Skip to main content
search
0

Salam Ramadan kepada semua.

Syukur tabarakAllah, kini kita berada dalam bulan yang penuh keberkatan. Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi juga bulan latihan iaitu latihan untuk meningkatkan disiplin, kesabaran, dan kualiti diri dalam semua aspek kehidupan.

Di 2M World, kami mengambil semangat ini dengan menjalankan training-in-house selama 4 hari di HQ. Training ini diketuai oleh CEO dan COO kami sendiri, Dr. Haji Mohd Khairul Nizam dan Dr. Hajah Mardiana Mat Ishak.

Mungkin timbul persoalan di benak fikiran semua;

Bagaimana trainingnya? Teori atau praktikal?

Kenapa training di bulan Ramadan?

Best ke training bersama majikan?

Kenapa tak ‘hire’ trainer luar?

Dan lain-lain lagi…

Jawapannya mudah iaitu Ramadan sendiri adalah bulan training! Percaya tak bulan Ramadan 30 hari ini adalah training??

Ramadan Bulan ‘Training’

Sama seperti training kerja yang memerlukan persiapan dan strategi, Ramadan juga melatih kita secara fizikal, mental, dan spiritual. Setiap hari, kita diuji dengan lapar dan dahaga, cabaran mengurus masa, serta peluang meningkatkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Maha Baiknya Dia, Trainer (Dr. Mardiana) dan Advisor (Dr. Khairul) mendapat ilham untuk ‘finalize’ semua content training ketika beriktikaf di masjid. Persiapan untuk menyesuaikan content training tersebut berlaku selama berminggu-minggu.

Mereka memang nekad untuk menjalankan training pertama ini. Ya benar.. training basic yang pertama in-house di 2M World. Namun, kali ini pendekatan berbeza diterapkan.

Bagi trainers sendiri, mengendalikan training untuk team bukan tugas mudah. Sebagai staf, menerima training dari majikan sendiri juga mencabar. Anda pernah alami situasi training seperti ini?

Content training mestilah jelas dan memastikan semua faham apa yang perlu dilakukan untuk mencapai visi dan misi syarikat.

(Bagi Dr Roket sendiri, misi utama kami adalah membantu lebih ramai individu bekerjaya mendapatkan Master dan PhD, sekaligus meraih pangkat dan gaji yang lebih baik. Kami juga bersungguh-sungguh ingin membantu golongan ‘WORKING ADULTS’ (golongan dewasa yang bekerjaya) yang benar-benar PERCAYA pada EDUCATION.

Jika Diploma atau Degree tidak membawa seseorang pergi lebih jauh dan asyik terasa ‘stuck’ dalam kerjaya, di sinilah peranan Dr Roket untuk membantu anda. Anda percaya?)

Fokus Utama Ramadan – Al-Quran

Dalam kesibukan kerja dan training, satu amalan yang tidak boleh kita abaikan adalah membaca Al-Quran. Sejak awal Ramadan, mentor kami Dr. Khairul Nizam berjaya khatam Al-Quran dalam tiga hari sahaja!

Ini menjadi inspirasi kepada team dan circle Platinum Dr Roket untuk mengamalkannya. Jika boleh khatam dalam 3 atau 7 hari, kenapa perlu menunggu sehingga sebulan?

Dr Roket juga ada kongsikan kisah khatam ini dalam Kuliah Subuh sebelum ini. Fastabiqul Khoirat (berlumba-lumba dalam kebaikan). Itu yang diterapkan supaya semua melihat amal kebaikan sebagai sesuatu yang perlu dikejar untuk bekalan akhirat diri.

Sebagaimana training kerja membantu kita mencapai misi syarikat, membaca Al-Quran membantu kita mencapai misi hidup sebagai hamba Allah.

Jika terasa terbeban dengan kerja dan tesis, baca Al-Quran..

Jika terasa hati kosong dan sepi, baca Al-Quran..

Jika terasa letih dan hilang motivasi, baca Al-Quran..

Bulan Ramadan ini hanya datang sekali setahun. Jangan lepaskan peluang untuk menjadikannya bulan transformasi diri! Semoga kita semua berjaya dalam ‘training’ Ramadan ini dan melangkah ke Syawal sebagai insan yang lebih baik. Allahumma Amiin.

Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x