Puan Shamala Thevi yang merupakan penjawat awam, setelah sekian lama bertugas di sektor awam beliau ditawarkan melanjut pelajaran PhD dalam bidang Sains Politik. Beliau mendaftar PhD pada bulan Disember 2019 dengan semangat yang tinggi untuk meningkatkan pengajian dengan sempurna.
Ramai rakan-rakannya yang seakan-akan berada didalam zon selesa yang turut membuatkan beliau terjebak dengan menangguhkan masa. Sejak itu beliau perasan perkembangan tesisnya seakan-akan terbantut. Beliau mula berasa gelisah dengan keadaan pengajian PhD beliau ketika itu.
Bertambah berat cabaran buat diri beliau tatkala diuji dengan sedikit masalah kesihatan yang membuatkan beliau berasa kurang keyakinan diri dan sedih. Cabaran ini benar- benar menguji kecekalan diri beliau, sehingga beliau pernah meluahkan hasrat untuk berhenti belajar dan sambung bekerja.
Mujur penyelia beliau sangat memahami keadaan beliau ketika itu dan memberikan tempoh masa buat beliau. Suami beliau juga sentiasa memberikan sokongan moral kepada beliau dan pernah memperkenalkan Dr. Roket kepada Puan Shamala Thevi. Beliau kurang mengetahuinya ketika itu.
Sehinggalah beliau ternampak iklan mengenai Dr. Roket dengan lebih lanjut secara alam maya. Beliau cuba menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) namun tidak berhasil. Akibatnya, tesis beliau terus tertangguh hingga beberapa bulan lamanya. Beliau tidak berputus asa dan berhasil menyertai seminar NUT tidak lama selepas itu.
Hasil menyertai seminar bersama Dr. Roket, perasaan cinta beliau terhadap tesis semakin menebal dan mula mengambil tanggungjawab terhadap tesisnya. Malah, pengurusan masa beliau juga semakin baik dan teratur diantara keluarga, kerjaya dan tesis, sehingga tesis menjadi antara keutamaan beliau kini.
Ingin tahu lebih banyak perkembangan tesis dan kehidupan beliau bersama Dr. Roket kini? Klik disini dan dengarkan temu bual istimewa bersama Puan Shamala Thevi>> https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/1096643174181928