Pernah berseorangan menempuhi perjuangan Master PhD, Puan Hidayah Ahmad Azam tidak sesekali mengalah meskipun 7 orang sahabat perjuangan nekad berhenti di pertengahan jalan. Ternyata pelbagai hikmah yang sungguh besar sedia menanti disebalik kesabaran beliau menyempurnakan tesis:
“Alhamdulillah Allah Ta’ala mudahkan penghantaran tesis pada hari ini, walaupun dengan pelbagai ujian dan cabaran sejak daripada awal perjalanan pendaftaran PhD.
Mendaftar bermula tahun 2013 dengan coursework selama dua tahun lebih, kemudian mengambil independent study dan comprehensive exam menjadikan perjalanan PhD tesis menjadi agak lama yang mana penulisan tesis hanya bermula tahun 2015 setelah mendapat penyelia.
Latar belakang Pengajian di Al-Azhar menjadikan saya kurang berkeyakinan untuk menulis dan menjalankan kajian dalam Bahasa Inggeris.
Allah anugerahkan anak istimewa pada Jun 2016, saya berasa agak down pada awalnya & perkembangan sangat sangat perlahan. Tugasan sebagai ibu kepada 6 orang anak ketika itu, menuntut masa yang sangat banyak.
Saya mengambil masa dua tahun sebelum proposal defend pada Julai 2017 dan mula mengumpulkan data pada April 2018. Akhir tahun 2018, saya selesai pengumpulan data dan melahirkan anak ke 7. Saya mula menulis bab 5 & 6 pada awal 2019. Pada Disember 2019 hadir gempur dan momentum penulisan & tenaga sangat tinggi selepas tu sehingga hantar notis 3 bulan pada Februari 2020, tetapi tidak kekal lama.
Kemudian semester berikutnya, saya mendapat amaran dari fakulti bahawa semester hadapan merupakan semester terakhir serta sudah tidak boleh dilanjutkan lagi. Namun begitu, penyelia saya tidak yakin dan dia kata nanti selepas menyerahkan notis, jikalau setahun lagi tidak habis lagi macam mana.
Rasa diri ok, walaupun saya sedari biarpun sudah siap, tesis memang ke laut masa tu. Tarikh perlu hantar tesis penuh kepada fakulti adalah pada 31 July 2020. Sepanjang tempoh pengajian saya berasa sangat kesunyian kerana 7 orang kawan yang sama kemasukan dengan saya, kesemuanya sudah berhenti.
Tinggal seorang sahaja yang baru Proposal Defence 2019. Sepanjang pengajian PhD, saya berasa kecewa sangat dengan penyelia. Penyelia tidak pernah puji hasil penulisan saya. Saya hantar permohonan untuk menjadi Platinum setelah seminar Nak Ubah Tesis pada 22 Mac 2020.
Pada bulan April, setelah menjadi Platinum, saya hantar full thesis untuk disemak oleh penyelia, qadarallahuma yasya’ penyelia tidak sihat menyebabkan dia tidak boleh semak tesis. Asalnya saya berasa macam sudah tidak mahu sentuh sangat tesis sebab sudah siap dan dah dihantar kepada penyelia.
Setelah diterima menjadi Platinum, saya cakap kepada kawan-kawan untuk doakan examiner saya semasa Viva tidak nampak kesalahan-kesalahan tesis. Masa tu memang saya sangat tidak yakin dengan tesis sendiri. Tetapi bermula selepas menyertai platinum, Allah Ta’ala buka jalan satu demi satu, bulan April menyaksikan tesis berevolusi 360 darjah sangat hebat.
Bermula dengan membina hubungan dengan pakar serta mendapat artikel-artikel baru, belajar mengenai eagle table, page driven mindset dan sebagainya. Tesis berevolusi dengan sangat cepat sehingga selepas mengesahkan deraf pertama, terhasil 16 deraf dalam masa sebulan sahaja.
Pada hujung Mei saya menghantar full thesis yang baru kepada penyelia, sepenuhnya berubah daripada problem statement nya, research question dan struktur keseluruhan tesis. Hubungan dengan penyelia bertambah baik dan penyelia menyemak satu persatu tajuk, perkataan demi perkataan biiznillah.
Pada bulan Julai saya hantar surat kepada fakulti dan disokong oleh penyelia untuk melanjutkan penghantaran tesis sebelum 31 ogos bagi membolehkan pembetulan dilakukan dengan baik. Buat pertama kalinya semester tersebut, penyelia memuji perkembangan dan hasil kerja. Luar biasa sangat bila berada dalam Platinum. Allah Ta’ala datangkan bantuan dari pelbagai arah.
Bila mana ada cabaran sebut sahajalah apa sahaja isi kandungan tesis walaupun kehidupan, ada sahaja yang menghulur tangan menawarkan bantuan walaupun kumpulan kami secara virtual sahaja.
Peranan mentor yang membimbing dengan TDR sangat-sangat membantu untuk menolak lagi ke depan. Dengan corak pemikiran yang betul, satu persatu pembetulan dilakukan, yang semakin faham dan yakin dengan diri sendiri.
Menyaksikan 34 pembentangan semasa Vivalicious menjadikan banyak sangat perkara baru yang dapat belajar dan kesempatan menyampaikan thesis talk secara online menjadikan saya semakin jatuh cinta dengan kajian sendiri. Alhamdulillah wa syukrulillah.
Perancangan hari demi hari menuju submission dapat dirancang dengan baik walaupun beberapa kali jadual terpaksa diubah kerana pelbagai cabaran, namun alhamdulillah dengan doa dan sokongan rakan-rakan PLATINUM, akhirnya tesis berjaya diserahkan kepada fakulti pasa 28 ogos 2020.
Alhamdulillah momentum selepas Ric 1 memang sangat tinggi dan pembakaran yang dilakukan hari demi hari oleh rakan-rakan dalam PLATINUM banyak membantu.
Banyak perubahan selepas saya sertai Dr. Roket, antaranya saya mula sayang diri sendiri dan belajar tidur awal. Ya, tindakan itu sakit tetapi jika tidak bertindak, itu lebih sakit. By hook or by crook saya kena serah selewat-lewatnya 31 ogos, kalau saya tidak baiki betul-betul, hantar deraf pertama sahajalah. Sentiasa bertanya BAGAIMANA?
Bagaimana, Bagaimana nak perbaiki lagi. Besarkan solusi, kecilkan cabaran biar apapun yang mendatang. Doakan orang lain dan sentiasa positif, tingkatkan lagi keyakinan diri dan ubah gaya hidup serta pemakanan.
Akhirnya terima kasih pada semua terutama Dr. Roket & Dr. Mardiana, tim & rakan-rakan platinum. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.”
Percayalah, andai anda tidak berputus asa melengkapkan perjuangan pengajian meskipun memakan masa yang lama, pastinya ganjaran dan berita gembira menanti anda. Tiap kekecewaan sebenarnya melatih anda untuk menghargai tiap detik dan peluang yang berlalu.
Bersama Platinum Dr. Roket, Puan Hidayah berjaya mengembalikan keyakinan diri dan tesis beliau! Klik disini http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul: 019-4588003