Skip to main content
search
0
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 17 November 2022 iaitu cik puan Roziah Ramli.
Jutaan tahniah diucapkan kepada cik puan Roziah Ramli yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:

Cik puan Roziah binti Ramli.

BIDANG:

Ijazah Kedoktoran Pendidikan (PdP Bahasa Melayu).

UNIVERSITI:

Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

TAJUK KAJIAN:

Penerapan Kemahiran ATL Dalam Pengajaran Komsas di Sekolah Middle Years Programme International Baccalaureate KPM.

NAMA PENYELIA:

1.PM. Dr. Mohd Isha Awang.

2.Prof. Dr. Nurahimah Mohd Yusoff.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan di seluruh dunia turut memberi impak kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat perubahan yang dinamik agar kualiti pendidikan setanding dengan negara maju yang lain.

Sehubungan dengan itu, program MYPIB yang memberi fokus kepada penerapan kemahiran ATL diperkenalkan di Malaysia. Golongan utama yang perlu disiapsiagakan bagi menjayakan cabaran pendidikan alaf baharu ini ialah guru. Guru penggerak utama sistem pendidikan negara harus bersedia dari aspek pengetahuan serta proses pelaksanaannya. 

Oleh hal yang demikian, kerangka penerapan kemahiran ATL dalam pengajaran KOMSAS dibina bagi memberi panduan kepada guru-guru di Malaysia untuk menguasai proses PdP yang merangkumi perancangan, pelaksanaan dan refleksi bertaraf dunia.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

1. Persampelan kajian – Dicadangkan kajian lanjutan melibatkan peserta kajian yang terdiri daripada guru dan pelajar.
2. Reka bentuk kajian – Dicadangkan kajian berbentuk kuantitatif atau eksperimental bagi menguji kerangka kajian yang telah dihasilkan dalam kajian ini.
3. Tempat kajian – Dicadangkan kajian dilaksanakan di sekolah MYPIB swasta, sekolah berasrama penuh atau sekolah MRSM sebagai rujukan dan perbandingan.

Terima kasih kepada cik puan Roziah Ramli atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:
Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Leave a Reply