GOMBAK, 18 Oktober 2020: Bagi mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bengkel Mendeley Atlas.ti tetap berjalan lancar pada 17-18 Oktober secara virtual seminar didalam platform FB Live Group Platinum.
Bengkel ini pada awalnya dijadualkan bertempat di Hotel Tenera Bangi bersama jurulatih professional, Dr. Zack Zairul, terpaksa dipinda berikutan pandemik Covid-19. Hampir 100 orang pelajar Master PhD yang bergelar Platinum Dr. Roket, telah diberi peluang menyertai virtual seminar dua hari ini yang bermula jam 8am hingga 5pm.
Virtual seminar ini telah digerakkan secara ulang tayang, sepenuhnya oleh tim Dr. Roket iaitu Tuan Amierul Aqmal sebagai pengacara, dan tim Digital Marketing yang terdiri daripada Cik Norsyafiqah, Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun bertempat di HQ 2M World, Prima Sri Gombak.
Betujuan mencapai objektif kajian tesis melalui tools Atlas.ti, seminar ini dibahagikan kepada 2 sesi bagi bengkel Mendeley dan 2 sesi bagi bengkel Atlas.ti. Kata-kata aluan pengacara dan sesi mengubah Mind- Setting telah menjadi pembuka seminar, seterusnya diteruskan dengan Bengkel Mendeley dan Atlas.ti hingga jam 5pm pada hari pertama.
Pada hari kedua, peserta telah diberikan peluang untuk mengajukan soalan melalui Google Form kepada 17 orang Coach Platinum, bagi menjawab persoalan sepanjang bengkel berlangsung. Antara Coach Platinum yang mengambil bahagian iaitu IR Ahmad Khoushaini, Ustazah Sahlawati Abu Bakar dan Puan Fakhitah Ridzuan.
Virtual Seminar Mendeley Atlas.ti berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta bersama Coach Platinum secara langsung. Peserta diberikan peluang berbincang dan mendengarkan penerangan secara lebih terperinci dan praktikal bersam-sama para jurulatih didalam platform Zoom dan FB Group Platinum.
“Semoga Allah Ta’ala memudahkan segala urusan sahabat-sahabat dalam perjalanan ini dan menamatkannya dengan penuh kemanisan”, ujar Dr. Nur Ashikin Marzuki, salah seorang Coach Platinum yang turut membantu menjawab persoalan para peserta semasa seminar.
“T.kasih semua senior yang sangat pemurah ilmu. Sanggup ajar kami lagi dan lagi”, ucapan penghargaan Puan Nor Rose Nita, kepada semua tenaga pengajar.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Platinum senior yang bersatu menjadi content writers dan juru cakap. Semoga Allah Ta’ala ganjarkan dengan sebaik-baik kebaikan dan beroleh PhD Viva without correction”, ucapan istimewa Tuan Fauzi Said, Platinum Dr. Roket dari United Kingdom.
“Dahulu belajar Mendeley, saya pergi kursus berkali- kali, kali ke- 4 dan 5 baru saya faham dan boleh buat. Atlas.ti ni pun sama, kita perlu banyak kali tonton dan buat, baru kitab oleh faham secara beransur-ansur”, kata-kata Puan Ruzita Ramli, memberi semangat kepada semua peserta.
Para peserta turut diberi latihan Crystall Ball bagi melakar impian masing-masing semasa dan seusai pengajian kelak.
“Saya akan menjadi pakar didalam penggunaan Mendeley Attlas.ti . Pada 20 Jun saya akan mengajar bakal-bakal PhD holders secara hands on sebagai memberi sumbangan semula kepada pelajar Dr. Roket”, Puan Rozita Kamil, berkongsi impian beliau semasa hari pertama seminar.
Untuk makluman para peserta, sesi istimewa Bengkel Mendeley dan Atlas.ti akan diadakan semula selepas virtual seminar berakhir, khas dibawah seliaan 17 Coach Platinum. Ini bagi memberi peluang para peserta mendapat bimbingan secara langsung dan personal bagi lebih kefahaman mengenai silibus Atlas.ti dan Mendeley. Hubungi tim 2M World bagi maklumat lanjut di nombor: 019-4588003.