fbpx Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr. Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 01 September 2022 iaitu cik puan Aidil Farina.

Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Dr PhD, cik puan Aidil Farina. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan minor correction.

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Dr. Aidil Farina binti Omar.

BIDANG:

Peradaban Islam.

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

TAJUK KAJIAN:

Epistemologi Syed Muhammad Naquib Al-Attas Tentang Sejarah Kedatangan & Penyebaran Islam di Alam Melayu.

NAMA PENYELIA:

1) Prof. Madya. Dr. Azmul Fahimi Kamaruzzaman.

2) Prof. Madya. Dr. Roziah Sidek.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian saya adalah kajian epistemologi yang merangkumi aspek skop, sumber dan metode terhadap pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Hasil kajian mendapati al-Attas telah menghasilkan satu gagasan besar iaitu Nyahjajah atau dekolonialisme terhadap historiografi dan pemikiran sejarah awal Islam di Alam Melayu.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Kajian analitikal boleh dilaksanakan terhadap aspek skop, sumber, dan metode al-Attas terhadap sejarah (Universal) untuk mendepani epistemologi Barat dalam pentafsiran sejarah Universal.

Terima kasih kepada Dr. Aidil Farina atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x