fbpx Skip to main content
search
0

Memakai tudung bercorak kemerdekaan di sesi live merdekakan tesisku cukup menunjukkan yang Dr sinar mempunyai semangat merdeka yang yang tinggi dan sudah tentu wajah yang tenang tersenyum hasil daripada tesis yang sudah merdeka. Nak tahu kisah bagaimana Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) membantu Dr Sinar sehingga ke hari viva? Jom baca kisah beliau ini

Dr Sinar Arzuria binti Adnan yang merupakan pelajar PhD dalam bidang kejuruteraan bahan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).  Bukan sahaja sebagai pelajar PhD di sana, malah beliau juga merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, UniMAP.

Beliau menceritakan terdapat 5 penyakit tesis yang dihadapinya sebelum beliau mengikuti program seminar NUT. Penyakit pertama yang merisaukan beliau ialah berasa tidak yakin. Tidak yakin yang dimaksudkan oleh beliau adalah beliau sentiasa berasa takut dan tidak bersemangat untuk menghadapi hari viva. Untuk pengetahun beliau telah siap tesis penuh dan hanya menunggu hari viva tetapi Dr Sinar seakan hilang arah tujuan untuk melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan selepas menyiapkan tesis.

Deraf tesis Dr Sinar

Sebagai seorang wanita bekerjaya, Dr Sinar juga tidak terlepas daripada penyakit pengurusan masa. Dimana beliau mengaku tidak pandai membahagikan masa di antara tesis, kerjaya dan keluarga beliau. Penyakit ketiga yang dihadapi oleh beliau adalah sentiasa merasakan yang phd itu susah. “Nak analisa data susah, nak jumpa expert susah, nak jumpa sv susah padahal sv dekat je” luah Dr Sinar.

Selain daripada itu, beliau juga mempunyai tabiat buruk yang mana suka merungut dan sering menggunakan perkataan kalau. Sehingga supervior beliau perasan dan menegur Dr Sinar kerana sering menggunakan perkataan kalau. Beliau kongsikan semasa NUT, Dr Roket mengatakan bahawa perkataan kalau perlu dibuang dalam kamus hidup pelajar Master PhD. Perkataan KALAU ibarat BIAWAK untuk pelajar Master PhD.

“Saya viva pada 5 bulan 5 2021 iaitu 9 hari sebelum kita meraikan aidilfitri dan alhamdulillah dapat viva di bulan Ramadhan”. Dr Sinar tidak pernah terbayang pun sebelum ni yang beliau akan viva dengan sangat seronok dan pada haritu memang nampak muka gembira sangat. “Bila orang tangkap gambar pun nampak keceriaan tu. Padahal sebelum ni saya nak viva senyap-senyap. Tak nak ambil gambar, tak nak letak dalam facebook dan sebagainya”

Melihat perubahan pada rakan baik beliau iaitu Dr Hidayah Ahmad Zaidi menjadi antara asbab beliau memutuskan untuk mengambil #VaksinAstraNUT. Beliau nampak perubahan besar dalam hidup Dr Hidayah yang mana hidup beliau semakin ceria dan nampak bahagia. Dia mengajar saya bercakap benda positif dan buang yang negatif. Kerana impak NUT yang sangat mendalam terhadap Dr Sinar, beliau memutuskan untuk ikuti program platinum.

“Dalam NUT tu Dr Roket ajar macam-macam yang mana membuat kita rasa ‘ohh sebelum ni kita ada masalah macam ni dan Dr Roket ajar bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut” kongsi Dr Sinar.  

“Now or Never” ayat dari NUT yang masih beliau ingat sampai sekarang. Ayat tu menunjukkan bahawa kalau kalau kita tidak melakukan tindakan sekarang kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan. “Sebelum tu saya berkira-kira juga sebab saya dah nak viva dan dah hantar tesis, Dr Roket terima ke aku”.

Alhamdulillah Dr Hidayah meyakinkan beliau bahawa akan memperolehi perubahan yang beliau ingin jika mengikuti proses Dr Roket. “Dalam masa beberapa minggu sebelum viva, Dr dah cek apa proses yang patut di lalui, senior platinum mana yang dapat membantu, TM 168 tu nak buat macam mana dan Slide viva tu nak buat macam mana. Semuanya ibarat dah diprogramkan, saya tinggal ikut je”.

Dr Sinar bersama dengan RRD dan ARMP Chart

Bukan itu sahaja beliau juga menyatakan bahawa Roket Tools iaitu Advance Roket Master Plan (ARMP) Chart dan Roket Research Diary (RRD). RRD sangat membantu untuk menulis progress tesis beliau. “ARMP Chart sangat membantu untuk saya tahu flow apa yang siap dan tak siap”

Bila join ni kita nampak jalan, jika sebelum ni macam kita duduk gua tak nampak jalan tapi dalam proses kita tahu nak buat apa asbab kita ada mentor, ada circle yang sangat membantu dan ada proses yang betul

Dr Sinar

Dr Sinar akhiri sesi perkongsian beliau dengan quote

Mimpi akan berubah bila ada tindakan

Dr Roket
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x