Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr. Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 01 September 2022 iaitu cik puan Aidil Farina.
Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Dr PhD, cik puan Zarith Sufia Azlan. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan keputusan yang sangat beliau syukuri.
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian
NAMA:
Dr. Zarith Sufia binti Azlan
BIDANG:
Project Management
UNIVERSITI:
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
TAJUK KAJIAN:
Renewable Energy Project Success in Malaysia: The Influence of Stakeholder Engagement Indicators with the Moderating Effect of Renewable Energy Policy Implementation
NAMA SV/ CO-SV:
- Assoc Prof Dr. Puteri Fadzline Muhamad Tamyez
- Assoc Prof Dr. Muhammad Waris Ali Khan
- Dr. Nurhaizan Mohd Zainudin
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) telah berkembang dengan pantas dalam menyampaikan tenaga yang mampan dan bersih. Bagaimanapun, peralihan kepada TBB dan pembangunan projek TBB bukan tanpa cabaran termasuk di Malaysia.
Data perangkaan semasa melaporkan bahawa status projek TBB di Malaysia kekal berprestasi rendah. Kajian terdahulu memberi tumpuan kepada penglibatan pihak berkepentingan sebagai pemboleh ke arah menyampaikan kejayaan projek TBB.
Namun begitu, terdapat ketidakkonsistenan dalam amalan penglibatan pihak berkepentingan terhadap kejayaan projek TBB. Justeru, kajian ini mengintegrasikan penglibatan pihak berkepentingan dan pelaksanaan dasar TBB untuk mengenal pasti perkaitan antara pembolehubah dalam menyampaikan kejayaan projek TBB.
CADANGAN KEPADA PENYELIDIK SETERUSNYA:
- Penyelidikan masa depan boleh melanjutkan kajian ini dengan menggunakan reka bentuk eksperimen, membujur atau penyelidikan kualitatif.
- Penyelidikan masa depan mungkin memberi tumpuan kepada sumber TBB yang berbeza, terutamanya untuk projek solar TBB.
- Penyelidikan masa depan mungkin mengkaji pembolehubah lain. Sebagai contoh, pelaksanaan dasar TBB sebagai pembolehubah bebas dan mekanisme pengantara seperti kecekapan kepimpinan.
- Penyelidik akan datang boleh mengembangkan penyelidikan ini dalam kajian berbilang kumpulan dengan memasukkan lebih banyak negara atau kawasan, serta aspek lain seperti konteks undang-undang atau politik.
Terima kasih kepada Dr. Zarith Sufia binti Azlan atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Pengalaman beliau sebelum mengikuti proses Dr Roket, beliau mengambil masa sehingga 4 sem untuk menjalani Proposal Defense (PD).
Namun, setelah menjalani proses Dr Roket dan mengalami naik turun cabaran sehingga membuatkan beliau berundur sebentar, akhirnya beliau buat ‘comeback’ kerana terasa kehilangan yang amat sangat.
Ingin ketahui lebih lanjut bagaimana beliau berjaya survive sehingga selesai berjuang di bilik Viva? Jom baca artikel di bawah.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.