Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 12 September 2022 iaitu (Dr) Aemy Elyani.

Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Dr PhD, (Dr) Aemy Elyani. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Dr. Aemy Elyani binti Mat Zain.

BIDANG:

Peradaban Islam (Dakwah & Perbandingan Agama).

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

TAJUK KAJIAN:

Tema dan Metode Perbandingan Agama Dalam Kalangan Pendakwah Bukan Melayu di Malaysia.

NAMA PENYELIA:

1) Prof. Madya. Dr. Jaffary Awang.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kejanggalan dalam kalangan sebahagian pendakwah masa kini dalam mendekati golongan bukan Islam menjadikan skop dakwah di Malaysia agak terhad. Tambahan lagi, keterbatasan pergaulan merentasi sempadan agama dan bangsa juga menyumbang kepada kejanggalan ini. Lebih ketara lagi, kedatangan pendakwah antarabangsa dalam perbandingan agama iaitu Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat di Malaysia sama ada Muslim atau bukan Islam terhadap mesej dan metode beliau dalam dakwah.

Maka, atas permasalahan ini yang memerlukan kepada cadangan satu garis panduan dakwah dalam masyarakat majmuk yang praktikal dan bersesuaian mengikut konteks Malaysia yang diaplikasikan oleh pendakwah bukan Melayu.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

1. Menaik taraf garis panduan dakwah kepada pembinaan modul dakwah dalam masyarakat majmuk secara bertema.
2. Membangunkan instrument pengujian iaitu kajian kuantitatif bagi meneliti kesedaran dan pengetahuan serta persediaan pendakwah sedia ada terhadap penggunaan perbandingan agama dalam berdakwah.

Terima kasih kepada (Dr) Aemy Elyani atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x