KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Salmah Abu Hasan, PhD UKM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 27 Mac 2026 iaitu (Dr) Salmah Abu Hasan.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Salmah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

(Dr) Salmah binti Abu Hasan.

BIDANG:

Pengajian Islam (Syariah).

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

NAMA PENYELIA:

1. Dr Mohd Hafiz Bin Safiai (SV)

2. Ts Dr Mohd Syazwan Bin Faid (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Pembinaan Skala Standard Kecerahan Langit Tempat Cerapan Hilal Rasmi Malaysia.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Peningkatan kecerahan langit akibat pencemaran cahaya memberi kesan langsung terhadap kenampakan hilal dengan mengurangkan kontras antara hilal dan latar langit. Di Malaysia, penilaian kesesuaian lokasi cerapan masih belum mempunyai satu skala standard yang berasaskan data empirik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai kecerahan langit dan membangunkan satu skala standard yang lebih sistematik dan kontekstual.

Kajian ini berjaya membangunkan satu skala kesesuaian cerapan hilal berasaskan model pemarkahan MCDA yang menggabungkan empat parameter utama. Skala ini mengklasifikasikan lokasi kepada tiga tahap iaitu Perdana, Bitara dan Lestari. Hasil kajian menunjukkan variasi tahap kecerahan langit antara lokasi serta membuktikan kepentingan kecerahan langit sebagai faktor dominan dalam menentukan kesesuaian cerapan hilal.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA

Pengkaji akan datang disarankan untuk memperluaskan kajian dengan memasukkan parameter tambahan seperti keadaan atmosfera, kelembapan, dan ketelusan langit bagi meningkatkan ketepatan model. Selain itu, penggunaan data jangka panjang serta integrasi teknologi seperti penderiaan jauh dan sistem WebGIS juga dicadangkan bagi menghasilkan penilaian yang lebih komprehensif dan dinamik terhadap kesesuaian cerapan hilal.

Terima kasih kepada (Dr) Salmah Abu Hasan atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x