fbpx Skip to main content
search
0

Alhamdulillah, segala puji dan syukur padaNya kerana saban tahun dan saban bulan pasti ada yang telah berjaya menamatkan perjalanan Master mahupun PhD mereka. Kali ini, berkat dorongan, sokongan dan guidance Dr. Roket dalam circle Platinum, telah muncul seorang lagi bangsa post graduate yang berjaya menamatkan Vivanya semalam, 12 April 2022.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Zarith Sufia binti Azlan yang berjaya merangkul gelaran Dr. semalam! Beliau telah berjuang di bilik Viva sejak jam 9 pagi dan berjaya menamatkan Vivanya pada 12 tengah hari, malah keputusan yang diterima adalah begitu memberangsangkan!

Syukur dan tahniah sekali lagi kepada Dr. Zarith Sufia.

SIAPA DR. ZARITH?

Jika diimbas kembali, nama insan ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan circle Platinum Dr. Roket kerana beliau merupakan batch yang pertama! Beliau telah join Dr Roket sejak Mac 2019 setelah melanjutkan pengajian PhDnya pada tahun 2017.

Beliau merupakan insan yang bertuah kerana menjadi sejarah di antara pelajar Dr. Roket yang terawal. Kalau anda adalah dalam kalangan batch yang terawal, pasti kenal dengan Dr Zarith ini kan? Apabila dikorek serba sedikit mengenai perjalanan PhDnya melalui Sesi Terjah Viva Zarith Sufia, beliau telah membuka kisah perjalanan platinumnya kepada semua.

Diberikan kesempatan untuk mengerjakan umrah, Dr. Zarith pernah berdoa di Tanah Suci agar dikurniakan petunjuk dan dipertemukan dengan insan yang dapat membantunya dalam perjalanan PhD. Betapa makbulnya doa tulus seorang yang berjihad menuntut ilmu ini, beliau telah menemui iklan Dr. Roket secara tidak langsung. Dengan hati yang tekad, beliau mengikuti program Dr Roket yang diadakan di Bangi ketika itu.

Sepanjang Dr. Zarith berada di circle Platinum, beliau telah banyak melakukan progres dalam tesisnya sehingga perubahan drastik itu membuatkan Supervisornya sendiri kagum dan gembira.

Bagi Dr. Zarith, perubahan itu adalah disebabkan oleh ukhwahnya dengan keluarga, suami dan kenalan rapat di Platinum. Namun, setiap orang tidak dapat lari daripada ditimpa ujian dan cabaran hidup. Begitu juga dengan beliau yang terpaksa ‘rehat’ daripada circle Platinum Dr. Roket dalam tempoh yang agak lama.

BAGAIMANA BELIAU KELUAR DARI CABARAN KETIKA BERGELAR CALON PhD?

Bukan mudah untuk membuat keputusan sedemikian kerana beliau dihantui perasaan serba salah yang sangat menebal. Walau bagaimanapun, Dr. Zarith akur kerana cabaran 2K yang dihadapinya ketika itu memaksa beliau untuk mengundurkan diri seketika.

Apa cabaran 2K yang dilaluinya itu? Sedangkan kita sendiri tertanya-tanya, apatah lagi mereka yang begitu akrab dengan Dr. Zarith Sufia. Dr. Zarith disifatkan sebagai seorang yang tabah dan berjiwa kental. Beliau pandai menyembunyikan keperitan yang dihadapi dan tidak mudah untuk meluahkannya kepada orang lain. Malah mereka yang begitu rapat dengannya seperti Dr. Ashiqin, Ts. Dr. Nur Hidayah, Dr. Zaharah dan 4 orang sahabat yang lain juga jarang mendengar keluhan dan luahan daripada Dr. Zarith Sufia.

Meskipun begitu, kemunculan semula Dr. Zarith yang menyepi secara tiba-tiba dan kembali menyambung perjalanan PhDnya di batch 6.3, membuatkan beliau cukup dikagumi kerana semangat dan kecekalannya yang kuat. Sedar tidak sedar, beliau telahpun menamatkan Vivanya pada bulan yang mulia, bulan Ramadan ini seperti yang diimpikan selama ini.

Kemunculan semula Dr. Zarith ini adalah atas izin dan restu suami dan ibu bapanya untuk menghabiskan perjalanan PhD. Meskipun beliau pernah melalui proses di platinum itu sehingga ke Vivalicious, malah mendapat Anugerah Bangkit Semula daripada Dr. Roket, beliau tetap bermula dari awal semula.

Perjalanannya di batch 6.3 bermula dari zero ke hero apabila berjaya menghantar notis dalam masa 2 bulan dan melalui pra-Viva pada bulan September 2021. Menurut Dr. Zarith, targetnya untuk Viva adalah pada tarikh 12 November 2022, namun beliau sendiri tidak menyangka akan selesai dalam tempoh jangka masa yang terdekat.

Allah sangat baik”

“Allah sangat baik

Itulah ungkapan yang diulang berkali-berkali kerana keajaiban dan rahmat Allah yang diterimanya sepanjang menamatkan pengajian PhDnya. Rasa kesyukuran yang tidak terhingga itu tidak mampu diungkapkan walaupun beliau terasa ingin meluahkan semuanya.

Namun, beliau sempat memberikan beberapa pesanan kepada bangsa post graduate di luar sana agar mengambil iktibar daripada kisah dan perjalanan PhDnya. Beliau tahu kekhilafannya sebelum ini kerana meninggalkan guru oleh sebab cabaran 2K (Kesihatan & Kewangan) yang dilaluinya itu.

Beliau pernah berkali-kali memohon kemaafan namun diterima dengan tangan terbuka oleh Dr. Roket. Satu pesanan Dr. Roket kepadanya yang paling tersemat dalam ingatan adalah,

Allah bagi cabaran sebab nak bagi lebih pada Zarith.”

Pesan Dr. Zarith,“Bagi yang baru join, lihat dengan mata lebah proses yang dilalui oleh circle platinum sebelum ini. Hanya yang join dapat merasa nikmat dan indahnya berada dalam posisi platinum”.

Beliau turut memberi pesanan kepada circle Platinum agar tidak meninggalkan PCM, proses, circle dan mentor. Begitulah sedikit sebanyak mengenai perjalanan PhD Dr. Zarith ini.

Semoga kisah liku-liku perjalanan Dr. Zarith ini dalam menyelesaikan PhDnya memberi manfaat kepada yang membacanya. Beliau mampu membuat ‘comeback’ sehingga dapat Viva lebih awal daripada yang dijangkakan, bagaimana pula dengan yang lain?

Anda boleh tonton semula di Special Live Bising Viva Youtube Dr Roket ini. Klik video di bawah:

Berminat untuk lalui perjalanan bersama circle Platinum Dr. Roket dalam menyiapkan tesis anda? Anda juga boleh, buat sampai jadi!

Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket PERCUMA untuk ke Seminar Mudah Siap Tesis (MST) pada 30 Julai 2022 nanti atau anda boleh hubungi sahaja nombor yang tertera di sebelah. (60 182486003)

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x