KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Maryam Sakinah, PhD UUM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 15 April 2026 iaitu (Dr) Maryam Sakinah binti Md Faudzi.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Maryam Sakinah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
(Dr) Maryam Sakinah binti Md Faudzi.
BIDANG:
Entrepreneurship.
UNIVERSITI:
Universiti Utara Malaysia (UUM).
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Madya Dr. Lily Julienti binti Abu Bakar (SV)
2. Prof. Madya Dr. Shuhymee bin Ahmad (Co-SV)
TAJUK KAJIAN:
Business Performance of MSME Women Entrepreneurs in Malaysia: Exploring the Role of Entrepreneurial Orientation, Technology Acceptance, and Entrepreneurial Bricolage.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Usahawan wanita yang terdiri daripada golongan kumpulan pendapatan terendah 40% (B40) di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi akar umbi, namun prestasi perniagaan mereka masih terhad disebabkan kekurangan akses kepada sumber, teknologi dan keupayaan strategik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan (BP) dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dijalankan oleh usahahwan wanita B40, dengan memberi tumpuan kepada pengaruh Orientasi Keusahawanan (EO) dan Penerimaan Teknologi (TA). Selain itu, kajian ini turut meneroka peranan perantara Bricolage Keusahawanan (EB) dalam hubungan antara EO dan BP.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
Penemuan ini menyumbang kepada pemahaman tentang bagaimana usahawan wanita B40 menyesuaikan diri secara kreatif melalui pendekatan bricolage untuk meningkatkan prestasi mereka dalam keadaan kekurangan sumber. Kajian ini menawarkan implikasi praktikal kepada penggubal dasar dan agensi sokongan bagi merangka intervensi yang memperkukuh keupayaan keusahawanan dan kesediaan digital dalam kalangan wanita B40 di Malaysia.
Kajian kehadapan mungkin dapat diluaskan kepada skop usahawan yang lebih luas selain usahawan wanita B40.
Terima kasih kepada (Dr) Maryam Sakinah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













