fbpx Skip to main content
search
0

Puan Yusliza Kamarudin, Platinum Dr. Roket dahulunya hampir berputus asa meneruskan PhD. Meskipun beliau adalah seorang guru yang begitu berdedikasi dan berkecimpung dalam dunia akademik setelah sekian lama, namun beliau sendiri mengakui perjalanan PhD tidak semudah yang disangka. Syukur, beliau berjaya menjumpai jalan penyelesaian melalui Platinum Dr. Roket:

“Nama saya Puan Yusliza binti Kamarudin merupakan platinum Dr. Roket batch 4.3 berasal dari tanah sekebun bunga cik siti wan kembang, Kelantan Darul Naim. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Sekarang saya berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Kandis, Bachok kelantan.

Saya mendaftar sebagai pelajar PhD pada  3 Mac 2018 dalam bidang pendidikan di UUM Sintok, Kedah dan sekarang saya berada dalam semester 8 dan masih belum Proposal Defence. Ketika semester pertama saya teruja untuk membuat PhD tanpa saya sedari rupanya perjalanan tidak semudah yang saya sangkakan.

Pada semester pertama saya tidak menulis walau satu titik dan patah perkataan. Saya cuma tulis tajuk sahaja. Apabila saya berjumpa dengan penyelia, antara yang saya bincangkan adalah mengenai tajuk. Masuk semester kedua saya dah rasa macam stuck dan timbul  rasa macam nak berhenti tetapi saya sabar lagi.

Saya bertahan sampailah semester ke-7 saya telah berbincang dengan suami yang saya nak berhenti, sebenarnya saya dan suami sama-sama menyambung pengajian PhD. Daftar  pun sama tarikh. Jadi kami sama- sama buat keputusan nak berhenti dalam pengajian PhD sebab bagi saya dah tidak nampak jalan dan banyak duit habis untuk bayar yuran kebodohan.

Tetapi kuasa Allah ketika Covid-19 sedang melanda dunia dan negara kita telah mengumumkan lockdown pada 18 Mac 2020 ketika itulah turning point saya untuk sambung kembali journey PhD dan waktu itu kawan saya iaitu Prof Shuhaida Hanim mempelawa saya untuk join program Dr. Roket dan pada masa yang sama, saya juga  dapat email daripada tim Roket yang menjengah dalam box email saya tetapi saya buat tidak tahu sahaja.

Saya ada juga menonton Morning Doc tetapi tidak memberi tumpuan sangat sebab sambil masak sambil dengar Morning Doc dan bersikap acuh tidak acuh tetapi lama kelamaan ada kata-kata Doc yang membuat hati saya tersentuh antaranya setiap huruf dan perkatan dalam tesis adalah jambatan ke syurga dan PhD ni bukan untuk orang yang genius tapi untuk orang- orang yang rajin,  ketika itulah saya rasa, saya patut buat sesuatu sekiranya nak berjaya. Tanpa membuang masa, saya memaklumkan kepada  tim yang saya nak sertai Platinum Dr. Roket.

Saya sertai Nak Ubah Tesis pada 11 April 2020. Tapi apabila saya sudah bersedia nak jadi platinum Dr. Roket timbul pula cabaran di mana  tugasan yang diberikan oleh Dr. Roket amat memberati saya dalam waktu yang sama SV minta result dan mendesak saya untuk Proposal Defence.

Bayangkan task pertama yang diberikan oleh Dr. Roket  adalah sebanyak 170 soalan. Belum lagi tugasan yang seterusnya. Saya amat tertekan dan saya tetapkan nak berhenti daripada Platinum Dr. Roket. Disebabkan itu, saya tidak menyempurnakan tugasan yang diberi dengan baik, tambahan pula selepas itu  saya tidak terpilih sebagai platinum Dr. Roket untuk platinum batch 4.2.

Betapa sedihnya saya ketika itu. Apabila saya fikir semula,  itu disebabkan saya tidak bersungguh- sungguh untuk selesaikan tugasan yang diberikan. Tim bawa saya masuk dalam kumpulan platinum 4.3.

Awalnya saya berdiam diri dan tidak ada sebarang respon apabila rakan- rakan bersembang. Tetapi lama kelamaan ada yang bertanya soalan pada saya disebabkan saya ada pengalaman sebelum ini, maka terpaksa saya balas soalan kawan- kawan yang lain. Lama kelamaan timbul rasa sayang kepada circle group 4.3 yang luar biasa.

Jadi, saya batalkan niat nak berhenti daripada Platinum, malah saya ingin balas dendam dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sepantas yang mungkin. Syukur Alhamdulillah saya diantara 10 daripada 30 orang yang terawal diumumkan oleh Dr. Roket sebagai platinum batch 4.3.

