Anda pernah rasa nak sambung Master atau PhD tetapi dalam masa sama penuh persoalan? Nak mula, tapi tak pasti dari mana. Dah mula, tapi makin lama makin blur.
Kami jumpa ramai yang berada di fasa ini. Bukan tak rajin. Bukan tak pandai. Tetapi mereka tidak jelas strategi dari awal.
RIC 1 – Belajar Strategi
Oleh sebab itu, pada 25 hingga 26 April 2026 baru-baru ini, berlangsungnya Roket Intensive Class 1 (RIC1) khas untuk golongan pemula yang belum bermula atau baru sahaja di peringkat awal pengajian Master PhD.
Selama 48 jam, peserta tidak dibiarkan berfikir sendiri. Kami bantu anda nampak keseluruhan perjalanan Master dan PhD dengan lebih jelas.
Apa kesilapan awal yang sering berlaku.
Bagaimana memilih tajuk dengan betul.
Bagaimana strategi sebenar digunakan untuk hasilkan tesis yang berkualiti.
Ini bukan teori semata-mata. Semuanya berdasarkan pengalaman sebenar pelajar yang berjaya mencapai tesis cemerlang. Sepanjang dua hari ini, kami bawa anda melihat bagaimana strategi tersebut diaplikasikan dalam situasi sebenar.
Hasilnya bukan sekadar faham, tetapi anda mula nampak bagaimana menyusun idea, membina struktur tesis, dan memastikan hasil kajian berada pada tahap yang berkualiti.
Tampilkan penerima Tesis Cemerlang PhD
Dalam RIC 1 ini, kami selitkan satu sesi yang pastinya memberi inspirasi buat anda yang belum atau hampir melalui Viva.
Dr-to-be Salmah Abu Hasan, calon PhD UKM @ penerima Biasiswa Dr Roket yang baru sahaja melalui sesi Viva pada 24 April 2026 dan menerima keputusan Tesis Cemerlang, telah dijemput khas ke pentas.
Dalam sesi ini, kami turut mengadakan simbolik penyerahan dan pengiktirafan plak Viva di atas pentas sebagai menghargai pencapaian beliau sebagai penerima Tesis Cemerlang.
Momen ini bukan sekadar perkongsian, tetapi satu gambaran jelas bahawa kejayaan dalam PhD boleh dicapai dengan strategi yang betul.
Kisah perjalanan dan pengorbanan beliau sepanjang Master dan PhD sangat wajar dijadikan inspirasi. Beliau mula ikuti program Dr Roket sejak Degree tahun 2019 dan jalani proses penuh bersama Dr Roket sejak 2020 hingga kini (2026). Syukur, beliau memperoleh result Cemerlang dan Graduate on Time (G.O.T) ketika Master pada tahun 2023, serta Cemerlang dan Graduate Before Time (G.B.T) ketika PhD.
Ini membuktikan bahawa tesis cemerlang bukan sesuatu yang mustahil, tetapi memerlukan strategi yang tepat sejak awal.
Pelancaran RRD Edisi English
Syukur alhamdulillah, dalam RIC 1 ini turut berlangsung pelancaran buku Roket Research Diary (RRD) edisi ke-6 versi English.
Sebelum ini, pelancaran RRD edisi pertama telah diadakan dalam seminar Grand Finale pada tahun 2017. Kali ini, edisi baharu ini tampil dengan penambahbaikan untuk kegunaan selama 6 bulan.
Apa yang menarik, RRD bukan sahaja sesuai untuk pelajar pascasiswazah, malah pelajar Diploma dan Degree yang mempunyai FYP, serta doktor yang baru tamat pengajian juga boleh menggunakannya untuk pelbagai projek.
Boleh dapatkan RRD untuk kegunaan belajar atau projek anda:
48 Jam yang Berbaloi
Bagi anda yang biasa menghadiri kelas atau bengkel selama beberapa hari, tempoh 48 jam mungkin kelihatan singkat.
Namun, RIC 1 cukup untuk mengubah cara anda melihat perjalanan Master dan PhD.
Daripada rasa tidak pasti kepada lebih jelas.
Daripada banyak persoalan kepada ada arah.
Dan mungkin, inilah titik permulaan untuk anda bergerak dengan lebih yakin.
Nak dibimbing dalam penulisan proposal selama 6 bulan, jom daftar Program Intensif 6 Bulan (PI6) yang akan bermula April hingga September ini. Klik di bawah:






![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













