fbpx Skip to main content
search
0

Corak pemikiran seseorang begitu mempengaruhi hala tuju kejayaannya dan keseimbangan didalam kehidupan dan pengajian. Begitu juga denga seorang bakal Platinum Dr. Roket, Puan Noraihan binti Isa yang begitu mementingkan mindset yang betul, terutama selepas menyertai Mudahnya Siapkan Tesis (MST) baru-baru ini. Ikuti perkongsian beliau mengenai formula M.A.S.A yang beliau praktikkan untuk mengubah corak pemikiran yang lebih positif:

“Saya Noraihan binti Isa, Potential Platinum Batch 5.2. Memulakan pengajian PhD pada 26 Febuari 2019 dalam bidang Entrepreneurship and Engineering Education di UTM Kuala Lumpur, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (Jabatan Kejuruteraan dan Teknologi). Kini saya telah memasuki semester ke 4 pengajian.

Alhamdulillah, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman satu sesi perkongsian secara online MST “Mudahnya Siap Tesis: Urus masa Kerja dan Menulis Tesis bagi pelajar PhD” yang saya ikuti pada Rabu, 30 September 2020 bermula jam 9.00 malam. Sesi yang sangat santai yang membuatkan saya tak berganjak sehingga tidak sedar jam sudah melebihi angka 11 malam, masih bertenaga dan segar bugar.

Terasa sayang untuk tinggalkan sesi walau seminit malah sesaat kerana setiap bait-bait kata yang keluar dari Dr. Roket dan perkongsian Platinum, sangat impactful. Memang inilah platform yang sangat bersesuaian untuk saya yang bertugas sebagai tenaga pengajar di politeknik dan dalam masa yang sama saya juga belajar. Sangat hectic. Saya perlu mencari jalan untuk keluar dari belenggu pengurusan masa, kehidupan, kerjaya dan belajar.

Saya sangat bersyukur Allah dorongkan hati dan diberikan kesempatan waktu untuk mendengar dengan khusyuk, mencatat segala tips, nasihat, dorongan yang diberikan oleh Dr. Roket. Bukan mudah, dengan pelbagai cabaran juga ketika berada di rumah dengan suasana anak-anak yang inginkan perhatian menyiapkan kerja sekolah, menyiapkan kelengkapan sekolah dan sebagainya, namun semua itu saya susun giliran semakan kerja sekolah mereka lebih awal agar tidak mengganggu sesi ibunya untuk menuntut ilmu.

Ilmu Formula M.A.S.A, begitulah yang diajar pada sesi kali ini untuk disemat dan diamal.  M (Mindset), A (Attitude), S (System), A (Allah). Begitulah ringkasannya.

Kunci kepada sukses apa sahaja yang kita lakukan ada MINDSET. Saya bersedia dengan mindset yang betul untuk melajukan tesis saya. Orang yang berjaya mempunyai mindset yang betul. Kita perlu urus hidup kita dengan Tindakan-tindakan betul yang dipandu dengan mindset yang betul. Kita sebagai pelajar, perlu sediakan mindset  yang betul sebelum berguru. Orang GBBT (Grade Before Time) adalah orang yang mempuyai mindset GBT. Orang yang GOT (Grade On Time) adalah orang yang mempunyai mindset GOT. Mindset “How do you anything is how you do everything”.

Attitude ‘Knowing VS Doing’, ‘Excitement’. Tips yang paling saya ingat. Sebagai pelajar, kita perlu ada attitude sentiasa rasa excited atau tak sabar untuk bangun pagi dan menulis esok hari (analoginya begini, macam kita masa sekolah, nak pergi rombongan, malam tu kita rasa tidak sabar nak tunggu esoknya sebab dah nak naik bas ikut rombongan tu). Begitu saya cuba amalkan untuk permulaan ni. Sungguh, usai kita bangun pagi selesaikan urusan dengan Allah, dan pergi kerja, perasaan rasa tak sabar ada masa-masa untuk slot-in untuk menulis. Walaupun sikit, tapi tetap bersyukur.

Sistem dalam formula MASA ini merujuk kepada proses yang betul. Mendapat mentor yang betul mampu menghasilkan pelbagai result. Berpuluh draft, berpuluh artikel dan berpuluh penulisan kreatif. Rasa teruja dan lebih bersemangat dengan pelbagai perkongsian sahabat-sahabat perjuangan yang berjaya menghasilkan draf-draf mereka melalui Tindakan mereka.

Dah tiba masa untuk bercakap pada diri “Cukup-cukup lah Marathon kumpul sijil tapi result tetap takde”. Saya akan follow proses insan-insan berjaya GOT dan GBT. Terus mendapatkan momentum. Momentum datang daripada proses yang betul, dari circle yang betul, dan dari mentor yang betul.

Sentiasa ingat ALLAH. “Beryukur – The Power of Gratitute”. Saya belajar dan cuba amalkan banyakkan sujud syukur, berkali-kali dalam satu hari selepas selesai tindakan-tindakan kecil. Percaya dengan yakin satu perkataan yang kita tulis datang daripada Allah S.W.T apatah ribuan perkataan.

Besarkan SYUKUR, kita dapat tulis sikit atau banyak, tetap beryukur. Mula mensyukuri dengan perkara kecil, ALLAH akan beri lebih dan lebih. Saya mahu belajar untuk menjadi Platinum yang mampu menulis 5000 perkataan satu hari.

Untuk jadi bahagia, kena ingat ini – “Bila senang cari Allah, Bila Susah lagi kena Cari Allah”.

Bersyukur ada insan hebat seperti Dr. Roket, Dr. Mardiana dan tim yang sanggup meluangkan masa dan sebarkan ilmu tanpa mengenal penat untuk bantu kami bangsa postgrade. Semoga Allah limpahkan rahmat buat keluarga besar Dr. Roket. Akhir kata, saya mohon doa dari rakan-rakan agar saya diterima sebagai Platinum, kerana bermatlamat untuk mengimbangi kehidupan, pelajaran, dunia akhirat.”

Puan Noraihan binti Isa begitu bersyukur dipertemukan bersama mentor yang memahami liku-liku sebenar seorang bangsa Posgrad sepertinya. Harapannya bergelar Platinum, membuatkan beliau membuat langkah yang bijak dengan menyertai MST.

Perkongsian dan tips yang Dr. Roket usulkan sememangnya berkesan, hanya kepada mereka yang percaya kepada proses. Mahu merasai keberkesananya? Klik disini http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul di nombor: 019-4588003.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x