KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Azimah, PhD OUM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 29 April 2026 iaitu (Dr) Azimah Md Dahlan.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Azimah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
(Dr) Azimah binti Md Dahlan.
BIDANG:
Pendidikan.
UNIVERSITI:
Open University Malaysia (OUM).
NAMA PENYELIA:
1. Dr. Abdul Razak Othman (SV)
2. Dr. Kim Teng Siang (Co-SV)
TAJUK KAJIAN:
Pengaruh Faktor-Faktor Pengamal Niat Guru Terhadap Pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik Bukan Rutin Algebra Tingkatan Dua Dalam Talian.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Era dunia digital semakin berkembang mempengaruhi pendidikan termasuk pengajaran PMM bukan rutin Algebra yang mengalami perkembangan asas dalam tingkatan dua. Guru dicadangkan agar menggunakan kaedah pengajaran dalam talian bagi menangani kekangan sedia ada. Namun muncul cabaran lain yang meliputi faktor luaran dan dalaman guru. Cabaran dan penyelesaian faktor luaran mendapat perhatian pelbagai kajian lepas namun cabaran faktor dalaman guru sangat terhad. Hasil kajian ini menjawab mengapa guru melaksanakan atau tidak pengajaran PMM bukan rutin Algebra tingkatan dua dalam talian (pengajaran yang kompleks) bagi membina intervensi yang berkesan selain dapat meningkatkan kemahiran guru selari dengan dasar pendidikan digital.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
Penerokaan kepada faktor- faktor terbaharu diperlukan berkaitan pengajaran tersebut. Perkembangkan Model DTPB dengan pedagogi digital matematik yang kompleks. Integrasi kaedah kajian selain ini seperti quasi eksperimen untuk menghasilkan intervensi berkesan.
Terima kasih kepada (Dr) Azimah Md Dahlan atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













