
Pada epidose ke-8 Merdekakan TesisKu bersama tetamu istimewa iaitu Ts.Dr Nur Hidayah Ahmad Zaidi yang merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau kini menetap di Changlun, Kedah dan telah menyambung pengajian dalam bidang PhD Kejuruteraan Bahan juga di tempat beliau berkhidmat.
Menyingkap peristiwa ketika sebelum beliau menyertai seminar NUT, antara cabaran yang dihadapinya adalah seperti takut dengan SV. Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini beliau sentiasa merasakan rendah diri terhadap tesisnya. Katanya, beliau tidak tahu kenapa perasaan begitu hadir secara tiba-tiba. Serentak dengan itu, beliau telah mengalami emosi yang tidak stabil dan kurang bersemangat. “Kenapalah aku kena habiskan PhD? Aku dah ada kerja yang bagus- pensyarah kanan, so nak apa lagi?”. Itulah antara lalat-lalat yang selalu meracau di dalam minda Dr Hidayah yang membuatkan perjalanan tesis beliau kurang menarik.
Selain itu, beliau juga mempunyai cabaran tidak tahu bagaimana untuk membahagikan masa, kerjaya keluarga & tesis. “Disebabkan perkara ini saya pernah berada di dalam dunia gelap sehinggakan saya tidak mahu berjumpa dengan orang malah jumpa adik beradik pun saya tidak mahu sebab takut.”
Tetapi apabila beliau ditunjukkan ‘hidayah’ dengan menyertai seminar NUT tahun lepas. Beliau berkata kesemua cabaran yang beliau hadapi sebelum ini adalah simptom-simptom normal kepada pelajar Postgrad yang tidak mengikuti proses yang betul. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Berkat keikhlasan beliau menuntut ilmu serta mempunyai mentor yang dasyat akhirnya Dr Hidayah telah berjaya Viva dengan deliciousnya pada 30 June 2021. Alhamdulillah…
Semasa ditemu ramah, beliau telah menceritakan pengalaman beliau semasa menerima suntikan pertama dari seminar AstraNUT sebelum ini, dimana beliau dan juga rakan baiknya, Dr Sinar Arzuria telah bersama-sama menanamkan azam untuk keluar daripada dunia gelap ini. “Bila saya join NUT baru saya nampak jalan & Alhamdulilah NUT telah merubah segalanya. Allahuakbar, Allahuakbar…itulah berkat kezaman yang tinggi kini beliau telah menemui cahayanya.
“Buat pengetahuan semua, saya sebenarnya telah lemas di lautan dalam bertahun lama kerana saya tidak tahu nak prioritize kan tesis. Melalui pengalaman saya dulu, disebabkan saya ada kerja yang bagus, saya ketepikan tesis. Since saya adalah seorang academician, sebenarnya kita harus selarikan kedua duanya.
Jika kita mengikut proses ini dengan betul kita akan nampak keberkesanan vaksin ini. Dimana vaksin inilah yang kita perlukan supaya dapat bunuh semua biawak-biawak yang ada! Ketika NUT, kita diajar untuk betulkan diri kita dahulu & make sure pakai topi learner. Jangan buat-buat pandai sahaja sebab kita takut akhhirnya kecundang di tengah jalan” kongsi Dr Hidayah.

Apabila dipaparkan resultnya, beliau telah memaklumkan bahawa impak daripada NUT, beliau telah menghasilkan 97 halaman selama 3 hari sahaja! Dan impaknya sampai ke harini dengan bantuan serta doa yang dititipkan setiap hari daripada Dr Roket, sahabat Platinum dan juga CRMP. “Sepanjang saya jadi pensyarah, saya tidak pernah ada networking yang sebegini, sangat awesome dan hebat! Alhamdulillah syukur kepada Allah”.
Menurut Dr Hidayah kini beliau masih lagi dalam proses pembaikkan dan telah berbincang bersama SV beliau untuk menghantar serta menunjukkan draft beliau.
Akhir sekali, antara seribu satu rahsia yang beliau gunakan ketika bersama proses ini adalah Roket Research Diary (RRD) & juga ARMP chart. “RRD ini adalah diari yang pertama saya jumpa dan paling terbaik! Anda tidak akan jumpa diari mcm ini. Bila kita menulis dalam RRD ini, secara tidak langsung otak kita pun ingat apa yang nak kena buat. Jika dahulu, saya banyak perkara yang nak dibuat tetapi semuanya saya simpan dalam memori, end up ada je perkara yang tercicir. So dengan tools ini, ianya adalah salah satu panduan untuk kita semua” ujar beliau.