Dr Roket di Bumi Cambridge diteruskan lagi dalam Part 3.
Selain keindahan suasana dan sejarah kota ilmu ini, satu perkara yang paling meninggalkan kesan ialah sikap dan layanan masyarakat di sini. Ada nilai hormat, sopan dan keterbukaan dalam berinteraksi yang menjadikan pengalaman berada di Cambridge terasa lebih tenang dan dihargai.
Sebelum singgah menunaikan solat di Central Mosque Cambridge, saya dibawa oleh Dr Hanis dan suami menikmati makan tengah hari di sebuah kedai.
Semasa sampai dikedai, Dr Hanis sempat bercerita tentang kebaikan pemilik kedai itu. Katanya orangnya sangat baik.
Sangat pemurah.
Sampai sahaja di kaunter, Dr Hanis buat pesanan makanan sambil memperkenalkan diri. Pemilik kedai itu tersenyum dan memohon maaf.
Katanya dia kurang mengingati kerana sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Kami duduk berbual seperti biasa.
Tidak lama kemudian makanan sampai.
“Kenapa banyak sangat ni?”
Portion yang datang terasa luar biasa. Seolah-olah bukan sekadar makanan yang dihidangkan.
Dan waktu itu saya mula faham apa yang Dr Hanis maksudkan tentang kebaikan seorang manusia.
Kadang-kadang kebaikan itu tak perlu diumumkan.
Ia muncul diam-diam tetapi kesannya masuk jauh ke hati.
Beberapa jam kemudian kami kembali semula ke kawasan yang sama, cuma kali ini ke kedai berlainan untuk bertemu pegawai MARA, JPA dan beberapa pelajar pascasiswazah sekitar UK.
Sebelum join Dr Hanis & pegawai Mara JPA, saya ajak isteri singgah semula ke kedai tadi. Niat asal sangat ringkas.
Nak minta resit sahaja. Dalam hati nak lihat kebenaran.
Sambil menunggu, mata saya terpandang dalam peti sejuk.
Pemilik kedai itu bungkus pesanan saya. Tetapi beberapa saat kemudian saya nampak dia tambah satu lagi makanan lain bersama Umm Ali tadi.
Dia pandang sambil tersenyum.
“Tak perlu… ambillah. Saya hadiah.”
Sambil itu dia menulis resit makanan saya bersama Dr Hanis.
Kadang-kadang Allah tak hantar pelajaran hidup dalam bentuk kuliah.
Kadang Allah hantar melalui manusia.
Dan hari itu, di bumi Cambridge, saya belajar satu perkara.
Kebaikan yang ikhlas selalunya tidak bising.
Tetapi diam-diam ia menyentuh hati orang lebih lama daripada kata-kata.
“مَن أصلح سريرته أصلح الله علانيته”
“Barangsiapa memperbaiki apa yang tersembunyi dalam dirinya, Allah akan memperbaiki apa yang terlihat pada dirinya.”
Itulah Uncle Carlos! Pemilik Carlos Kebab Cambridge.
Di akhir sesi convocation Dr Hanis tadi, Allah datangkan Uncle Hashim pula. Next saya story.
Perjalanan di bumi Cambridge ini belum berakhir. Nantikan Part 3.