Biarpun telah masuk tahun ke- 5 berada didalam pengajian Master PhD, Puan Siti Hajar Arbain tidak pernah mengalah. Sentiasa yakin dengan tindakan yang betul, Puan Hajar berimpian mahu terus konsisten bersama Dr. Roket agar tidak kehilangan momentumnya melalui Tindakan-tindakan Betul (TTB). Beliau sempat berkongsi impak tinggi seminar Mudahnya Siapkan Tesis (MST) terhadap diri beliau baru- baru ini:
“Alhamdulillah syukur Allah izinkan saya untuk menyertai seminar Mudahnya Siap Tesis (MST). Syukur Allah permudahkan saya untuk terus bersemangat mendengar perkongsian dari Dr. Roket ketika MST walaupun hingga jam 12 malam. MST adalah Vitamin utama yang kedua saya, selepas Morning Doc.
Vitamin-vitamin ini amat penting bagi perjalanan PhD saya yang sudah masuk ke tahun kelima dan wajib untuk saya habiskan kurang dari 6 bulan dari sekarang. Selepas saya sertai seminar NUT 30-31 Ogos 2020, semangat saya berkobar-kobar untuk melakukan banyak tindakan-tindakan untuk menggerakkan tesis saya. Namun seperti yang Dr. Roket selalu pesan, momentum ini akan mula berkurangan apabila masuk ke minggu kedua. Amat benar sekali.
Namun saya bersyukur kerana telah melakukan tindakan awal mendaftar sebagai Platinum, dan memiliki circle yang sangat-sangat positif (circle potential Platinum 5.2) walaupun belum diterima menjadi Platinum Dr. Roket.
Yang kedua, saya bersyukur kerana adanya Morning Doc yang berterusan setiap pagi untuk refresh back niat saya setiap pagi. Ketiga, saya juga bertambah bersyukur kerana adanya seminar percuma yang dibuat khas webminar sesi zoom oleh Dr. Roket terbuka untuk sesiapa sahaja, tidak semestinya Platinum, iaitu seminar Mudahnya Siap Tesis (MST).
Pada saya MST adalah sangat-sangat berimpak kerana kita akan dapat ilmu secara langsung dari Dr. Roket melalui sesi zoom, kita akan face to face dengan Dr. Roket. Ketika sesi zoom dan ilmu yang dikongsi oleh Dr. Roket juga bukanlah ilmu yang biasa-biasa.
Sebab itu jangan hide video ketika sesi MST supaya momentum guru dan murid itu ada. Bukan kita sahaja perlu tengok wajah guru, guru jugak perlu tengok wajah muridnya ketika sesi perkongsian ilmu sedang dilakukan.
MST dibuat setiap minggu pada malam rabu. Masa tersebut adalah waktu yang cantik, bukan waktu hujung minggu yang kebiasaannya kita perlu pulang ke kampung bersama keluarga.
Saya akan pastikan saya akan mengajak rakan-rakan seangkatan saya tidak kira dalam Platinum atau tidak, untuk turut serta bersama sesi MST dengan Dr. Roket ini kerana pada saya sendiri setiap kali habis mendengar MST, pasti keesokkan harinya saya lebih bersemangat untuk lakukan tindakan dengan tips yang dikongsikan oleh Dr. Roket. Tips yang dikongsikan oleh Dr. Roket pada saya adalah tindakan-tindakan kecil yang sebenarnya itulah yang akan memberi impak kepada gerakknya tesis kita.
Walaupun ramai yang menyangka Dr. Roket hanya berkongsi tips itu ini berkaitan mindset, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa itulah kesilapan kita yang menyebabkan tesis kita sudah tersangkut terlalu lama.
Contohnya, tips M.A.S.A, telah dikongsi oleh Dr. Roket dalam sesi MST 30/9/2020, very simple tips, very common tips, tetapi percayalah common things but not common practice. Berapa ramai dikalangan bangsa posgrad MA/PhD yang betul-betul pegang tips M.A.S.A ini sebelum memikirkan bagaimana aku perlu kumpul sijil nak belajar tools siapkan PhD. Tools tidak salah, yang salah ialah mindset kita.
Tips M (mindset); A (attitude); S (system) ; A (Allah) adalah empat kunci yang perlu kita pegang untuk pastikan momentum kita dalam perjalanan Master PhD ini dipermudahkan. Bagaimana kita nak tahu proses dan tips Dr. Roket ini berkesan?
Kerana itu, ketika sesi MST juga akan dikongsikan keputusann Platinum Dr. Roket yang sudah berjaya keluar dari kemelut cabaran MA PhD dan kini semuanya sudah hampir sampai ke garisan penamat MA dan PhD.
Result-result platinum ini membuktikan bahawa cabaran MA PhD ini boleh diatasi bukan hanya dengan kelas Research Method semata-mata tetapi banyak lagi tindakan-tindakan kecil yang lain yang perlu kita sertakan untuk pastikan tesis kita bergerak dengan kosisten.
Tindakan-tindakan kecil ini perlu dibina secara kosisten dengan proses dan mentor yang betul. Kerana itu sekalipun saya belum menjadi Platinum yang direct coach oleh Dr. Dr. Roket, saya perlu pastikan saya komited dengan dua vitamin saya ini iaitu MST dan Morning Doc. Banyak tips yang diterima untuk pastikan saya perlu terus bersemangat dan komited menghabiskan PhD saya kurang dari 6 bulan.
Semoga insan-insan yang sedang down/luntur semangat nya dengan perjalanan MA Phd boleh mulakan dengan dua sesi ini iaitu MST dan Morning Doc Dr. Roket. Saya berani jamin, anda akan terkesima dan tersentap setelah melihat result-result platinum Dr. Roket yang sudah berjaya setelah mengamalkan apa yang Dr. Rroket ajar dalam proses beliau. Anda hanya perlu belajar, tim Dr. Roket akan bantu urus!”
Begitu menghargai peluang bergurukan mentor Pengurusan Master PhD Dr. Roket, Puan Siti Hajar Arbain tidak menyia-nyiakan tips Dr. Roket meskipun hanya tindakan kecil. Tiada istilah terlambat sekiranya anda yakin anda boleh menamatkan perkara yang anda telah mulakan dengan jayanya. Dr. Roket bersedia membantu anda dengan lebih banyak tips dan motivasi pengajian disini : http://t.me/drroket atau hubungi Tuan Amierul di: 019-4588003.