‘Ibarat Bulan Jatuh Ke Riba’. Setibanya di Malaysia, Puan Hayati bertuah kerana bertemu dengan Dr. Roket yang membantu beliau membuat pecutan akhir tesis. Meskipun perkembangan kajian beliau begitu baik sebelum ini, Dr. Roket menjadikan perjalanan PhD lebih bermakna. Ikuti persiapan beliau menanti debaran Viva kini:
“Saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama Nur Hayati binti Jasmin, melanjutkan pengajian di peringkat PhD di University College London didalam bidang Biomedical Imaging. Alhamdulillah syukur nikmat Allah SWT dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penaja saya, Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) dan UniSZA (sebagai felo) yang telah menjadikan impian untuk membuat PhD di luar negara dalam bidang yang diceburi menjadi kenyataan.
Saya mengikuti program Dr. Roket semasa di tahun akhir pengajian, bermula dengan seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 9-10 Mei 2020, seminar Rocket Intensive Class (RIC) I pada 19-21 Jun 2020, dan seminar RIC II pada 4-6 September 2020.
Alhamdulillah, sebuah perjalanan ilmu dan transformasi diri yang sungguh bermakna meskipun hanya berkesempatan mengikutinya di penghujung pengajian, ‘better late than never’. Sangat-sangat beruntung bagi yang berpeluang mengikuti program Dr. Roket sejak awal pengajian bahkan sebelum memulakan pengajian lagi.
Alhamdulillah, saya telah menghantar tesis saya pada 9 September 2020 dan akan menghadapi sesi VIVA pada 20 Oktober 2020. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah saya, keluarga saya, penyelia saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru saya, Dr. Mohd Khairul Nizam, Dr. Mardiana Mat Ishak, Tim Dr. Roket, sahabat platinum dan semua yang tidak pernah jemu mendoakan perjalanan PhD saya.
Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang persiapan yang saya buat dari sudut emosi, spiritual, hubungan sesama manusia, dan akademik sebelum menghadapi VIVA. Keempat-empat sudut ini sangat penting dan saling berkait antara satu dengan yang lain. Jika mantap persediaan dari 4 sudut ini, detik VIVA akan menjadi suatu detik yang di nanti-nantikan dan menjadi sejarah dan kenangan terindah sampai bila-bila. InshaaAllah, itulah impian saya, mohon doakan.
Dari sudut emosi, perkara pertama yang saya buat adalah reward and rest. Dalam minggu-minggu dan hari-hari terakhir sebelum tarikh tesis dihantar, kita telah mengerah seluruh tenaga, emosi dan fizikal kita sehinggalah tesis berjaya di hantar.
Jadi, sangat penting untuk kita reward kejayaan itu dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Bagaimana untuk reward diri dan dapatkan rehat yang secukupnya? Apa yang saya buat, saya pergi bercuti bersama mak ayah saya sebagai reward untuk mak ayah saya. Kemudian saya pergi bercuti sendiri, untuk reward diri, my favouraite moment.
Percutian bersendiri ini sebagai reward dan yang paling penting untuk beri masa untuk refleksi diri dan rehat secukupnya. Sepanjang travel, yang paling penting saya akan bawa diari, kamera dan buku (tidak berkait dengan tesis). Perkara yang perlu saya buat untuk recover and recharge emosi saya yang pertama adalah dengan menulis.
Saya akan terjemahkan perasaan dan emosi dalam tulisan. Secara tidak langsung kita akan muhasabah apa perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki dan apa perkara-perkara yang baik dan perlu diulang-ulang buat. Selain menulis, untuk recharge emosi saya, ialah dengan buat aktiviti yang buat saya gembira.
Dalam kes saya, saya suka berjalan-jalan di tempat baru (kali ni saya telah pergi ke Fraser’s Hill) perhatikan suasana dan gelagat sekeliling, having a long drive sambil lihat dan ambil gambar keindahan alam, and end with a hot tea and a piece of cheesecake in a cossy tea house while reading a book or writing diary.
Berteman rapat dengan alam dan diri akan bantu menyemai banyak emosi positif dalam diri. Antara perkara lain yang saya turut lakukan untuk bina suasana yang positif adalah dengan menambah baik ruang kerja saya. Beri nafas baru dari segi susun atur, warna dan hiasan, di samping beri fokus pada slot Vision Board dan Picture of The Year (dua elemen ini melatih diri saya untuk sentiasa foward thinking).
