fbpx Skip to main content
search
0

Ikuti perkongsian terperinci Platinum X Dr. Roket, Puan Norsheila Abdullah, yang berkongsi perasaan dan ilmu-ilmu yang beliau perolehi bersama Dr. Roket.

“Saya telah mendaftar PhD pada 27 Julai, 2020 di UniRazak. Seolah-olah seperti bulan jatuh ke riba (mendapat biasiwa) ketika itu tetapi perasaan gembira bercampur takut, banyak persoalan timbul boleh ke aku buat? Bukan pandai pun macam-macam lagi, atas sokongan suami saya teruskan. Mula ikuti kelas tanpa gagal, memberi komitmen penuh.

Juga seronok dapat kawan-kawan baru yang semangat, saya buat tugasan juga dengan seronok hingga peperiksaan memperolehi markah yang agak baik walaupun subjek Applied Statistics tersangat susah sepanjang belajar tajuk 1 – 3 sehingga semester 2. Selepas itu, saya perlu jalan sendiri. Rakan sekelas pun sudah terputus hubungan sebab masing-masing mempunyai hal.

Saya semakin hilang arah, setiap kali untuk buat tesis seperti tidak bermaya tetapi saya sedar itu tanggungjawab yang perlu teruskan sebagai seorang akauntan. Sekitar Disember, 2019 ada tersiar program Dr Roket di dalam FB, tengok begitu sahaja, sambil-sambil sahaja, jika saya ada tertarik dengan tajuk Dr Roket, saya layankan sahaja.

Sehingga pandemik Covid-19 muncul dalam kehidupan kita semua, dan kehidupan ketika itu mulai berubah dengan hanya duduk di rumah. Pada mulanya saya berasa seronok kerana boleh berehat panjang, kemudian mulai terasa bosan kerana hanya tenung pada buku, sekadar melihat, selepas itu saya mulai risau perkara yang mungkin melanda pendapatan bulanan seterusnya merasa tertekan dengan berita Covid-19 melanda yang juga melanda kawan-kawan dalam industri.

Saya mula melayan FB, konon mahu menonton berita kemas kini yang sebenarnya lebih terganggu emosi melihat keadaan. Sehinggalah tergerak hati menonton Live Morning Doc, dalam pada itu saya teringat kepada tesis yang sedang ‘menangis’, kerana tuannya tidak menonton kerana tesis tidak  bergerak-gerak  lagi. Saya pun bangun  ‘up to go school’ masih lagi alasan penyelia belum dapat,  suara-suara halus itu berbunyi, relax 3-7 tahun tu.

Untuk naik mood dan semangat saya, kemudian mula saya cari balik slot Dr Roket sebab Morning Doc ada elemen motivasi. Adakala rasa seperti Dr Roket suka membebel, tetapi terfikir begini, apabila nak belajar mesti ada orang perlu bebel, kalau tidak  memang tidak bergerak.

Mula mengikuti setiap pagi Live Dr Roket sehingga ada pengumuman tentang seminar Gempur, saya terus menghubungi Tuan Asrul dan terus mendaftar program. Berikut antara program-program yang pernah saya ikuti, secara sambilan untuk mendapatkan mood dan motivasi ketika itu (AMAZING COVID19):

1) GEMPUR  –  11hb April, 2020

2) Thesis Management  – 26hb April, 2020

3) RIC1 – 19 – 21 Jun, 2020

Setiap program di atas telah mempunyai impak yang berbeza, seterusnya mengikut secara pasif dan dah mula intai, menghidu dan memeluk tesis. Dan kemudian, sahabat saya bernama Rozita Kamil mengajak saya bersama beliau sertai Platinum.

Kami pun mendaftar pada 25 April, 2020 ketika itu ikut sahaja sebagai ahli dan masih ada biawak besar dalam diri dengan tesis. Saya gembira mengikuti Live Morning Doc setiap hari, ibarat menjadi sarapan pagi saya.

Saya juga tidak tahu bahawa kami semua sedang dipantau. Selepas program RIC1, saya ikuti dengan laju apa yang diberitahu, saya pun ikut sahaja (di dalam hati sekurang-kurangnya ada pengisian ketika MCO), juga memberi semangat untuk melihat tesis dan baca jurnal berkaitan, tetapi masih bersikap gitu-gitu sedangkan berilmu.

Ketika itu muka surat masih berjumlah 27 semenjak Sem 2, selepas GEMPUR alhamdulillah naik 37 helai, dan berhenti setakat itu dengan berfikirkan. ‘nantilah selepas dapat penyelia baru nak sambung semula’.

