengan penemuan hidrogen. Lord Kelvin pula, nama yang hari ini digunakan dalam ukuran suhu seluruh dunia.
Tiba-tiba saya terfikir.
Berapa ramai manusia hebat pernah berjalan di lorong yang sama?
Jalan lagi.
Sampai Judge Business School.
Menariknya, bangunan ini asalnya Addenbrooke’s Hospital lama. Dulu tempat merawat manusia. Hari ini berubah menjadi antara business school paling elit dunia.
SV Fauzi settlekan Master PhD di situ!
Saya termenung sekejap.
Universiti hebat bukan sekadar ada bangunan cantik.
Mereka bina ekosistem.
Jalan lagi.
Allah bawa kaki ini ke Cambridge University Department of Engineering.
Ini sekolah murid tuisyen saya Fauzi Said!
Syukur & teruja bukan kepalang weeehhh!
Sekian lama saya dengar, now depan mata!!!
Depan bangunan itu ada plak Sir Frank Whittle.
Inilah individu yang membangunkan idea enjin jet moden. Bayangkan, jutaan manusia naik kapal terbang hari ini, tetapi semuanya bermula daripada satu idea besar seorang manusia.
Dan satu fakta yang buat saya terdiam.
Bidang Engineering & Technology Cambridge berada dalam kelompok terbaik dunia.
Tetapi yang lebih mahal bukan ranking.
Yang lebih mahal ialah budaya berfikir yang dibina.
Universiti hebat bukan sekadar menghasilkan graduan.
Mereka menghasilkan manusia yang mengubah dunia.
Kemudian sampailah ke The Leys.
Dan dekat situ saya terkedu. Bila Fauzi komen!
Rupa-rupanya sekolah itu bukan sekolah biasa.
Antara anak Malaysia yang pernah belajar di situ ialah Raja Dr Nazrin Shah, Sultan Perak hari ini. Daulat Tuanku.
Subhanallah.
Di tempat yang sama pernah berjalan seorang anak Malaysia yang akhirnya menjadi pemimpin besar negara.
Dan hari ini.
Allah izinkan saya pula berdiri di hadapan sekolah itu sambil teringat seorang lagi anak murid sendiri, Fauzi.
Saya datang ke Cambridge tanpa peta.
Tanpa guider.
Jalan ikut kaki.
Tetapi Allah susun langkah demi langkah.
Daripada DNA.
Ke kolej tertua.
Ke business school.
Ke engineering.
Dan akhirnya sampai ke sekolah anak murid sendiri.
Bak kata Mat Salleh.

Sometimes the road you did not plan takes you to the place you were meant to be.

Terima kasih semua yang support live jam 2 pagi tadi.
Yang berjaga, yang komen, yang doa dan yang ikut road tour malam tadi.
U all bukan sekadar tengok live.
U all sedang ikut perjalanan sebuah mimpi yang pada asalnya NAK tolong budak Master PhD je!

Perjalanan di bumi Cambridge ini belum berakhir. Nantikan Part 2.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x