Kita perlu sediakan emosi yang sangat-sangat positif sebelum hadapi VIVA. Cakap dan ulang-ulang dalam diri, ini adalah momen yang aku nanti-nantikan dan impikan, VIVA adalah moment of celebration setelah bertungkus lumus beberapa tahun membuat kajian. Ini adalah masanya di mana kita boleh bercakap, berkongsi, dan berbincang dengan lebih mendalam tentang hasil kajian bersama pakar-pakar dalam bidang kita.
Ini adalah masanya untuk kita dapatkan maklum balas secara terus dari pakar-pakar yang telah baca kajian kita dari awal sampai akhir. Peringatkan diri yang kita telah usaha dan beri yang terbaik. Teringat kata-kata arwah guru English saya semasa di London, Datuk Dr. Mohamed Yunus Raiss Mohd Isah,
“You should looking forward for the VIVA day, it’s a celebration day, your Big day, the day that you have been waiting for the past years, treasure and enjoy the moment”. Seperti yang mentor saya, Dr. Roket juga selalu sebut, its VIVA-licious Day. Inilah emosi dan mindset yang saya persiapkan pada diri sebelum hari VIVA.
Dari sudut spiritual pula, saya peringatkan diri saya untuk tambahkan kesyukuran, lazimi istighfar dan perbanyakkan solat malam dan solat hajat. Banyakkan berdoa, semoga Allah membukakan pintu hati untuk lebih faham kajian, semoga Allah Ta’ala lancarkan lidah untuk menyampaikan, semoga Allah mudahkan dan lancarkan proses VIVA, dan semoga Allah berkati setiap ilmu dan usaha sepanjang pengajian PhD. Banyakkan membaca Al-Quran dengan sebutan dan tajwid yang betul.
Sebenarnya bila kita mengaji dengan makhraj yang betul dan bertajwid, ia akan secara tidak langsung melatih vokal, otot mulut dan pernafasan kita, dan menjadikan percakapan kita lebih baik dan jelas. Semoga dengan itu akan membantu sewaktu menyampaikan kajian kita dalam VIVA nanti dan percakapan seharian kita juga.
Dari sudut hubungan sesama manusia pula, saya cuba maksimakan lagi sikap mudahkan urusan orang lain, banyakkan memberi, gembirakan hati insan-insan sekeliling terutamanya mak ayah. Selalunya sebelum menghadapi peperiksaan atau detik-detik penting seperti VIVA, saya akan mesej dan minta maaf atas segala salah silap yang sedar atau tidak sedar pada kenalan dan sahabat-sahabat saya. Mohon restu dari mak ayah dan penyelia.
Akhir sekali, persediaan akademik. Tiga minggu sebelum tarikh dijadualkan VIVA, saya mula susun jadual untuk mock VIVA, bermula dengan sesi perkongsian tips VIVA bersama postdoc. Disebabkan tesis saya merangkumi 4 aspek iaitu, basic science, pre-clinical, clinical, dan cardiac MRI physics, maka saya atur untuk adakan mock VIVA bersama penyelia dan pensyarah yang arif untuk setiap aspek tersebut.
Kemudian saya mulakan ulang kaji tesis dengan buat mind map keseluruhan tesis supaya saya lebih faham dan ingat key tesis saya, hadamkan table of content supaya saya jelas tentang flow tesis saya, baca tesis dari awal sampai habis sampai hadam sambil buat nota dan tanda pada temmpat-tempat penting dalam tesis.
Di samping itu saya slot-in tonton video-video pembentangan dan perhatikan cara panel soal dan cara speaker menjawab pelbagai jenis soalan (direct question, speculative question, etc.) (buat nota phrase yang digunakan untuk menjawab soalan). Selain itu, saya juga luangkan masa untuk hadiri seminar-seminar umum dan mengikuti media sosial jurnal berkaitan bidang saya untuk mendapatkan maklumat terbaru dan gambaran dari konteks yang lebih besar tentang bidang kajian saya.
Setakat ini sahaja perkongsian dari saya, semoga memberi manfaat pada setiap yang membaca. Akhir kata, dalam apa pun yang kita ingin kecapi, keempat-empat elemen ini (emosi, spiritual, hubungan sesama manusia, dan matlamat) perlu bersatu dan sentiasa di bajai. Semoga Allah SWT perkenankan hajat dan impian yang baik-baik buat kita. Mohon doa dari sahabat semua. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan.”
Puan Hayati Jasmin kini lebih berkeyakinan menghadapi detik bermakna Viva tidak lama lagi. Biarpun mendapat tempat istimewa Dr. Roket dengan gelaran Platinum, Puan Hayati Jasmin tidak lokek berkongsi persiapan lengkap dan bijak empat aspek penting beliau. Klik disini untuk mengetahui lebih banyak inisatif Platinum Dr. Roket: http://t.me/drroket