Puan Khasturi Ramalingam, seorang pendidik anak bangsa dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Berpengalaman selama hampir 16 tahun mencurahkan ilmu dan jasa mendidik anak bangsa didalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Tamil, beliau sentiasa memastikan anak didiknya berjaya didalam peperiksaan besar yang mereka duduki.
Bagi memastikan keputusan anak murid sentiasa cemerlang dan menyukai subjek yang mereka ambil, Puan Khasturi sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang kreatif dan menarik perhatian. Bagi beliau, tanggungjawab mendidik adalah satu kepuasan buat dirinya dan tidak pernah terfikir untuk menukar bidang.
Ketika beliau menyambung pengajian Master, beliau begitu bersemangat untuk menamatkannya. Namun sayangnya semangat itu luntur ketika beliau mahu menyambung PhD. Sehinggalah lebih kurang 10 tahun, baharulah semangat menyambung PhD beliau kembali.
Beliau terus mendaftar pengajian PhD pada tahun 2018 dan berminat untuk membuat kajian tentang sebuah projek yang sedang beliau kendalikan. Akibat mendaftar PhD tanpa apa-apa persediaan, beliau beberapa kali terpaksa menukar tajuk kajian.
Beliau yang begitu passion dalam bidang pengajaran di sekolah dan ingin mencapai KPI tertentu, beliau hampir-hampir terlupa bahawa dirinya itu adalah seorang pelajar PhD. Tambahan pula beliau begitu sibuk dengan sebuah projek, beliau tidak tahu bagaimana hendak mulakan penulisan tesis.
Sehinggalah beliau terjumpa iklan Dr. Roket didalam FB, beliau mengambil keputusan untuk menyertainya. Beliau mula menonton Live Morning Doc. Kemudian beliau menyertai seminar Nak Ubah Tesis bagi mengatasi kekeliruan beliau mengenai Dr. Roket.
Dengan mengikuti seminar NUT dan memberikan 100% tumpuan, beliau merasakan semangat baharu dan banyak perkara yang beliau pelajari. Beliau begitu kagum menyertai NUT ketika itu dan seperti berubah menjadi individu baharu yang lebih baik daripada sebelum ini.
Banyak lagi perubahan positif yang beliau dapati setelah mengikuti formula Dr. Roket secara rutin.
Ingin mengetahui tindakan-tindakan betul dan perkara yang beliau pelajar bersama Dr. Roket? Klik disini untuk mendengarkan perkongsian istimewa Puan Khasturi Ramalingam bersama Dr. Mardiana Mat Ishak >> https://www.facebook.com/100043948158360/videos/428725274877106