Puan Wan Nur Hidayah Ibrahim, merupakan seorang pelajar PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau kini sedang berada didalam semester ketujuh bidang pengajian Sains Kommputer. Beliau telah mendaftar PhD semenjak tahun 2017 sehingga kini.
Puan Nur Hidayah juga adalah seorang pensyarah di sebuah politeknik Tambahan pula beliau merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Cabaran yang beliau alami antaranya untuk membahagikan masa bersama keluarga, anak-anak, kajian dan penulisan tesis benar-benar menguji kemampuan beliau.
Beliau yang perlu meluangkan masa berjam-jam lamanya untuk kajian, akui perlu membahagikan masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang masih kecil dan juga pengurusan rumah. Dalam keadaan begitu, beliau akui ini menjadi suatu cabaran untuk menguruskan dengan baik.
Dalam situasi sebegini, beliau masih cuba memastikan perjalanan PhD-nya masih bergerak dengan baik, meskipun kadang kala penulisan tesisnya kurang berkembang. Namun demikian, beliau berasa sedikit ralat kerana kurang perhatian terhadap anak-anak disebabkan perlu memberikan fokus dalam kajian.
Titik sejarah beliau bermula semasa tempoh PKP Covid-19 bermula, beliau bertemu dengan Dr. Roket secara dalam talian. Ini kerana, bagi beliau dalam keadaan masih belum mahir bab pengurusan tesis dan keluarga dengan baik, ditambah perlu membuat kajian di rumah, benar-benar merupakan suatu cabaran besar buat dirinya.
Beliau sangat bersyukur kerana dalam tempoh ini, beliau berjumpa penyelamat situasi gentir beliau ini. Puan Hidayah terus menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) dengan harapan dapat membantu pengurusan tesis dan keluarga beliau dalam tempoh PKP pertama kali itu.
Bagi beliau, sekiranya beliau tidak menyertai program ketika itu, mungkin mengakibatkan tesisnya terabai. Selepas itu, beliau mula merasakan kelainan dan perubahan positif dalam diri beliau. Beliau mula menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini.
Ingin mengetahui perkembangan positif beliau kini selepas berjumpa Dr. Roket? Klik link ini untuk menyaksikan sesi temu bual istimewa bersama Puan Wan Nur Hidayah Ibrahim >>> https://www.facebook.com/100043948158360/videos/697767897597034