fbpx Skip to main content
search
0
Dr Intan Farhana ketika
hari Viva

Siapa sangka asalnya sambung belajar hanya untuk “habiskan je” bertukar menjadi journey PhD yang lebih manis dan bermakna.

.

Ini hanyalah asbab perubahan yang Allah lorongkan untuk beliau. Asbab tindakan beliau untuk daftar ke Seminar Nak Ubah Tesis (N.U.T) pada 28 Disember 2019. Pergi ke office kononnya untuk sedapkan hati ingin fokus menulis tesis, akhirnya terbaca email yang Dr Roket berikan tentang N.U.T.

Alhamdulillah dari situ beliau semakin jelas dengan apa yang beliau cari selama ini dalam journey PhD beliau. Apatah lagi PhD kedua kali ini.

Permulaan perjalanan PhD Intan Farhana bersama Dr Roket sangat berevolusi dengan lajunya. Bayangkan sahaja baru tahun lepas iaitu tahun 2020 beliau selesaikan Proposal Defence (PD) dan pada tahun ini (2021) Allah izin beliau untuk Viva. Sungguh hebat proses yang Allah lorongkan untuk beliau!

Puan Intan Farhana menceritakan bahawa selepas sahaja beliau mengikuti Roket Intensive Class 1 (RIC 1) pada bulan 2 tahun lepas (2020), beliau memang gigih untuk tulis tesis. “Jadi selama 3 bulan saya submit untuk saya punya proposal dan pada 27 ramadhan Allah izinkan saya untuk PD” kongsinya.

Proposal Puan Intan Farhana hanya pembetulan dalam masa sebulan sahaja. Sungguh luar biasa! Berkat kerana betulkan mindset dahulu baru mulakan strategi menulis tesis selepas RIC 1 sangat efektif.

“Alhamdulillah bila kita ada mindset yang betul ada masa kita down, ada masa kita tak cukup oksigen tapi sebab kita dalam proses yang betul kita ada mentor yang ada result, platinum yang luarbiasa. Setiap hari ada pembakaran terbuka. Kita nak down tu kita pikir balik, rasa berdosa sebab kita dalam proses yang betul. Sebab kita ada mentor dan kawan-kawan yang kita boleh rujuk”

Walaupun masa lalu Puan Farhana gelap sehingga beliau pernah rebah ketika pengajian pertama PhD di Universiti Glasgow dahulu bukan menjadi alasan untuk beliau masih berada di takuk yang lama. “Saya memang tak boleh bayang apa yang saya dapat sekarang. Saya ada sv yang sangat supportive dan mentor saya Dr Roket membawa kepada proses yang betul. Perjalanan PhD saya jadi sangat manis” ujarnya.

Jika sebelum ini sebelum ini Phd Puan Intan Farhana adalah untuk beliau tepati bila jumpa Dr “big why” beliau menjadi besar. “Nak buat untuk ummah, saya kena habiskan PhD untuk guru saya” kongsi beliau.

Dr Intan Farhana bersama Dr Roket
dan Dr Mardiana

Betul, ada macam-macam mentor diluar dari segi methodology tetapi beliau masih tak dapat apa yang saya dapat dengan orang lain. “Dengan doc dalam masa 3 bulan saya dah defence proposal” kata Puan Intan Farhana. Kira-kira hanya dalam masa setahun beliau terus dapat rezeki untuk viva pada 3 Jun 2021 lalu!

Pada awalnya, beliau hanya untuk gerakkan tesis tapi Dr Roket bagi lebih. Dr Roket galakkan Puan Intan Farhana untuk professorship. Sungguh mentor yang membimbing ke proses yang betul itu sangat indah.

Hebat tak hebat Puan Intan farhana dengan cabaran PKP pada tahun lalu tapi beliau mampu menggerakkan tesis? Alhamdulillah… Proses setahun dari hantar PD sehinngga Viva pada tahun ini dengan cabaran-cabaran yang beliau dapat tempuh, sungguh kisah Puan Intan Farhana memberi inspirasi. Terutamanya kepada mereka yang sedang melalui journey PhD ke-2 dan mereka yang belum mulakan pengajian.

Sempena Hari Merdeka esok hari, detik-detik terindah kejayaan #VivaDrIntanFarhana yang berjuang dalam dunia postgrad sehingga menyambung PhD dua kali! bakal diabadikan secara ekslusif didalam video rakaman Jom Terjah Bersama Dr. Roket!
.
Saksikan #VivaDrIntanFarhana dibawakan khas kepada anda oleh Dr. Roket Production pada:
.
°Tarikh: 31 Ogos 2021
°Hari: Selasa
.
Jom kita saksikan Trailer Eksklusif #VivaDrIntanFarhana >>https://youtu.be/Bdc2AWKWgWA
.
Tayangan Perdana hanya di Youtube Dr. Roket Production. ✨
.
Ayuh, bangkitkan semangat Viva anda kelak dengan menonton Jom Terjah Bersama Dr. Roket!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x