Hampir terlepas peluang bertemu dengan Dr. Roket meskipun telah membuat perancangan berbulan-bulan lamanya, namun Allah Ta’ala sebaik- baik perancangan. Hikmah Covid-19, beliau akhirnya dipertemukan bersama Dr. Roket secara didalam talian. Pertemuan yang penuh hikmah ini juga, menghampirkan cita-cita beliau bergelar Dr. bakal direalisasikan. Ini kisah inspirasi yang beliau kongsikan ikhlas daripada hati:
“Saya Siti Hufaidah Binti Konting, Platinum 4.3. Saya berlapang hati untuk berkongsi kisah inspirasi saya bergelar pelajar Master ( Full research) ini. Sebenarnya, bukan mudah untuk menyambung pengajian sekiranya tiada ‘Big Why’ dalam melakukannya.
Begitulah yang berlaku kepada saya. Sejak kecil saya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor perubatan. Alhamdulillah, walaupun ditakdirkan hanya menjadi seorang Audiologis, namun cita-cita saya untuk bergelar Dr. ( walaupun bukan pakar perubatan) suatu hari nanti tidak pernah padam.
Untuk mencapai hasrat tersebut, saya mestilah memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Master supaya kelayakan untuk PhD dapat dipenuhi. Apatah lagi bekerja di salah sebuah hospital pengajaran tersohor di Kuala Lumpur menjadikan saya lebih bersemangat untuk melanjutkan pengajian kerana skop kerja saya turut terlibat dengan pengajaran dan penyelidikan.
Bidang saya pula berkaitan dengan koklea implan dan kanak kanak bermasalah pendengaran yang dekat dengan jiwa saya.
Alhamdulillah, segala yang dirancang dipermudahkan dan saya diluluskan untuk cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Pada awal tahun 2016 saya mendapat khabar duka yang mana kelulusan cuti dan biasiswa terpaksa ditarik balik ekoran faktor kewangan. Saya terpaku.
Namun saya bersyukur sekurang kurangnya pernah merasai kegembiraan walaupun belum sempat menikmatinya .Setelah mendapat keizinan dari suami, saya meneruskan permohonan untuk menyambung pengajian secara separuh masa dengan biayaan sendiri.
Walaupun nampak sukar namun saya bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan oleh Allah Ta’ala. Syukur saya dikurniakan Ketua Jabatan, rakan sekerja dan staff dan yang paling utama suami yang sangat memahami dan menyokong perjalanan saya. Paling penting juga, saya dikurniakan supervisor yang sangat membantu sehingga tidak terasa kepayahanan berulang alik ke Kuantan dari KL bersama keluarga menghadiri kelas dan sebagainya.
Dari segi luaran segala nampak seperti tiada masalah besar. Rupa-rupanya saya terlupa bahawa saya belum memulakan penulisan tesis secara serius. Saya hanya sibuk menghadiri kelas kelas tambahan (berbayar) dengan harapan tesis saya bergerak.
Pada waktu itu juga saya hanya menulis apabila ada mood dan fokus kepada tugas hakiki sebagai Ketua Unit di tempat saya bertugas. Ilmu tesis management saya ke laut. Bukan sekali nama Dr. Roket terpapar di skrin komputer namun saya lambat bertindak.
Sehinggalah satu hari Allah temukan saya dengan rakan lama saya, Puan Azratul Hizayu dan beliau menawarkan saya tiket percuma ke seminar Gempur Disember 2019. Perancangan berbulan-bulan untuk menghadiri seminar tersebut terpaksa saya lupakan kerana saya terpaksa ditahan di Wad Bersalin pada tarikh tersebut.
Hari berganti hari. Walaupun tidak sempat mengikuti program Dr. Roket, tetapi saya selalu berdoa ditemukan jalan yang boleh membawa saya menyiapkan tesis saya segera.
Sekali lagi Puan Ayu memberitahu adanya kursus Online Gempur pada 22 Mac 2020. Dari sisi positif, pandemik Covid 19 rupanya membawa rahmah besar untuk saya. Tanpa membuang masa, saya terus mendaftar dan mengikuti program Dr. Roket dengan penuh kesyukuran. Banyak yang saya belajar namun tindakan tidak konsisten.
Sekali saya berfikir kenapa tidak saya buat yang terbaik kali ini? Mahukah saya sekali lagi kelemasan tanpa bantuan circle positif dan mentor? Tidak sayangkah saya pada semua yang telah berkorban untuk saya? Saya perlu berubah dan bertindak. Syukur saya diterima menjadi Platinum pada tanggal 15.5.2020 setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan Dr Roket. Alhamdulillah sehingga kini, 12 draf telah saya hasilkan dan Insyaallah akan terus berevolusi.
Untuk rakan rakan yang terfikir untuk menyambung pengajian, nasihat saya janganlah lambat bertindak. Mungkin ada di antara kita yang boleh berjaya tanpa perlu circle dan mentor namun untuk saya, saya amat memerlukannya.
Saya juga menyeru agar lebih banyak klinisyen menyambung pengajian kerana kita sebenarnya ada banyak data klinikal yang patut dikongsi dan disebarluaskan menerusi kajian berpanjangan. Apa kata kita raise our standard walaupun bukan untuk menjadi pensyarah di Universiti. Impian saya agar lebih ramai klinisyen yang berstatus Dr. termasuk saya akan berkhidmat di hospital.
Kini, belajar part-time bersama anak seramai 5 orang bukan lagi alasan untuk saya sudahkan pengajian dengan bahagia. Motto saya kini adalah buang alasan dan terus bertindak. Mohon doakan saya akan terus bertahan bereskan bertahan sehingga berjaya bergraduasi.
Terima kasih Dr. Roket dan tim serta rakan rakan platinum terutama batch 4.3 kerana terus menyokong dan mendorong satu sama lain. Saya doakan kita semua berjiran di syurga. Amin.”
Puan Hufaidah sentiasa optimis menggapai impiannya bergelar Dr. meskipun berdepan cabaran kerjaya dan keluarga. Namun begitu, sokongan daripada mereka jualah yang menguatkan tekad pengajiannya hingga kini dan beliau lebih yakin menulis tesis hasil bimbingan Dr. Roket. Nasihat beliau buat anda agar tidak terlambat bertindak, aplikasikan segera dengan klik disini : http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul pada nombor 019-4588003.