fbpx Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 17 November 2022 iaitu cik puan Ts. Norhanisha Yusof.

Jutaan tahniah diucapkan kepada cik puan Ts. Norhanisha Yusof yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Cik puan Ts. Norhanisha Yusof.

BIDANG:

Information Technology.

UNIVERSITI:

Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

TAJUK KAJIAN:

A User Experience Evaluation Overtime Model for E-procurement System.

NAMA PENYELIA:

1.Associate Prof. Ts. Dr. Nor Laily Hashim.

2.Prof. Ts. Dr. Azham Hussain.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Pengalaman Pengguna (User Experience) adalah persepsi dan tindak balas seseorang hasil daripada penggunaan dan jangkaan penggunaan sesuatu produk, sistem atau perkhidmatan. Kajian ini mengkaji pengalaman pengguna yang menggunakan sistem e-perolehan untuk satu jangka masa tertentu.

Walaupun terdapat banyak faedah daripada penggunaan sistem e-perolehan, penggunaan terhadapnya masih lemah kerana kerumitan modulnya, ianya kurang mesra pengguna dan sesetengah pengguna mengalami pengalaman lepas yang negatif semasa menggunakannya.

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan satu Model Penilaian Pengalaman Pengguna dari masa ke masa (overtime) yang baru untuk sistem e-perolehan agar pengalaman positif pengguna yang menggunakan sistem tersebut dapat ditingkatkan.

Hasil kajian ini adalah Model Penilaian Pengalaman Pengguna dari masa ke masa (overtime) yang baru untuk sistem e-perolehan dan juga pembangunan peta perjalanan pengguna (User Journey Map) yang dapat mengenalpasti emosi pengguna, titik kesakitan, dan peluang untuk penambahbaikan bagi sistem e-perolehan dari masa ke masa (overtime).

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

  1. Kajian akan datang boleh menyentuh berkaitan penilaian pengalaman pengguna dari masa ke masa (overtime) dengan mencipta persona pengguna (user persona) untuk memahami tingkah laku dan menjangka jenis-jenis pengguna sistem e-perolehan.
  2. Kajian akan datang juga boleh menguji dapatan kajian dengan menggunakan Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM) melalui kutipan data dengan saiz sampel yang lebih besar.

Terima kasih kepada cik puan Ts. Norhanisha atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x