fbpx Skip to main content
search
0

GOMBAK, 28-31 JULAI 2022: Dr Roket yang dikenali sebagai pakar pengurusan tesis Master PhD kini semakin meroket dengan pelbagai program dan kelas untuk para pelajar postgraduate.

Baru-baru ini, satu lagi program Dr Roket yang dijalankan di Avillion Hotel, Port Dickson semakin menular dari pelbagai platform seperti Instagram, Tiktok dan Facebook. Pada 28 Julai telah berlangsungnya CRMP Training disusuli dengan program Roket Intensive Class (RICM) pada 29 hingga 31 Julai, iaitu selama 4 hari berturut-turut.

Program RICM yang dianjurkan oleh Dr Roket di bawah company 2MWorld Sdn Bhd ini merupakan program internal yang disertai oleh para Platinum Dr Roket yang terpilih. Program kali ini dijalankan secara hybrid – seramai 55 orang peserta yang hadir secara bersemuka dan beberapa orang peserta secara dalam talian.

Dengan bertemakan Kepahlawanan Melayu – Mat Kilau, RICM 6.0 kali ini bertemakan ‘Kebangkitan Pahlawan Master Phd’ untuk membangkitkan semangat para pejuang Master PhD ke arah hala tuju dan matlamat masa hadapan mereka selepas Viva dan tamat PhD. 

Ini bersesuaian dengan objektif programnya untuk mengembalikan fokus para peserta bagi membuat persiapan dalam tempoh 6 bulan sebelum ke bilik Viva, perancangan am dalam tempoh dalam 6 bulan selepas Viva dan perkara-perkara penting dalam tempoh 5 tahun selepas peserta selesai PhD.

Jika ditelusuri sejarah RICM ini, RICM 1.0 telah berlangsung sejak tahun 2020 secara dalam talian, iaitu pada 8 hingga 10 April diikuti dengan RICM 2.0 yang dijalankan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi pada 18-19 September 2020. RICM 3.0 pula dijalankan pada 9 hingga 10 Januari 2021 secara dalam talian diikuti dengan RICM 4.0 pada 23 hingga 25 Julai 2021 yang juga secara dalam talian melalui platform Zoom. 

Pada tahun ini pula, RICM 5.0 masih berjalan secara dalam talian pada 12 Februari lepas, namun diteruskan dengan RICM 6.0 secara bersemuka di Port Dickson. Setiap daripada program-program tersebut ada perbezaan dan momen-momen bermakna yang terlakar dan terpahat di hati para peserta.

Berikut antara gambar RICM 2.0 di Pahang dan RICM 6.0 di Negeri Sembilan yang dijalankan secara bersemuka.

RICM 2.0 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

RICM 6.0 di Avillion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Bagi pelajar Master PhD yang perlukan bantuan untuk tesis dan pengajian, boleh dapatkan bantuan melalui Dr Roket, pakar pengurusan Master PhD di pelbagai platform Dr Roket.

Kepada yang terlepas menyaksikan RICM 6.0 yang lepas, jangan risau.. Anda boleh saksikan ulang tayang Live di sini:
TONTON RICM 6.0 DI SINIGIMIK RICM
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti:
Daftar Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Di Sini
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x