Selepas RIC1, saya ikuti perkara yang dikongsikan yang sebenarnya ketika itu, saya berhajat menjadikan diri saya untuk lebih berdisiplin dan ketika itu adalah bulan puasa. Dan saya ikuti proses yang diajar juga untuk saya bertindak. Saya mulai dekatkan diri saya dengan Allah Ta’ala, dengan bercakap pada diri saya, tiada makna kalau saya puasa hanya dengan solat, saya rugi.

Pertamanya, Dr Roket memperbaiki spiritual diri saya juga ketika itu saya melalui cabaran dan saya berkata diri saya setiap hari Allah nak saya alihan tenaga ke satu perkara lebih bermakna dalam hidup saya dan tarik diri daripada persekitaran negatif.

Sepanjang saya ikuti Live Morning Doc dan menghantar Learning Point, rupa-rupanya saya dipantau. Masyallah dengan menghantar LP, saya menjadikan sebagai satu panduan untuk saya masuk dalam landasan betul dan berfokus perkara yang betul, yang saya perlukan untuk habis PhD dengan halal.

Pada 13 Jun, 2020, nama saya diwar-warkan sebagai 10 top (tempat ke 8) yang berjaya mengikuti proses dan ditempatkan dalam Platinum X (yang mana bersama Rozita Kamil tanpa fikir bayaran tersebut). Saya sangat tidak sangka tetapi sangat bermakna kepada diri saya. Masa temu bual dimana untuk menjadi platinum melalui proses interview, seperti rasa nak ujian SPM.

Saya pun bacalah segala apa yang dipelajari didalam NUT dan RIC1, ketika saya berada di KPWKM line internet kurang baik, jadi saya lari duduk di dalam kereta, ke hulu ke hilir nak sangat dipanggil untuk interview, namun nama tidak dipanggil, rasa terkilan  juga, tetapi pada saya biarlah, but I know I did my part!

Semenjak tarikh itu, saya membaca catatan daripada setiap program, sebelum itu masih juga kabur tentang draf draf, akan tetapi bersikap ikut dan buat sahajalah. Laporan banyak lah nak di hantar setiap (tidak menjadi masalah sebab saya memang suka buat laporan, juga supaya dapat lihat semula disiapkan, peningkatan juga bagus kepada saya kerana saya boleh lihat tahap peningkatan diri saya. Masih belum berkembang tesis ketika itu.

Personal Coaching dan Weekly Zoom daripada Dr. Roket, banyak membantu saya, saya adalah orang sangat menghormati guru hingga rasa takut nak bertanya ketika sekolah. Dalam program Dr. Roket sering dengar prakata followvasi dan tiruvasi yang sentiasa meragui saya mengenai ini. Mungkin saya tidak faham dan takut meniru tesis yang bukan kita punya penulisan – sehinggakan saya tidak tulis tesis lagi, itu selepas sebulan RIC1.

Walaupun saya dapat privilege sebagai Platinum X, boleh menghubungi Dr. Roket, tetapi saya diamkan diri sebab malu dengan orang hebat-hebat. Sehinggalah satu zoom, saya bertanya tentang  satu yang perkara menghantui saya selalu, maka dengan berani bertanya Dr Roket “tak berdosa ke meniru orang punya walaupun rakan platinum ada yang jelaskan”.

Selepas mendapat penerangan, saya berasa lega. Juga pada masa yang sama, saya diberitahu bahwa penyelia saya telah ditetapkan, syukur alhamdulilah saya pun hantar email seperti yang dinasihatkan Dr. Roket dan terus  berjumpa dengan SV, kami berbincang bersama SV.

Saya terharu ketika saya perlu cari tesis adik-beradik, SV saya yang memberi kepada saya untuk saya baca dengan tajuk terdahulu diakhiri dengan nasihat bahawa PhD adalah rezeki dan menyatakan beliau inginkan saya buat dalam 2 tahun kerana beliau merupakan seorang GBT. Saya sangat bersyukur bahawa Mentor saya, Dr. Mohd Khairul Nizam dan SV sehaluan untuk GBT dan GOT so should work for it NOW or NEVER.

Allah sayang saya dan dapat melihat perubahan diri saya kemudian saya mula mengikut proses terutama rutin pagi dan bangun awal untuk bercakap dengan Allah, juga saya tahu Mentor saya sentiasa mendoakan sekiranya ada platinum yang akan kembangkan tesis. Sepanjang program Dr. Roket banyak tips yang saya ikut dan proses itu membantu saya.

