fbpx Skip to main content
search
0

Buat PhD di Oversea? Menarik bukan?

Tetapi anda pernah jumpa tak sahabat/kenalan yang pernah sambung Master PhD sama ada di Oversea atau Local tetapi tak mampu habiskan pengajiannya (Atas apa sebab sekalipun)?

Sama ada mereka teruskan juga secara “paksa rela” atau terus quit sahaja. Pernah jumpa?

Semoga kisah inspirasi di bawah menjadi ketukan jiwa buat anda yang mungkin sedang melalui fasa-fasa sebegini dalam journey Master atau PhD.

“Semasa saya sambung PhD di University of Glasgow Scotland, saya memang jatuh sedalam-dalamnya. Saya jadi orang yang tak bersemangat dan membuat keputusan untuk quit PhD pada masa tu” luah Puan Intan Farhana.

Tragis tak tragis kisah perjalanan PhD Puan Intan Farhana yang awalnya menyambung pengajian di Universiti of Glasgow tetapi berhenti pengajian pada tahun kedua beliau?

Mesti anda semua rasa hairan kenapa Puan Intan Farhana membuat keputusan untuk berhenti, kan?

“'Sambung PhD dekat luar negara tu. Bukan semua orang dapat peluang'”

Ini mungkin ayat yang bermain dalam minda anda. Betul tak?

Puan Intan Farhana menceritakan pengalaman pahit journey PhD beliau walaupun terlalu sakit untuk dikenang semula. Hanya mereka yang melaluinya sahaja tahu bagaimana perasaannya.

Beliau pada awalnya ditawarkan oleh pihak majikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyambung PhD ke luar negara jadi semangnya beliau sangat gembira. Mana tidaknya, impian sejak dahulu lagi.

“Semasa ready nak ke sana, saya memang dalam keadaan yang bersedia kerana saya merupakan anak pertama dan cucu pertama dalam keluarga belah ibu saya” kongsi beliau. Memang seluruh isi keluarga gembira dengan tawaran tersebut.

Masa silam hitam Puan Intan Farhana bermula ketika semester ketiga beliau di University of Glasgow mula merasakan ada sesuatu yang kurang dalam journey PhD. Jadi beliau bertindak untuk jumpa penyelia bagi dapatkan nasihat dan penyelia menggalakkan untuk teruskan sahaja.

“Bila saya masuk tahun kedua sem ke 3 saya mula sakit. Saya start stress dan saya ingat as PhD student benda tu biasa sbb ialah as PhD student kan kita kena collect data bagai, writing dengan keadaan yang sejuk lain macam” kongsi beliau.

Tahap stress beliau sangat teruk sehingga beliau rebah dan masuk ke hospital. Bukan sekali beliau pengsan, tetapi 2 kali berlaku sehingga doctor diagnosis beliau hadapi depression!. “Stress saya sehingga saya tak boleh tengok building office saya., tak boleh tengok SV saya”.

“PhD is not for me” ayat yang keluar daripada mulut Puan Intan Farhana dan saat beliau membuat keputusan untuk balik ke Malaysia. Puan Intan Farhana dapat surat dari Psikology yang menyatakan beliau disarankan berhenti belajar.

Dengan surat tersebut beliau dapat pulang ke Malaysia dengan keadaan yang senyap-senyap dan tidak berjumpa dengan penyelia langsung.

Lebih menyayat hati, ketika cabaran PhD beliau diuji sebegitu rupa. Kehidupan keluarga Puan Intan Farhana juga diuji apabila anak beliau dikenalpasti mengalami speach delay. “Memang saya rasa tak tertanggung dengan cabaran PhD dan cabaran anak saya” kongsinya.

Sampai sahaja di Malaysia majoriti semua galakkan untuk Puan Intan Farhana sambung PhD. Jadi beliau sambung sahaja tanpa hati yang betul-betul nak.

Beliau mulakan PhD beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Niat Puan Intan Farhana yang hanya menyambung PhD di UTM adalah hanya disebabkan saranan orang sekeliling. Ini menjadikan beliau tidak membuat betul-betul PhD nya, buat tanpa jiwa.

Banyakkan cabaran Puan Intan Farhana?. Allahuakbar.. Rasa sungguh tak tertanggung.

Jika anda nak tahu bagaimana beliau mengalamai perubahan 360 darjah selepas tu? . Kita jumpa d Part 2 Journey Dr Intan Farahana…

Pstttt… anda nak tahu tak rahsia kejayanan Dr Intan Farahana adalah E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat!!! Jika anda berminat nak dapatkan E-Book ini boleh klik link di bawah ini ye

KLIK UNTUK DAPATKAN EBOOK DI SINI
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x