Skip to main content
search
0

Alhamdulillah, seorang lagi ahli Platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ pada 09 November 2022 iaitu Dr. Siti Hasanah binti Osman. Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Siti Hasanah binti Osman kerana telah berjaya melangkah sehingga ke tahap ini. 

Nak kenal beliau dengan lebih lanjut? Jom ikuti perkongsian beliau dalam ‘journey’ PhDnya.

Dedikasi khas buat Dr Roket, Dr. Mar, team serta sahabat platinum yang dikasihi sekalian. Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang apa itu Dr Roket kerana dahulu Facebook yang junior saya create hanya untuk hantar tugasan, update kelas dan kepentingan belajar.

Dari kecil memang saya dijaga environment hanya tahu dengar IKIM.FM dan siaran TV cerita doraemon 7.30 hari ahad NTV7 dan malam jumaat Forum Perdana TV1. Allah sangat baik menjaga environment saya. Makanan fast food sangat jarang.

‘JOURNEY’ SEPANJANG MASTER

Hinggalah saya dapat tawaran sambung belajar ke Universiti Gadja Mada, Indonesia sekalipun belum konvo, kami perlu mendaftar dan memulakan pengajian dan bermulalah kisah perjalanan Master di Indonesia dan dalam masa belum konvo saya dipinang oleh keluarga bekas tunang, tanpa berfikir saya hanya ikut keputusan keluarga kahwin semasa belajar.

Allah sangat baik menghadirkan saya seorang suami yang soleh & bertanggungjawab. Hari konvo adalah hari persandingan yang mana semua persiapan disediakan oleh keluarga.

Alhamdulillah setelah banyak cabaran yang dilalui semasa Master, saya dapat siapkan Master dengan GOT. Pengalaman yang sangat indah bawa sampel ulang alik Malaysia-Indonesia (emas) kerana kajian pada masa berkaitan dengan emas. Namun dapat dikaburi dengan jumlah susu yang dipam untuk anak tersayang di Malaysia. Sejurus lepas usai pantang 44 hari saya terus mendaftar semester bagi menyiapkan kajian.

VIVA MASTER

Umpama pembentangan biasa. Alhamdulillah keputusan yang baik GOT lepas selesai VIVA saya balik rumah dan rehat. Tiada sambutan kerana keluarga jauh dan tiada perasaan lain kecuali alhamdulillah boleh balik Malaysia dengan “Back of Good” berbanding teman-teman dari negara lain yang disambut bagai pesta kerayaan selepas VIVA. Hal ini tidak mematahkan semangat saya untuk berhenti belajar.

PROSES SEPANJANG BERSAMA DR ROKET

Sehinggalah pada Oktober 2018, saya menyatakan hasrat untuk sambung PhD ketika itu pada suami dan dia mengizinkan. Niat saya hanya nak GOT PhD nak kerja ada asset sendiri. Namun banyak mata yang sedih melihat perjuangan saya sehinggalah satu hari labmate saya, Maryam Taufik Musa memperkenalkan kepada saya untuk menyertai NUT 2021/2022 yang mana beliau memberitahu Dr Roket ada strategi untuk saya capai GOT dan apa yang saya perlu buat selepas PhD.

Alhamdulillah jalan PhD yang sangat indah dan saya kehilangan insan tersayang setiap tahun pengajian Arwah embah tahun pertama, arwah ayah tahun ke-2 dan arwah tokwan tahun ke-3 saya sudah tidak sanggup kehilangan lagi selama perjalanan ini. Maka dengan keazaman dan keyakinan dalam proses, Allah sangat baik. Allah menghadiahkan kami dengan…

Hadiah kemenangan bersama saya dan labmate. Saya teruskan perjalanan dalam Dr Roket dangan aktifkan diri dalam setiap perkara yang dilakukan penghantaran TDR, Declare Draf dan wish setiap pagi pada SV dan sahabat umpama suatu perkara pelik namun saya terus buat tanpa fikir apa imbalan balik yang saya akan dapat.