Walaupun saya masih berdegil juga lagi, sehingga Dr Roket bagitau saya untuk mula supaya saya break the ice to move on. Seterus saya mula menulis tesis, saya umumkan draf pertama pada 17 Julai, 2020 sebanyak 251 muka surat tanpa saya sedari banyaknya muka surat. Akan tetapi saya mula faham sebenarnya maksud followvasi dan tiruvasi adalah supaya saya nampak kerangka dalam sesebuah tesis daripada tajuk 1 hingga tajuk ke- 5. Perasaan saya sangat gembira dan merasa I am in track spiritual and my thesis writing. Banyak tips, tools dan formula dikongsi yang sangat manfaat kepada diri saya.

Sejujurnya perasaan memiliki deraf pertama seakan tidak percaya yang saya mampu melakukan walaupun dalam followvasi atau tiruvasi. Ianya adalah untuk memperbaiki penulisan tesis dan memahami penulisan secara saintifik. Cara ini telah memudahkan saya melihat kerangka keseluruhan tesis. Setakat ini 3 deraf telah saya hasilkan sehingga 20 Ogos, 2020.

Mempunyai mentor yang ada result sangat penting dan diperlukan, Dr. Roket bukan sahaja ada visi untuk membantu bangsa posgrad, malahan lebih dari itu . Bukan sahaja didunia tetapi secara spiritual banyak bantu saya dan suami. Dr. Roket yang ada result yang sangat luar biasa telah saya nampak. So have no doubt about it, its matter of grab it ONLY 6 SIX months!!

Berada dengan lingkungan positif memang sangat penting dan satu keperluan, they are mostly humble people and willing to share but have ethic and be professional, juga sangat mengambil berat . Platinum senior  berjaya mengikut proses yang betul dengan Mentor amat membantu walaupun tidak pernah jumpa tapi macam dah kenali sejak tanda tangan PhD.

Pada saya ini kata-kata Dr. Roket untuk diri saya :

  1. Tindakan itu sakit. Bertindak lebih sakit. Tiada tindakan lebih dan sangat menyakitkan.
  2. Boleh selesaikan tesis 6 bulan, 5 bulan, 4 bulan, 3 bulan, 2 bulan, sebulan, 2 minggu. Kesemua hasil yang bakal diperolehi bermula dari diri sendiri dengan bertindak hari ini.
  3. Kesemua kejayaan dinilai dan diukur bermula dari hari pertama. Bukannya one day.
  4. Untuk menggerakkan tesis, sentiasa bertanya BAGAIMANA?

Contoh bagaimana boleh saya selesai tesis dalam masa 6bulan OR bagaimana nak tulis tesis sebyk 100 helai sehari – Brain storming and prepare with 21 answer

  1. Always think rich such on ideas, references, research, networking
  2. DON’T QUIT – Never ever quit nothing works for the 1st time (BESARKAN SOLUSI KECILKAN CABARAN!!)
  3. Positive self-talk – I will, I can, I love myself, me and I (always be visualize and be with positive people)

. Form good habit :

.Doakan orang lain

  • Sentiasa WIN
  • Magic number
  1. Semua perkara dalam kehidupan diciptakan oleh Tuhan wajib melalui proses yang tersendiri. Sebab itulah untuk Graduate On Time, kita perlu lalui proses dan dibantu oleh mentor yang ada results.
  2. 9. Incredible day saya, good day saya, ketika saya lihat progress thesis saya setiapa hari sebelum saya tidur saya pastikan ada progress dalam bilangan halaman berisi yang menyebabkan saya faham its my perfect.
  3. Stay up, saya perlu ubah lifestyle malam saya.
  4. Bantu 10%- spiritual, 20% – motivasi and 70% pengurusan (2 things – Thesis strategy and Thesis Management)
  5. Mempercayai dan mengamalkan proses yang diuruskan oleh Dr. Roket dalam menggerakkan tesis
  6. Menjaga hubungan baik dengan Dr. Roket – Mentor, Superivor, dan kumpulan sokongan (pakar industri)

Target saya mendekatkan diri lebih kerap lagi dengan Allah, mendisplinkan diri untuk tesis, banyak membaca jurnal berkaitan, wujudkan support group positif, tingkatkan lagi keyakinan diri dan mengubahkan cara gara hidup serta pemakanan.

Contract to myself:

▪ timbulkan keinginan (desire) – How you do anything is HOW you do everything

▪ Nawaitu (intention) Usali…

▪ Need to move

▪ Inspire pupils

▪ What I want

▪ Transformation needs action (zero to hero) by mentoring

▪ Write dairy daily

▪ Thesis Management (TM) step by step”

Anda juga boleh melancaarkan perjalanan hidup dan pengajian anda seperti Puan Norsheila, hubungi kami: 019-4588003 (Tuan Amierul) atau klik di sini agar anda jelas dengan prosesnya

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x