fbpx Skip to main content
search
0

Saban hari kita memerlukan medium tertentu untuk berkomunikasi, kerana itulah fitrah manusia. Ya! kita perlukan komunikasi harian untuk saling berhubung antara satu sama lain, tidak kira yang jauh mahu pun yang dekat. Jika dahulu, manusia memilih untuk menyampaikan pesanan melalui penulisan surat dan diposkan kepada penerima agar penyampaian maklumat lebih sahih, namun pastinya memakan masa berhari-hari.

Kini tidak lagi dan segalanya ada di hujung jari !

Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan digital yang semakin canggih dan pantas kini. Anda cuma perlukan sedikit teknik penulisan agar komunikasi anda berkesan dan dapat disampaikan dengan lengkap terutamanya media sosial, yang menjadi medium komunikasi paling digemari kini. Kami kongsikan 3 tips utama penulisan media sosial anda:

  1. Untuk mendidik

Kita pasti pernah mendengar hadis Nabi SAW; “tiap perbuatan bergantung kepada niat.” Dengan niat yang baik, insyaallah akan dipermudahkan semua sahabat dan pengikut media sosial kita untuk memahami mesej kita. Ayuh kita bermula dalam tiap patah penulisan kita, berniatlah untuk memberi didikan yang baik kepada pembaca. Bukankah ilmu yang bermanfaat akan menjadi saham kehidupan kita di dunia, apatah lagi di akhirat kelak? Tiap daripada kita pasti memiliki kelebihan dan kepakaran tersendiri, didalam bidang masing- masing yang menjadi pilihan. Berlumba-lumbalah untuk berkongsinya di alam maya melalui penulisan anda yang bermanfaat didalam media sosial.

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang menjalankan penulisan tesis mengenai Kajian Saintifik Otak Manusia dengan Menghafal Al-Quran, sering-seringlah menulis di media sosial mengenai Tips Hafal Al-Quran Dengan Mudah, Makanan Berkhasiat untuk Senang Hafal Al-Quran dan Aktiviti Riadah Paling Berkesan untuk Cepat Hafal Al-Quran, mudah kan?

  1. Untuk memaklumkan

Perkara yang baik perlu dihebah- hebahkan agar ramai yang mendapat manfaatnya. Begitu juga setiap penulisan anda didalam media sosial, pastikan objektif anda adalah untuk memaklumkan sebarang peristiwa, info menarik dan perkhabaran terkini anda. Awas! Anda wajib semak dan periksa sejauh mana kebenaran maklumat yang sedang anda tuliskan itu.

Usah menyebarkan perkara yang meragukan, telah tamat tempoh dan item yang salah, kerana ini bukan sahaja menyebabkan dosa yang berpanjangan dan fitnah, malah boleh menjejaskan kerhamonian insaniyyah dan mengeruhkan ukhuwah silaturrahim.

Ingat! Anda mesti memastikan kesahihan informasi didalam penulisan anda walapun hanya di media sosial. Rujuklah seorang pakar atau ahli ilmunya sekiranya anda kurang pasti, barulah anda dinilai sebagai seorang yang berintegriti tinggi dan dihormati oleh semua.

  1. Untuk mengispirasikan

Didalam usaha anda menjadi diri anda yang sekarang, semestinya pelbagai pengorbanan dan tindakan- tindakan betul yang anda istiqamah lakukan. Usah pendamkannya seorang diri, media sosial adalah platform terbaik anda ‘get in touch’ bersama sahabat handai dan kaum keluarga untuk berkongsi kisah inspirasi anda secara langsung.

Ceritakanlah keadaan anda sebelum ini, faktor penyebab anda ingin berubah dan usaha-usaha yang anda buat, sebagai memberi inspirasi kepada pembacanya. Ini kerana, manusia sememangnya gemarkan kisah benar dan membaca cerita- cerita motivasi yang dapat merangsang semangat juang mereka!

Kehidupan kita ada masanya diatas, dan ada masanya dibawah ibarat sebuah roda. Tatkala kita telah nampak dan berjaya tempuhi jalan-jalan kejayaan, usah lokek untuk berkongsi cerita inspirasi anda, kerana semakin kita memberi, semakin banyak kita menerimanya!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x