VIVALICIOUS 5.0

Program signifikan yang saya rasa mustahil. Allah sangat baik sebelum join Vivalicious.

Saya memperoleh tempat pertama dalam seminar siswazah yang mana sebelum ini di tempat ketiga malah labmate Prof Maryam juga mendapat anugerah yang sama.

Allah sangat baik, ketika ini juga saya menunggu tarikh VIVA yang mana NOS telah dihantar dan diluluskan pada 18/4/2022.

Selepas usai majlis penganugerahan ini, pegawai yang menguruskan pelajar PhD di fakuliti memberitahu ‘Tahniah 9/11/2022, its your date for VIVA’. Allah, saya bersyukur dan sujud syukur akhirnya bayangan tarikh VIVA dalam ilmu NUT menjadi.

Tarikh keramat hari lahir arwah ayah saya berVIVA. Hanya insan terdekat yang mengetahui berita ini, berita yang sangat bermakna untuk saya. Namum hati perlu disediakan untuk Program VIVALICIOUS 5.0.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, namun saya rasa kekurangan dalam dapat berita tetapi saya sangat teruja melihat sahabat-sahabat Platinum sangat complete each other walaupun berlainan bidang yang mana semasa Master dahulu saya dalam kesunyian hanya beberapa sahaja insan yang saya curhat berkaitan dengan perjalanan Master. Namun pada VIVALICIOUS yang dimulai dengan NUT 2021/2022 saya umpama masuk dalam sebuah kumpulan yang bersinar dengan cahaya untuk saya ke hadapan. 

Moments yang sangat beharga usai solat dhuha selepas sarapan saya menuju ke dewan VIVALICOIUS saya ternampak susuk tubuh ‘owh itu guruku’, dengan memberanikan diri, saya kongsi berita “Doc, insyaAllah 9/11/2022 saya viva, tarikh itu tarikh lahir arwah saya.. doakan saya Doc”.

“All the best”, jawapan dari seorang guru dan ‘terima kasih’ ucapan dari saya, ‘sama-sama’ daripadanya. Dan perbualan berakhir. Selepas dari itu, saya merasa dapat meluahkan perkataan kepada seorang ayah yang amat dirindui. Ketika dahulu selalu saya ucapkan doa untuk ayah namun selepas ayah pergi saya seperti kehilangan seseorang yang amat berharga.

Sejujurnya, join circle ini Allah bagi macam2 yang saya x pernah imagine untuk dapatkan.

Akhir sekali.. terima kasih Doc esok adalah harinya, 9/11/2022.

PENCAPAIAN & KEJAYAAN

Alhamdulillah, sepanjang proses bersama Dr Roket, saya berjaya menerbitkan penulisan High Index dan baru-baru ini hasil kajian semasa ijazah diterima untuk diterbitkan. Tidak pernah terbayang untuk mendapatkan Anugerah Pembentang Terbaik namun Allah beri pada saya dan berdasarkan kenaikan draft yang dilakukan sekarang saya dapat menghasilkan 4 penulisan popular 2 Bahasa Melayu dan 2 Bahasa Inggeris yang mana kesemua sedang dirujuk pada reviewer untuk diterbitkan, insyaAllah.

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih dan bersyukur kepada Allah. Semua yang berlaku atas keizinanNya.

Khas buat Dr Roket, terima kasih kerana menyediakan platform ini menjadikan saya seorang yang lebih Hasanah dan bersyukur dalam perjalanan PhD ini dan menghargai diri serta orang sekeliling dengan baik kerana kita berjumpa di Platform ini adalah untuk kita berkumpul di syurga yang hakiki kelak.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat Team Dr Roket yang sangat komited. Selain itu, saya dedikasikan ucapan terima kasih kepada ‘circle’ Platinum yang hebat kerana sokongan mereka pun tidak berbelah bahagi beserta doa-doa yang mengiringi saya setiap hari amatlah saya hargai.”

Adakah anda terinspirasi dengan kisah perjalanan PhD Dr. Siti Hasanah di atas? Sekiranya anda inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda, daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Klik di bawah untuk daftar:

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x