Isu pelajar Master dan PhD yang tersekat di fasa awal penyelidikan bukan lagi perkara baharu. Ramai yang bertahun-tahun tidak lepas proposal, masih kabur arah kajian, dan tidak pasti bagaimana hendak mula menulis tesis dengan betul.

Realiti ini akhirnya menjadi antara sebab utama berlangsungnya Thesis Mastery Bootcamp (A-Z) @ TMB pada 11 hingga 12 April 2026 di Nilai Springs Resort, Negeri Sembilan.

Program ini buat julung-julung kalinya diadakan dengan pendekatan lebih intensif dan praktikal, menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk akademik, penjawat awam, profesional dan usahawan yang berkongsi satu cabaran yang sama.

Persediaan Awal: Pre-TMB

Sebelum bootcamp bermula, program ini dimulakan dengan satu persediaan awal bagi memastikan peserta lebih bersedia mengikuti bootcamp secara intensif. Peserta terlebih dahulu melalui sesi Pre-TMB yang dijalankan secara dalam talian melalui Zoom pada 7 April 2026.

Sesi ini berfungsi sebagai “warm-up stage” sebelum pembelajaran intensif bermula, supaya peserta lebih bersedia dari segi mindset dan pemahaman awal.

Antara fokus utama Pre-TMB:

  • Rumusan penting daripada speaker
  • Persediaan awal sebelum hadir bootcamp
  • Penerangan jelas tentang outcome yang akan dicapai dalam bootcamp

Kombinasi Speaker Penerima Tesis Cemerlang PhD

Salah satu kekuatan utama Thesis Mastery Bootcamp ialah gabungan speaker berpengalaman tinggi iaitu Dr. Hidayah – Dr. Hanis – Dr. Hasiah (Triple H). Mereka adalah antara insan yang pernah menerima pengiktirafan tesis cemerlang di universiti hebat seperti;  

  • USM
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Cambridge

Pengalaman ini menjadi asas kepada pendekatan pembelajaran yang digunakan sepanjang bootcamp. Gabungan speaker ini memberikan nilai unik untuk bootcamp ini kerana peserta bukan sahaja mempelajari teori, tetapi menerima panduan terus daripada individu yang pernah melalui standard akademik tertinggi.

Selain itu, peserta turut berpeluang mendengar ucapan daripada Higher Education Growth Mentor, Dr. Hj Mohd Khairul Nizam, yang menjadi antara tunggak utama dalam pelaksanaan bootcamp ini. Ucapan beliau memberi penekanan kepada hala tuju sebenar penulisan tesis serta peranan sistem dan bimbingan dalam membantu pelajar Master dan PhD bergerak lebih tersusun dalam proses penyelidikan.

Pendekatan Pembelajaran Bootcamp

Pengalaman dan kredibiliti para speaker ini kemudiannya diterjemahkan secara langsung dalam bentuk pelaksanaan program sepanjang bootcamp, memastikan setiap sesi yang dijalankan bukan sekadar teori, tetapi benar-benar bersifat praktikal dan berpandukan realiti penyelidikan sebenar.

Thesis Mastery Bootcamp dilaksanakan menggunakan pendekatan active learning, bukan sekadar teori. Sepanjang program, peserta tidak hanya mendengar, tetapi terlibat secara langsung melalui:

  • Hands on exercise
  • Tugasan berstruktur
  • Aktiviti guided thesis building

Pendekatan ini memberi kesan secara langsung kepada bagaimana peserta memahami dan membina semula perjalanan tesis mereka.

Dari Cabaran ke Permulaan Tesis

Peserta yang menyertai bootcamp ini datang daripada pelbagai latar belakang dan peringkat pengajian. Ada yang masih di fasa awal dan sedang mencari arah, dan ada juga yang sudah berada di peringkat penulisan tetapi masih belum benar-benar jelas dengan struktur tesis mereka.

Walaupun berbeza dari segi pengalaman, kebanyakan peserta berkongsi cabaran yang hampir sama dalam proses penulisan tesis. Antara yang paling ketara ialah kesukaran untuk memulakan, kekeliruan terhadap hala tuju kajian, serta ketidakpastian dalam menyusun struktur penulisan secara menyeluruh.

Keadaan ini menyebabkan proses penulisan menjadi perlahan, tidak konsisten, dan dalam sesetengah keadaan, terhenti untuk tempoh yang panjang.

Dengan situasi tersebut, peserta hadir ke bootcamp dengan satu tujuan yang jelas iaitu untuk mendapatkan kejelasan dalam proses penulisan tesis mereka.

Mereka mencari panduan yang lebih tersusun, pendekatan yang praktikal, serta keyakinan untuk meneruskan penulisan dengan lebih terarah.

Asalnya apa yang dijanjikan, 1st draft thesis boleh disiapkan dalam 2 hari. Sebaliknya apa yang berlaku, alhamdulillah dalam bootcamp ini, sasaran tersebut seakan “tercapai lebih awal” apabila sebahagian peserta berjaya menyiapkannya dalam masa satu hari sahaja!

Rumusan Bootcamp

Thesis Mastery Bootcamp (A-Z) ini membuktikan bahawa cabaran utama pelajar Master dan PhD bukan terletak pada kemampuan, tetapi pada kejelasan struktur dan hala tuju penyelidikan.

Dengan sistem yang betul dan bimbingan yang tepat, proses penulisan tesis menjadi lebih terarah, cepat dan boleh dilaksanakan dengan yakin.

Bagi yang masih berada dalam situasi sama, persoalannya bukan lagi “boleh atau tidak”, tetapi bila nak mula dengan cara yang betul.

Boleh tonton highlights Thesis Mastery Bootcamp di sini:

Nak dibimbing dalam penulisan proposal selama 6 bulan, jom daftar Program Intensif 6 Bulan (PI6) yang akan bermula 14 April ini!

Nak join Pi6, daftar sini
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x