Sedikit latar belakang Tuan Tarmizi ialah orang jati Terengganu dan mempunyai PhD dalam industri pembinaan dan pembangunan. Beliau mempunyai PhD dan menyambungkan pengajiannya di Salford Universiti dalam aliran yang sama cuma lebih mendalam. Ini kerana beliau telah berkhidmat di dalam CIMB (Construction Industry Development Board of Malaysia) dan beliau telah pun disarankan untuk membaiki kajiannya supaya boleh memberi impak kepada negara.
Ketika beliau di perantauan, beliau mula mengenali lebih terperinci subjek yang diambil. Beliau berfikir dengan serius mengenai topik yang dipilih untuk tesis beliau ketika berada di United Kingdom itu. Pada tahun 2008 di sana telah pun berfikiran empat kali ke hadapan dengan sistem BIM (Building Information Model) iaitu satu sistem yang lebih sistematik dan berinformasi mengenai binaan-binaan yang direka sebelum ia dimulakan secara kekal. Segalanya merupakan sistem digital dan memerlukan perisian komputer yang tinggi. Tidak lupa juga D Modelling (sistem lanjutan daripada model bangunan yang menggabungkan pelbagai aspek maklumat reka bentuk yang diperlukan pada setiap peringkat kitaran hayat bagi setiap bangunan yang dirancangkan). Untuk memahami mengenai D Model perlu pakar dalam bidang BIM terlebih dahulu.
Amat teruja dan risau pada masa yang sama, namun begitu, beliau kekal yakin bahawa kajian beliau ini akan mengubah kemajuan negara pada masa akan datang. Ini membuatkan beliau bersemangat dan amat menyayangi kajian tesis beliau. Pada ketika itu, segala kajian beliau adalah hanya berdasarkan secara teori daripada 30 jurnal untuk dijadikan panduan dan tiada model yang boleh dijadikan bahan rujukan dan juga tesis lengkap. Ini juga membuatkan beliau mula berpendapat bahawa beliau akan membuat kajian ini daripada awalnya. Perubahan itu telah mengambil masa sekitar empat tahun.
Justeru itu, tesis beliau masih lagi digunapakai sebagai bahan rujukan oleh pelajar-pelajar yang ingin menceburi bidang yang sama. Beliau adalah salah seorang insan yang hebat untuk mengimbangi kehidupan akademik, pengurusan dan perniagaan. Pada masa yang sama selama bertahun-tahun berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan. Seperti Pengarah Kanan Pusat Inovasi dan Komersial, Dekan Pengkomersialan Jun 2020 sehingga kini, Ketua dan Penasihat BIM di UMP Holdings Sdn. Bhd. Dan juga Certified Lead Manager di Master Trainer CIDB.
Nasihat beliau kepada mereka yang ingin memulakan “PhD Journey” perlu bertanya kepada diri mereka sendiri, apa yang ingin mereka capai pada ketika mereka melaksanakan kajian yang mereka pilih. Pilihan yang terbaik merupakan menyambungkan pengajian dengan harapan dapat membantu negara dan masyarakat ke arah lebih maju dan meningkatkan taraf kehidupan pada masa akan datang.
Adakah kisah ini telah membakar semangat dan membuatkan anda ingin meneroka kajian anda lebih dalam lagi? Terlepas Live yang penuh inspirasi sebentar tadi? Tidak perlu risau mari tontonnya kembali di Facebook Dr. Roket : https://fb.watch/cdb4Z6rPmy/ sekarang.
Teruja dengan Program Dr Roket “Ask Experts” yang terbaru ini? Ingin mendaftarkan diri anda? Klik link ini sekarang : https://drroket.com/conf-valley/
Berasa PhD susah untuk habiskan? Nak siapkan tesis dengan cepat? Usah risau tempah tiket sekarang ke Seminar Nak Ubah Tesis pada 26 hingga 28 Ogos ini. Insya-Allah tesis anda akan siap dalam masa antara tiga hingga enam bulan. Klik link di bawah sekarang:
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/
#DrRoket
#BeraniTuliS