Sepanjang bergelar platinum Dr. Roket banyak hasil yang saya dapat. Saya pun tidak sangka yang saya mampu menulis daripada 0 sebelum berjumpa dengan Dr. Roket sehingga kini saya ada 5 draf bersamaan dengan 605 muka surat.

Draf yang pertama saya hasilkan 9 hari selepas RIC 1 yang saya hadir pada 19- 21 Jun 2020 Syukur alhamdulillah. Disamping itu, hubungan saya dengan maha pencipta semakin rapat apabila menyertai kelab 4.01 bersama platinum Dr. Roket yang luar biasa. Saya harap amalan ini berpanjangan sampai nyawa saya diambil robbul Jalil. Dr. Roket membuatkan mindset saya berubah kepada 360 darjah.

Kalau dulu saya fikir tesis itu payah dan susah. Sekarang saya selalu berzikir setiap pagi bahawa tesis itu mudah dan senang. Dr. Roket juga mengajarkan saya tentang dream. Beranilah bermimpi. Visualize kejayaan pada masa hadapan. Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambanya.

11 rutin insan berjaya yang di ajar oleh Dr. Roket memang sangat hebat. Antara yang sudah saya amalkan besarkan syukur, minum air putih, berus gigi dengan tangan kiri, baca yang positif, dan  brain power smoothies. Paling saya suka bila orang tegur sedikit kurus berbanding sebelumnya ini kerana saya mengamalkan air putih dalam 3 liter sehari dan kurangkan gula.

Its working for me. Terima kasih banyak- banyak  Doc atas 11 rutin yang diberikan semasa NUT. Paling saya suka adalah sesi Morning doc setiap pagi. Ia merupakan vitamin bagi saya dan saya percaya ia juga vitamin buat platinum yang lain.

Bagi saya Morning Doc adalah booster untuk melajukan tesis saya. Saya kagum dengan Dr. Roket kerana dapat membuat sesi Live morning Doc tanpa gagal. Dengan formula dan tips yang diberikan oleh Doc dalam NUT dan Rocket Intensif C  1, hubungan saya dengan SV semakin mantap.

Kalau dahulu saya liat nak hubungi SV, sekarang saya bahagia dapat hantar mesej dan dapat tunjuk hasil kepada SV. Bahkan chapter 1 yang dihantar kepada SV ditambah baik oleh SV dan dikembalikan kepada saya dengan format yang betul. Allahu Akbar 3x  baiknya SV saya.

Dalam RIC 2, Dr. Roket mengajar bagaimana untuk mengejar dream dengan tindakan membuatkan saya berani untuk bermimpi perkara yang lebih besar.Tag line ‘Bertahan bereskan bertahan’ dan besarkan kehidupan kecilkan tesis menjadi tips yang berguna untuk saya kekalkan momentum dan growkan tesis.

Dalam platinum Dr. Roket, saya sudah tidak berasa berada dalam zon kesunyian kerana sentiasa dibimbing oleh mentor yang ada hasil iaitu Dr. Roket sendiri dan berada dalam circle group yang positif. Senior platinum dan rakan2, batch 4.3 pun banyak bantu dalam perjalanan PhD saya.

Sebagai platinum Dr. Roket, saya amat bahagia dan bersyukur pada Allah, kerana perjalanan PhD saya sekarang ini dihiasi dengan warna pelangi yang indah, disirami dengan cahaya matahari yang bercahaya yang menerangi perjalanan PhD saya nan bahagia.

Semoga Allah SWT pelihara mentor yang luar biasa Dr. Roket, Dr. Mardiana,  tim 2M World dan sahabat-sahabat platinum sekalian. Seterusnya Allah mengurniakan Viva without correction untuk kita semua walaupun tidak bersua secara bersemuka, namun manisnya ukhuwah di alam maya lillahi taala.

Mohon doa daripada mentor dan sahabat- sahabat platinum sekalian, semoga Allah memakbulkan hajat saya untuk proposal defence pada akhir bulan oktober nanti. Allahumma Aamin. Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Dr. Roket Mentor Kami,

Jasamu Di kenang Budimu Dingati,

Sahabat Platinum Yang Baik Hati,

Semoga Syurga  Menanti Pasti.”

Berkat mempercayai ilmu yang betul dan konsisten mempraktikkan pengajaran yang beliau pelajari, tesis dan kehidupan beliau mula menunjukkan perubahan positif. Perkara yang paling utama adalah sentiasa memiliki impian dan cita-cita yang jelas, disamping mendapatkan bimbingan mereka yang berpengalaman bagi mencapainya.

Dr. Roket berupaya membantu anda berimpian dan menggapainya, klik disini: http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul di nombor: 019-4588003.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x